Showing posts with label Skin Care. Show all posts
Showing posts with label Skin Care. Show all posts

Sunday, 9 April 2023

Buat Comeback Dengan Kulit Cantik

 Assalamualaikum dan hi

Lama sangat kan tak jengah blog ni, kadang semangat nak menulis tu berkobar, kadang semangat tu terkubur bersama memori yang dah dicipta. Bila ada fb ni saya admit la yang blog akan jadi tempat yang tak selalu kita nak tengok sebab kat fb lagi mudah dan lagi ramai berkumpul. Cumanya kadang kita perlu juga dengan blog bila nak cari info yang lebih detail sebab kat bloglah senang kita search keyword yang lebih mudah untuk google pandu.

Mukaddimah je dah 6 baris. haha

Jump to the main point. walaupun dah 4 tahun dah update, padahal sebelum ni akan make sure setahun mesti nak update even 1 entry,  tapi mungkinlah asbab covid kot saya jadi malas nak menulis. 

So untuk memupuk semangat berblogging, saya pun join group under Master Laila supaya kami dapat berjemaah mengupdate dan sharing info kat korang. Benda macam ni dapat bantu saya untuk asah balik bakat menulis yang sebelum ni saya tinggalkan. yelah, kat platform lain kita tulis untuk kawan-kawan rapat kan? kat sini saya tulis dengan penulisan yang lebih umum dan sesuai dibaca untuk semua. harapnyalah

oh ya, bersempena ramadan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Walaupun kita agak kalut sebab baru dua tiga hari sekolah bermula tiba-tiba dah ramadan kan. Tapi takpe, tetap kita kena muliakan bulan ni dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Macam macam jadi sejak bukak sekolah hari tu. Abi tiba-tiba outstation mengejut, Ajda sekolah Pasti mengejut, Anak-anak tak masuk transit, semua benda barulah. Jadi sayalah yang duk uruskan anak walaupun baru awal ramadan. 

Kalut-kalut pun ramadan tetap diimarahkan insyaAllah

Ramadan ni juga, Shaklee banyak buat sale & promo berganda. Semua nak ganda kan. Ganda pahala, ganda amalan, dan ganda kesannya juga, hee

Jadi promo kali ni juga ada kaitan dengan Menu Rahmah tagline dari kerajaan. 



Iya yang tak suka pm-ten kita mesti nyampah dengan tagline ni kan. Ikut sajalah trend yang tengah happening sekarang ? Zaman bosku mahupun abah den dan berlalu. hehehe

psssst . Saya nak bagi bonus kat korang yang baca entry ni sampai habis. Support la saya walaupun korang tak suka tagline ni sekarang. 

Jom saya share apa penjimatan dan keuntungan yang kita boleh dapat dari SET RAHMAH ni. Dalam set ni ada 2 produk panas yang pasti kita boleh consume. ESP & Vitamin C. 


Nampak sangat untung kat kita kan? Shaklee buat amal betul bulan Ramadan ni. 

Nak kira guna formula matematik pun memang jelas sangat kita untung sebab vitamin C sahaja dah RM92 untuk harga ahli, hanya tambah RM7 sahaja kita boleh dapat 

FREE ESP (RM139 member price)

FREE POSTAGE (cost RM10 WM/RM20 EM)

FREE MEMBERSHIP (cost RM35/Free dengan belian RM300)

Semua macam tak logic. Haih, tak tahu nak cerita macamana lagi tapi tetap nak cerita jugak.

Sama juga macam Healthy Rahmah untuk SET B, semuanya berganda. Ingat pahala je berganda rupanya kalau dapat Set B Rahmah ni lagilah untung kaw-kaw. 

Tapi apa yang best set combine ESP dan Vitamin C ni?

Umum tahu Vitamin C banyak sangat manfaat untuk kulit. Vitamin C memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Ia membantu penghasilan kolagen untuk badan kita dan mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok penuaan dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih cantik dan sekata.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

  • Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. 
  • Ditambah dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin untuk kesan lebih baik.
Kalau korang ada tanda-tanda macam kes di atas, nampaknya korang perlu ambil vitamin C sebagai nutrisi harian. Vitamin C ni tak boleh terhasil sendiri oleh badan tau, jadi nak tak nak kena ambil dari sumber makanan. So paling mudah dan senang tentulah vitamin C Shaklee. Yang dah makan je dapat rasa bezanya tau. Cuba tengok kat bawah ni.






Vitamin C Shaklee mempunyai 180biji tablet dalam setiap botol, consume sebiji sehari boleh habis dalam 6 bulan! Lamanya. 
Tak perlu risau, kita boleh makan lebih dari sebiji untuk dapat sumber vitamin C yang lebih padu! Maksima dosage yang tubuh kita perlukan adalah 3000 mg manakala dos minima adalah 500 mg. Cantik sangat kan tu.


Seterusnya MPV dalam SET RAHMAH ni dah tentulah  ESP.
Energizing Soy Protien yang paling mendapat tempat di hati consumer Shaklee. 


Selain dari tu, ESP ni ada banyak sangat kebaikan antaranya adalah:
  • Asas untuk badan yang sihat
    • Mengekalkan paras tenaga dan gula dalam darah membantu menyihatkan tubuh badan supaya anda dapat melindungi diri daripada kuman.
  • Perangsang tenaga
    • Berbeza bila ambil protin shake sebagai sarapan berbanding menu harian biasa rakyat malaysia
    • Lagi terasa bila ambil waktu sahur, walaupun dah zohor perut masih lagi rasa selesa dan tak berbunyi minta makan XD
  • Kulit, rambut, dan kuku yang sihat
    • Protin adalah nutrien asas untuk kulit.
    • Pengambilan protin yang cukup penting untuk kulit yang sihat dan berseri. 
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
    • Ya Allah, yang ni adalah golongan yang sangat perlu ambil ESP
    • Saya sendiri dalam 3 kali mengandung dan menyusukan selama 8 tahun memang ambil ESP untuk tenaga, kalau tak minum mesti akan rasa nak makan macam monster, lepas tu badan naik berat salah kan suami betul tak? ahahah
  • Tambahan kepada sebarang minuman - smoothie/kopi/alternatif kepada susu
  • Memudahkan pada hari sibuk, dengan minuman protein yang mudah disediakan dan senang dibawa
  • Individu berkerjaya yang sentiasa sibuk
    • takde alasan tak sempat makan bila kita boleh ready shake ESP ni masa tengah break.
    • 10 minit dah siap bancuh dan siap minum.
    • Sangat mudah penyediaanya, asalkan ada shaker kita shake kan aje
  • Pengembara tegar
    • selalunya pengembara suka ambil telur rebus sebagai bekal sihat dan mudahkan?
    • Tambah ESP untuk tenaga berpanjangan, memang lah akan lapar tapi sangat berbeza, cubalah korang!

Tengok apa kata mereka







Ini feedback dan testimoni yang dah consume. Sangat ramai yang nampak improvemen pada kulit bila ambil gabungan ESP dan Vitamin C ni.




famous nama Rahmah bulan ni. 




Macam yang saya janjikan tadi untuk yang baca sampai habis. Saya bagi bonus kat korang resepi ESP + avocado yang sangat sedap berkrim. Sangat mudah nak buat yang penting sedap!



RESEPI SMOOTHIE AVOKADO

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan avokado
  • 1 cawan ais
Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga
sebati. 

Alhamdulillah Senang sangat kan?
Cubalah resepi ni, kalau sedap tag saya kat facebook Sarah Embong ni okeh. 

Boleh contact saya di whatsapp (KLIK SINI) untuk dapatkan HEALTY SET RAHMAH yang berbaloi pada kesihatan & kecantikan kita ni.

Nak baca lebih lagi untuk lebih cantik? Klik Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah ni.

Walaupun lama tak menulis tiba time kena update berjemaah ni pandai pulak jari ni duk menari-nari rancak ya sampai siap satu entry. Harap korang tak jemu baca tulisan saya, boleh tinggalkan komen kat bawah dengan link entry korang jugak. Nanti bolehlah saya tinggal jejak kat blog korang.

kbye sayonara

wassalam :)

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Wednesday, 9 November 2016

Kedai Sewa Free yang Baru

As salam dan hi..!

Malam tadi saya tiba-tiba datang mood rajin nak sewa sebuah kedai pulak. Alang-alang dah free jadi kita proceed jelah. So kedai baru saya itu bernama



MAHU LEBIH SIHAT!!!!!!!!!!!



Hahaha...!!

Boleh klik sini untuk like dan nanti insyaAllah saya akan kongsikan banyak info kesihatan dan kecantikan. Actually saya nak fokus pada kecantikan pulak ni sebab ramai sangat yang tanya pasal produk skin care yang saya pakai, cara saya jaga kulit. Saya dengan rendah diri mengaku yang kulit saya taklah secantik dan selembut Neelofa.. hehe tapi saya just jaga kulit dari segala bahan kimia yang merosakkan kulit.

Saya sangat pentingkan pemilihan bahan yang berkualiti dan natural. Even paraben pun saya taknak ada dalam produk kecantikan tu okeh..!

Jadi, marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Bukan untuk show off ok niat tu kena betul, tapi kalau kulit kita sihat kita juga akan rasa syok je pandang muka sendiri yang bebas jerawat dan bebas dari kerosakan kulit.

Suami dan Family members pun tengok kita dengan senang hati. hihihiw

Nak saya consult korang?
Whatsapp je 0199571083

Wednesday, 30 September 2015

Nak Cari Produk Kulit Berkualiti Untuk Orang Asia?

As Salam dan hi

Produk kecantikan kulit


Sekarang ni dah bermacam-macam produk kecantikan kulit yang keluar kan..sebenarnya benda ni dah lama..sejak aku mula kenal produk kecantikan ni pun aku dah perasan pelbagai jenis produk untuk kulit. Tak kira la ko orang asia ke mat salleh ke negro ke.. produk-produk ni biasanya dikeluarkan khusus untuk jenis kulit tertentu laa.kebanyakan yang keluar di Malaysia ni dah tentulah sesuai dengan kulit asia kan..

Tapi kan..korang perasan tak atau korang pernah tak ambil tahu latar belakang produk yang korang gunakan tu? Haa.. part ni ramai yang fail aku rasa.. aku pun dulu gitu gak… takpe.. tapi bila kita ni dah berilmu sikit (rajinkanlah membaca) rasanya dah boleh bezakan antara baik dan buruk, patutnya kita ambik sikit masa untuk cari ilmu pasal produk2 yang kita nak pakai ni..

Actually, tak kisah sangat produk ape yang korang nak guna asalkan sesuai dengan kulit muka, tapi seelok-eloknya cari yang natural, halal dan yang penting juga ada kelulusan dari KKM. Maksudnya produk korang tu halalan toyyiban. Suci lagi baik. InsyaAllah.


Paraben Free


Aku ambil contoh la, macam aku pernah cerita dalam entry ni aku pernah pakai macam-macam produk kan. Sampai la aku stick ngan Nutox Oxyfusion pada masa tu. (Now aku dah pakai Skin care from Shaklee which is NutriWhite). Aku pakai Nutox dulu pun lepas dah research. Research kau! Haha.. Sebab ianya dari sarang burung dan ia paraben free. Hampir 85% produk kosmetik mengandungi paraben *faint*. Kalau korang detect produk kosmetik atau skin care korang ada kandungan paraben, tak kira butylparaben, methylparaben atau propylparaben aku nasihatkan korang jauhkan laa.. huhu…Kenapa pentingnya paraben-free? .

Pada 1990-an, parabens dianggap xenoestrogens-ejen yang meniru estrogen di dalam badan. "Gangguan estrogen" telah dikaitkan dengan kanser payudara dan isu-isu pembiakan. Dan pada tahun 2004 kanser British penyelidik Philippa Darbre, Ph.D., mendapati parabens hadir dalam ketumbuhan payudara malignan. Oleh itu, pakar-pakar di banyak negara mencadangkan had ke atas tahap paraben dalam produk kosmetik. Lagipula, organisasi pemerhati bimbang jika parabens boleh disimpan dalam badan, dari semasa ke semasa mereka boleh mempunyai kesan kumulatif dan menimbulkan risiko kesihatan. -Sumber Realsimple.com-

Tapi Pengkritik Kajian British (Critics of the British Study) kata, paraben tak menyebabkan kanser. Allahu a'lam. Nak tahu lanjut ce google, ce google. :D Tapi kalau nak selamat, better avoid segala jenis mak nenek paraben ye. lagipun, negara-negara maju dah tak pakai dah paraben dalam produk dia, produk-produk tu dia hantar ke negara kelas ketiga macam Malaysia ni untuk kita pakai. Agak kejam kan…huhu.. Nasiblaaa

Masa aku mula-mula pregnant, hormon malas nak bercantik-cantik telah melenyapkan keinginan aku untuk pakai segala macam produk skin care yang terdapat di pasaran. So kulit aku juga tidak bertindak sebagai Seri Orang Mengandung yang menyebabkan aku nampak 2X lebih kusam berbanding sebelum ini, Ah biarkan segalanya berlarutan kerana aku memang diserang hormon malas nak bercantik-cantik yang separa kronik. 

Setelah lame aku tak pakai produk kecantikan ni, hati aku terbuka nak cuba Shaklee punya produk. Kemain berdoa mintak Allah tunjukkan jalan kebenaran .  Bab muka ni untuk suami juga dik non oii.. Lagipun aku tengok sorang-sorang dalam FB Secret Group Jutawan Shaklee share pasal ni yang membuatkan aku pun nak cuba tanpa teragak-agak. Kau tahu bahan-bahan dari extrak tumbuhan yang tak boleh dinafikan haknya untuk dimiliki. Makanya aku pun order la dengan my Upline Mija :). eh eh

pencuci muka
Pencuci muka paling jimat, kalau jenis tak rajin cuci muka, setahun pun belum habis..kihkih

Nutriwhite Shaklee ni bagi aku antara yang terbaik pernah aku pakai. Kandungan bahan-bahan yang digunakan tu natural. Kau tahu macamana Shaklee ni Go Green dia punya style, tanam pokok je dah lebih sejuta pohon. Rasanya akan tanam lagi 2.6 bilion pokok and still conting....... Sebab kes sayang bumi. Aku lak sayangkan diri, so aku pilih yang terbaik sepertimana Shaklee sanggup keluarkan semua produk yang natural, selamat, berkesan dan sangat mesra alam. 

The more I learn, the more I know, the more I love Nutriwhite & Shaklee! 

penyegar pelembab
Softener (toner) + Lotion (moisturizer)

Walaupun ramai lagi yang tak tahu pasal Nutriwhite dari Shaklee ni, aku harap lepas ni ramai yang tahu dan ramai yang guna. Bukan sebab aku jual Shaklee jadi aku duk canang jugak pasal Nutriwhite ni. Tak, serius tak. Kalau aku pakai, guna dan rasai dan aku rasa best, aku share la insyaAllah.. aku pun nak korang rasa macam aku rasa k.

Nutriwhite ni sesuai untuk semua jenis kulit, jujur la cakap aku takde masalah kulit yang serius sebab nanti ada yang pertikai ala, kulit aku dah ok, pakai la ape pun ok je laaa.. tapi korang tak tahu kulit aku kusam dan tak bermaya. Kadang-kadang kulit aku kering tanpa signal. Sedih. Mulalah wrinkle halus-halus pun nak keluar. Tambah lagi aku tak pakai make up, bedak pun tak pakai. Suami aku pun selalu ingat aku ni penat sebab tengok muka selalu pucat je. Haha

So, kalau korang tak de masalah kulit yang serius boleh pakai Set Skin Care Nutriwhite dari Shaklee, tapi kalau kulit korang cam berminyak, sampai jerawat selalu keluar dengan banyak ataupun, terlalu kering sehingga keluar kedutan halus pada hujung mata, tepi mulut dan di dahi korang kena pakai Enfuselle. Skin Care product from Shaklee also.

Enfuselle ada dua jenis ‘Normal to Oily’ dan ‘Normal to Dry

enfuselle normal oily
Untuk Kulit Berminyak - Lebih murah dari Set Nutriwhite


enfuselle normal dry
Untuk Kulit Berminyak - hanya 4 item untuk kulit segar berseri

Aku tak pernah try, tapi banyak dah pengguna Enfuselle yang pakai dah bagi feed back postitif.
Last but not least, selain dari rawat kulit dari luar dengan Skin care pilihan korang dan aku, kita kena juga makan at least Vitamin C setiap hari, itu paling kurang la, kalau consume FULL SET VITAMIN UNTUK KULIT lagi tip-top meletop la.

Nak tahu yang mana sesuai dengan kulit korang? 
Whatsapp atau Telegram 0199571083. 

Boleh juga comment dan tinggalkan nombor telefon,
Berminat nak cuba Set Nutriwhite, saya akan cerita more details nanti ok.
*comment beserta nombor telefon tidak akan dipublish untuk menghormati privacy pengguna*

Thursday, 17 September 2015

SET PENJAGAAN KULIT DARI NUTRIWHITE SHAKLEE


As salam dan hi

Selamat pagi semua pembaca blog saya yang comel dan cantik!!

Pagi ni saya nak share satu set Skin Care ni yang memang hangat di branch Shaklee seluruh Malaysia. Mana taknya, ada sesetengah produk ni yang out of stock lama juga la. Jenuh kami tertunggu-tunggu diorang restock. haa.. jom berkenalan dengan mereka. :)


Gentle Action Makeup Remover 

Kod Produk:14580 (150ml) 

make up remover
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda 
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit 
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit 
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan 






Gentle Deep Foaming Cleanser

Kod Produk:14581 (150ml)

cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit 
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit 
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin 
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit 
  • Lembut dan menyegarkan 





Soothing Radiance Whitening Softener 

Kod Produk:14582 (150ml) 

softener toner
  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit 
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary 
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit 
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting 
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit 







Daily Defense Whitening Essence 

Kod Produk:14583 (30ml) 


whitening essence
  • Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan: 
  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit 
  • Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit 
  • Kacang Soya untuk memudarkan dan kurangkan jeragat serta cela kulit 
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari 
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah 
  • Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit 


Ultimate Protection Whitening Lotion 

Kod Produk:14584 (50ml) 

whitening lotion
  • Rumusan ringan dana tidak melekit
  • Kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari
  • Mountain Arnica untuk melegakan keradangan dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.









Overnight Renewal Whitening Cream 
Kod Produk:14585 (48g) 
whitening cream
  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit 
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam 
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit 
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya 


Spot Whitening Treatment 

Kod Produk:14586 (10ml)
spot whitening
  • Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit kelihatan lebih menawan
  • Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
  • Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit 
  • Cats Claw menegangkan kulit 

Produk Shaklee adalah berkualiti dan affordable. Packaging pula sangat menjimatkan. Ada satu-satu produk boleh bertahan selama enam bulan. Jimatkan? Kesemua produk Shaklee adalah Selamat, Semulajadi dan Mesra Alam.


========================================================
Ingin dapatkan khidmat nasihat untuk produk kulit yang bersesuaian dengan kulit muka anda? 
Tinggalkan nombor telefon di ruangan komen, saya akan menghubungi anda.
*No telefon pelanggan tidak akan dipublish bagi menjaga privacy.

Saya adalah pengedar berdaftar [Shaklee ID 1067052]
Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? 
Hubungi saya SARAH AhliaSuhaimi 019-957 1083
Whatsapp dan Telegram untuk fast reply.
Cash On Delivery boleh dibuat di area Kajang & Bangi. 
Untuk Wangsa Maju & sekitarnya weekend sahaja.
Email: maisarah.embong@gmail.com
IG @sarahmaimie



Thursday, 10 September 2015

Pencuci Muka untuk Wanita yang Best

Assalamualaikum dan hi ^^

Masa aku duk bilik air tetiba teringat nak share pasal pencuci muka aku yg satu ni
Dulu-dulu aku memang stick dengan satu-satu benda yg mana kalau aku dah suka atau dengan kata lainnya dah obes  obses, aku mesti tak berpaling tadah punya. Datanglah iklan yang gempak dengan artis yang cun pun pakai pencuci muka tu aku tak heran lah. Aku pernah share sebelum ni. 

Pencuci muka wanita


So kisah pencuci muka aku ni, dulu memang aku tak ambik peduli pasal kandungan atau bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, asal muka aku ok tak naik jerawat tu kira baik laaa. Yang paling penting tiada alkohol supaya tak diragui kehalalannya. Ini bagi pendapat aku pada masa tu.

Tapi sejak aku pandai membaca, meneliti dan menelaah sesuatu benda atau fakta, aku lebih memilih dan telah membuat keputusan tanpa menkedberi buta. Mengguna / memakai atau kata omputeh apply cleanser yang mengandungi bahan kimia adalah lebih merbahaya berbanding tidak memakai sebarang produk penjagaan kulit. Statement apakah ini? Dahsyat kan? Haha. Aku cakap betul ni, better togelkan muka tak pakai pape sebab incase kau salah pakai, mau merana kulit sekali dengan kau merana tahu!

So I think, wow this is so cruel. Macamana aku nak tahu produk penjagaan kulit terbaik? So bagi mengubat hati yang lara, aku cuba menggoogle pelbagai pencuci muka terhebat pada abad itu. Kelihatan seperti aku dari zaman Edo bukan? Salah, aku dari zaman Showa, tapi membesar pada zaman Heisei. Ini kisah peradaban Jepun.. <maafkan saya TT_TT>

Nur Fazura jadi Duta


Aku pun jumpalah Nano White dan Nutox. Omaigad, Fazura yang aku minat masa cerita gol dan gincu pakai Nutox. I terpengaruh uolls, bukan takat terpengaruh kat Fazura yang memang mempunyai kulit yang cantik tapi juga sebab Nutox merupakan produk dari Tohtonku <of course from Japan> dan ada HALAL!!! Maka pakai lah aku produk tu, sampai lah aku rasa tak berminat lagi nak teruskan. Nak tahu sebab ape? Aku cerita semula ok! haha.. saja la nak bagi korang suspend.

Mencari Alternatif Lain


Kisah regime penjagaan kulit aku sekarang adalah Nutriwhite daripada Shaklee. yay!!!
I do love Nutriwhite because its natural! Natural ingredient, and safe and of course save my money too..haha. The price is affordable. Which one tube of the cleanser can use until 6 months. Not until but over 6 months. Aku punya dah hampir setahun belum beli baru lagi. Maybe sebab mukaku kecil saja. haha. Sila percaya, last aku beli pencuci muka je aku dah tak ingat sebab lama sangat dah. Bukan aku pakai sorang lak tu, kalau balik kampung kakak-kakak aku rembat sama pakai aku punya. Takpe, sharing is caring. I love them! So, silalah pakai lagi...Pakailah pakailah.. *nangis*

Monday, 2 June 2014

Pencuci Muka yang Best untuk Kulit yang Best!!!

As salam dan hai...

Ini antara quick post yang saya buat..

Sejak kebelakangan ni saya selalu tak rajin nak belek muka. Cuci muka pakai pencuci pun jarang sangat. Dalam sehari adalah sekali atau tak ada langsung sesi mencuci muka. Kecuali dengan wudhu. Haha.. maksud saya pakai pencuci muka tu memang payah sangat nak buat. Agaknya sebab saya pregnant kot jadi cam mood pun dah lari kan. Sengaja tanak mengaku walhal sendiri yang tak rajin. Huhu... 

So saya pun jadi naik muak tengok botol pencuci muka yang lama so saya simpan la. Lagipun bau dia naik loya pula. Haha.. padahal dalam tengah bodek suami. Saya nak tukar produk skin care. Rujuk entry lepas pasal pemilihan produk yang melibatkan suami saya. Sebab dia nak yang halal kan so saya pun nak juga cuba yang terbaik dari ladang ni. Tahu tak pekebendanya?? Pencuci muka shaklee which is natural, safe and efficient.  Best2..seriously sangat best.. bau soft je. .terasa lembut di kulit dan sangat lembap. So pada sesiapa yang tak puas hati dengan pencuci muka dia sekarang boleh sangat nak cuba Shaklee punya. Confirm insya Allah akan terasa kelainannya. 

Tak percaya?? Cuba dulu lepas tu judge sendiri...hee...

019-957 1083
Maisarah
SMS @ WhatsApp [019-957 1083]
Shaklee Independent Distributor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...