Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Sunday, 9 April 2023

Buat Comeback Dengan Kulit Cantik

 Assalamualaikum dan hi

Lama sangat kan tak jengah blog ni, kadang semangat nak menulis tu berkobar, kadang semangat tu terkubur bersama memori yang dah dicipta. Bila ada fb ni saya admit la yang blog akan jadi tempat yang tak selalu kita nak tengok sebab kat fb lagi mudah dan lagi ramai berkumpul. Cumanya kadang kita perlu juga dengan blog bila nak cari info yang lebih detail sebab kat bloglah senang kita search keyword yang lebih mudah untuk google pandu.

Mukaddimah je dah 6 baris. haha

Jump to the main point. walaupun dah 4 tahun dah update, padahal sebelum ni akan make sure setahun mesti nak update even 1 entry,  tapi mungkinlah asbab covid kot saya jadi malas nak menulis. 

So untuk memupuk semangat berblogging, saya pun join group under Master Laila supaya kami dapat berjemaah mengupdate dan sharing info kat korang. Benda macam ni dapat bantu saya untuk asah balik bakat menulis yang sebelum ni saya tinggalkan. yelah, kat platform lain kita tulis untuk kawan-kawan rapat kan? kat sini saya tulis dengan penulisan yang lebih umum dan sesuai dibaca untuk semua. harapnyalah

oh ya, bersempena ramadan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Walaupun kita agak kalut sebab baru dua tiga hari sekolah bermula tiba-tiba dah ramadan kan. Tapi takpe, tetap kita kena muliakan bulan ni dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Macam macam jadi sejak bukak sekolah hari tu. Abi tiba-tiba outstation mengejut, Ajda sekolah Pasti mengejut, Anak-anak tak masuk transit, semua benda barulah. Jadi sayalah yang duk uruskan anak walaupun baru awal ramadan. 

Kalut-kalut pun ramadan tetap diimarahkan insyaAllah

Ramadan ni juga, Shaklee banyak buat sale & promo berganda. Semua nak ganda kan. Ganda pahala, ganda amalan, dan ganda kesannya juga, hee

Jadi promo kali ni juga ada kaitan dengan Menu Rahmah tagline dari kerajaan. 



Iya yang tak suka pm-ten kita mesti nyampah dengan tagline ni kan. Ikut sajalah trend yang tengah happening sekarang ? Zaman bosku mahupun abah den dan berlalu. hehehe

psssst . Saya nak bagi bonus kat korang yang baca entry ni sampai habis. Support la saya walaupun korang tak suka tagline ni sekarang. 

Jom saya share apa penjimatan dan keuntungan yang kita boleh dapat dari SET RAHMAH ni. Dalam set ni ada 2 produk panas yang pasti kita boleh consume. ESP & Vitamin C. 


Nampak sangat untung kat kita kan? Shaklee buat amal betul bulan Ramadan ni. 

Nak kira guna formula matematik pun memang jelas sangat kita untung sebab vitamin C sahaja dah RM92 untuk harga ahli, hanya tambah RM7 sahaja kita boleh dapat 

FREE ESP (RM139 member price)

FREE POSTAGE (cost RM10 WM/RM20 EM)

FREE MEMBERSHIP (cost RM35/Free dengan belian RM300)

Semua macam tak logic. Haih, tak tahu nak cerita macamana lagi tapi tetap nak cerita jugak.

Sama juga macam Healthy Rahmah untuk SET B, semuanya berganda. Ingat pahala je berganda rupanya kalau dapat Set B Rahmah ni lagilah untung kaw-kaw. 

Tapi apa yang best set combine ESP dan Vitamin C ni?

Umum tahu Vitamin C banyak sangat manfaat untuk kulit. Vitamin C memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Ia membantu penghasilan kolagen untuk badan kita dan mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok penuaan dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih cantik dan sekata.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

  • Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. 
  • Ditambah dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin untuk kesan lebih baik.
Kalau korang ada tanda-tanda macam kes di atas, nampaknya korang perlu ambil vitamin C sebagai nutrisi harian. Vitamin C ni tak boleh terhasil sendiri oleh badan tau, jadi nak tak nak kena ambil dari sumber makanan. So paling mudah dan senang tentulah vitamin C Shaklee. Yang dah makan je dapat rasa bezanya tau. Cuba tengok kat bawah ni.






Vitamin C Shaklee mempunyai 180biji tablet dalam setiap botol, consume sebiji sehari boleh habis dalam 6 bulan! Lamanya. 
Tak perlu risau, kita boleh makan lebih dari sebiji untuk dapat sumber vitamin C yang lebih padu! Maksima dosage yang tubuh kita perlukan adalah 3000 mg manakala dos minima adalah 500 mg. Cantik sangat kan tu.


Seterusnya MPV dalam SET RAHMAH ni dah tentulah  ESP.
Energizing Soy Protien yang paling mendapat tempat di hati consumer Shaklee. 


Selain dari tu, ESP ni ada banyak sangat kebaikan antaranya adalah:
  • Asas untuk badan yang sihat
    • Mengekalkan paras tenaga dan gula dalam darah membantu menyihatkan tubuh badan supaya anda dapat melindungi diri daripada kuman.
  • Perangsang tenaga
    • Berbeza bila ambil protin shake sebagai sarapan berbanding menu harian biasa rakyat malaysia
    • Lagi terasa bila ambil waktu sahur, walaupun dah zohor perut masih lagi rasa selesa dan tak berbunyi minta makan XD
  • Kulit, rambut, dan kuku yang sihat
    • Protin adalah nutrien asas untuk kulit.
    • Pengambilan protin yang cukup penting untuk kulit yang sihat dan berseri. 
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
    • Ya Allah, yang ni adalah golongan yang sangat perlu ambil ESP
    • Saya sendiri dalam 3 kali mengandung dan menyusukan selama 8 tahun memang ambil ESP untuk tenaga, kalau tak minum mesti akan rasa nak makan macam monster, lepas tu badan naik berat salah kan suami betul tak? ahahah
  • Tambahan kepada sebarang minuman - smoothie/kopi/alternatif kepada susu
  • Memudahkan pada hari sibuk, dengan minuman protein yang mudah disediakan dan senang dibawa
  • Individu berkerjaya yang sentiasa sibuk
    • takde alasan tak sempat makan bila kita boleh ready shake ESP ni masa tengah break.
    • 10 minit dah siap bancuh dan siap minum.
    • Sangat mudah penyediaanya, asalkan ada shaker kita shake kan aje
  • Pengembara tegar
    • selalunya pengembara suka ambil telur rebus sebagai bekal sihat dan mudahkan?
    • Tambah ESP untuk tenaga berpanjangan, memang lah akan lapar tapi sangat berbeza, cubalah korang!

Tengok apa kata mereka







Ini feedback dan testimoni yang dah consume. Sangat ramai yang nampak improvemen pada kulit bila ambil gabungan ESP dan Vitamin C ni.




famous nama Rahmah bulan ni. 




Macam yang saya janjikan tadi untuk yang baca sampai habis. Saya bagi bonus kat korang resepi ESP + avocado yang sangat sedap berkrim. Sangat mudah nak buat yang penting sedap!



RESEPI SMOOTHIE AVOKADO

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan avokado
  • 1 cawan ais
Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga
sebati. 

Alhamdulillah Senang sangat kan?
Cubalah resepi ni, kalau sedap tag saya kat facebook Sarah Embong ni okeh. 

Boleh contact saya di whatsapp (KLIK SINI) untuk dapatkan HEALTY SET RAHMAH yang berbaloi pada kesihatan & kecantikan kita ni.

Nak baca lebih lagi untuk lebih cantik? Klik Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah ni.

Walaupun lama tak menulis tiba time kena update berjemaah ni pandai pulak jari ni duk menari-nari rancak ya sampai siap satu entry. Harap korang tak jemu baca tulisan saya, boleh tinggalkan komen kat bawah dengan link entry korang jugak. Nanti bolehlah saya tinggal jejak kat blog korang.

kbye sayonara

wassalam :)

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Monday, 14 September 2015

Tips Kulit Cantik Berseri dan Awet Muda

Assalamualaikum..

Selamat Hari Isnin semua...Saya suka Isnin. Sebab banyak peristiwa yang berlaku hari Isnin. Ada peristiwa yang best, namun ada juga yang tak best. Tapi saya tetap suka. Suka sangat!! hihi

Ok first, bangun pagi-pagi tadi korang ada cuci muka tak? Mestilah ada kan sebab semua orang rajin bangun Subuh tadi, saya tao..dah tentu korang bersihkan wajah suci korang dengan wudhu kan? kan?! Haa... Tapi ada tak korang cuci muka dengan pencuci? Bukan pencuci tandas tu tapi pencuci muka la.. Sebenarnya saya ada terbaca satu petua, tak molek cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi..mean waktu pagi yang sebenarnya pagi tu..Tapi kalau korang bangun pun dah pukul 11, pastu matahari dah kat atas kepala, kulit muka berminyak pun dah boleh buat goreng telur dadar, haruslah korang cuci muka tao..Jangan le dibiorkan muka tu berminyak pula sebab nanti asbab jerawat plak ye..

Baik berbalik pada cuci muka awal pagi tadi.. Ada yang kata amalam ini boleh menghilangkan seri wajah..tapi sejauh mana kebenarannya Allah hu a'lam.. So korang boleh cuci muka malam sebelum tidur sebab masa kita tidur tu seeloknya kita buang semua kotoran di wajah kita samada mekap, bedak atau apa-apa je yang boleh menghalang kulit kita dari bernafas. Kulit pun boleh bernafas tahu!

Kalau nak kulit wajah cantik dan awet muda, malam sebelum tidur tu korang sediakan air mineral segelas atau sebotol pun boleh untuk korang stand-by esok insyaAllah bangun pagi tu terus minum air, tapi haruslah diingat, baca bismillah dulu k.. hee.. Semua orang pun dah tahu laa..memang la kan.. Tapi berapa ramai yang amalkan? Saya kalau ada air mineral dalam bilik memang la teringat nak minum, tapi kalau habis pun tak dapat nak amal juga.. So meh la kita sama-sama amalkan untuk kulit cantik dan awet muda.. Nak lagi best, korang kumur-kumur dengan air tu then telan. Serious ni.. Jangan la geli pulak.. Ini antara amalan sunnah tao.

Amalan meminum air juga adalah antara amalan sunnah Rasullulah S.A.W. Meminum air selepas bangun dari tidur mampu meningkatkan tahap metabolisme, menjadi lebih peka dan sedar. Terdapat juga kajian di kalangan saintis Jepun mendedahkan bahawa amalan meminum segelas air selepas bangun dari tidur akan dapat membantu merawat beberapa penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, sakit buah pinggang, masalah lemak berlebihan, asma, batuk kering, merawat jantung dan kencing kotor. 

Rasulullah pun amalkan minum air sejurus bangun tidur. So korang pasti dapat pahala sunnah plus awet muda gitu.. orait, moga kita dapat amalkan sunnah ini dan share pada sahabat-sahabat kita pula. Ameen

★★★★★★★

Promosi ESP bulan ni sedang berlangsung.
Jom beli 6 canister dengan harga ahli dan PERCUMA pendaftaran ahli (RM69) serta VITA-LEA (Multivitamin pertama & terbaik di dunia - 100 tahun). Anda akan dapat 7 canister tau!..
Dapatkan juga POTONGAN HARGA 5% dengan pembelian 2 canister. Banyakk tu..

Ramai yang jatuh cinta padanya sejak bertahun tahun lamanya.

Semua suka ESP


Hubungi pengedar anda Sarah 0199571083
maisarah.embong@gmail.con
IG @sarahmaimie

Monday, 10 March 2014

Kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa??

Assalamualaikum..


Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...


ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
credit to : kak cery n kak yani


Shaklee Independent Distributor No: 1067052
Sarah - 019-9571083
https://www.facebook.com/messages/mai.ichigo
https://www.facebook.com/pages/MS-Pretty-Healthy/130747703745107
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...