Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, 15 April 2023

Tips Kurus Dengan Berkesan

 Assalamualaikum dan Hi


Sekarang ni semua obses nak kurus kan. Yelah ramai yang menggemuk sejak PKP melanda kita termasuklah yang tengah menaip ni.



Sekarang pun masih struggle nak turunkan berat tapi saya baru je belajar tentang satu diet ni. Saya pasti ramai yang dah tahu pasal ni sebab dulu pernah viral Lisa Surihani berjaya kurus dengan? Yes Intermitten Fasting.

Actually dalam Shaklee kitorang ada program Jom sihat Jom kurus jugak tapi more to healthy way dan bermula dari dalam. 

Yelah kurus sihat ni harus bermula dari dalam kan. Kita bukan nak kurus cepat je tapi juga berkesan.

The way diet yang Kitorang buat and diperakui oleh Nutritionist adalah detox so namanya Program JOM DETOX-IF

Siap ada jadual menu, list shopping grocery dan jugak of course group support. Ini paling penting supaya perjalanan kita dipandu. Gitu.


Program detox ni tak lama pun, just buat betul-betul dalam 7 hari boleh nampak kesan. Saya sendiri pernah turun 6.2kg dalam seminggu. 

Nampak macam drastik kan tapi sebab masa tu saya menyusu Ajda jugak (Ajda dah setahun lebih masa tu) ditambah dia pun makan segala mak nenek yang saya masak. So susu ibu ni tambahan sahaja untuk dia.

Walaupun detox sambil menyusu, still nutrien tetap kena jaga. Lagipun detox ni tak digalakkan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu bayi yang anaknya bawah 6 tahun. Kalori yang terbakar masa menyusu tu dah Okay sangat tanpa perlu detox. 

Tapi bukan program detox yang saya nak highlight kali ni, ianya lebih pada Intermitten Fasting (IF) with Nutrition gitu.

IF ni ada 2 jenis, dry IF dan wet IF.

Dry IF ni puasa macam kita buat sekarang, puasa Ramadan dan wet IF pulak kita boleh makan dalam eating window dan hanya puasa dalam tempoh fasting window. Namun jangan khuatir, kita masih boleh minum air tapi hanya zero kalori sahaja. Sebab tu namanya wet.

hehe

Yelah ramai salah faham bila ingat IF je mesti puasa tak makan. Iya IF ni memang kena puasa dan tak makan tapi badan still boleh minum air. Dan juga wajib cukupkan intake air, kena minum 2.5liter - 3 liter sehari ikut keperluan.

IF Detox ni lebih best sebab kalau sebelum ni program detox kita agak strict, tapi bila buat IF memang agak enjoy lagi-lagi bila ada support group. Oh ya team kami memang ada group support dalam whatsapp dan jugak di FACEBOOK IF FOR BIGGINER. Korang pun dialukan untuk join, boleh sama-sama tambah ilmu IF.

Bila buat IF ni adakala kita tak dapat makan makanan yang cukup nutrisi yang lengkap, sebab tu pengambilan supplemen semasa IF ni sangat digalakkan. Antara supplemen yang sangat bagus untuk kita ambil adalah protin, boleh pilih samada mahu ambil ESP atau CINCH. Dua-dua baik untuk sel badan kita. Pernah tengok orang kurus tapi flabby, ha tu sebab kurang protin dalam badan. Jadi kulit pun saging.

Pernah tak tengok gambar ni?



Kita nak kurus yang fit, bukan pengurangan berat yang jadi keutamaan tapi pengurangan inci tu yang buat kita nampak kurus. Sebab tu ada yang berat lebih tapi nampak lebih kurus berbanding dengan yang ringan kilogram, ha sebab lemak tu la yang buatkan dia nampak besar.

Omega guard dan lecthin membantu untuk singkirkan lemak dari badan kita secara effektif manakala hebalex untuk clearkan usus kita. Efek herbalax tu memang akan terus nampak bila kita consume malam sebelum tidur, esoknya usus akan clearkan semua benda yang kita makan. fuh memang best.

Antara supplemen lain yang membantu journey IF kita adalah alfalfa, b complex dan ostenutrix. Supplemen yang dicadangkan ni membantu untuk cukupkan nutrisi supaya nanti kita tak craving dan bantu journey diet kita nanti. Saya sendiri ada rasa perbezaan lebih-lebih lagi bila ambil alfalfa tu. Memang tak sembelit sebab alfalfa mengandungi fiber yang boleh mencukupkan nutrisi yang lompong.

Selain supplemen, perkara paling penting bila nak kurus ni adalah jaga MINDSET. Kena setkan betul yang kita memang nak kurus dan sihat sebab kita ada banyak misi nak capai kan. Jangan mudah terkesan dengan journey orang lain sebab setiap kita tak sama. Badan kita tak sama tapi kita boleh lakukannya bersama insyaAllah. Slowly but Surely.

Siapa nak kurus balik lepas raya nanti jom kita buat detox if dengan Shaklee. Sure lepas raya nanti ramai yang akan bertambah berat badan dia. Ini fakta tau. Tengok sahajalah tahun lepas punya. Takpe, enjoy raya ni jangan stress dan pastikan cukup vitamin yang kita consume supaya dapat elak dari makan berlebihan. 

Nak lagi TIPS KURUS CEPAT boleh baca sini.

dan boleh tengok entry ni juga TIPS KURUS CEPAT

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Thursday, 24 November 2016

Menjaga Hati Ibu di Hari Ibu

Hati ibu atau hari ibu yang lebih utama?

Kesian tau bila jumpa anak yang layan ibu ayah lebih kurang je. Saya yang takde ibu ni rasa nak sangat ibu tau, rasa awak tu beruntung ada ibu yang masih boleh mengadu memanja.

Orang yang takde ibu je yang tahu perasaan ni. Sebab tu saya respek kat ibu-ibu sedunia sebab pengorbanan ibu ni sejak dari baby mula jadi telur dulu tau sampailah lengkap anggota baby dalam perut--ha, kan dah seronok tak sabar nak baby.

So, please la berlemah lembut dengan ibu anda , lapangkan hatinya, ringankan bebannya, supaya hari tuanya tak lagi memikirkan masalah kita. Biarlah ibu selesa beribadat di hujung usianya ini.

Dan untuk menghargai jasa ibu, hadiahkanlah beliau dengan set kesihatan yang membantu ibu selesa beribadat. InsyaAllah ibu pasti suka terutama ibu yang ada sakit sendi & sukar untuk duduk dan bangun.

Saya syorkan Cadangan Set Sendi untuk Ibu Bapa tercinta iaitu Shaklee Collagen Powder, Ostematrix, Omega Guard dan B complex. Set lengkap untuk keperluan tubuh ibu bapa kita . Terbukti berkesan insyaAllah.
Dalam badan ibu dah tak banyak kolagen, sebab tu mengalami penuaan dan hilang keanjalan dengan cepat.



 Kolagen bukan untuk cantik saja. Tapi meningkatkan kesihatan dari dalam. Jadi kalau badan dah sihat, pastilah ibu akan rasa seperti muda semula.


Omega Guard minyak ikan yang menjadi teman setia kepada ibu. Mana taknya, bila rasa lenguh ibu ambil Omega Guard dan darah ibu berjalan lancar. Ibu pun kurang sakit lutut dan sendi. Penyakit tiga serangkai ibu dah nyahaktif. Ibu rasa lebih sihat walaupun banyak kerja dirumah.

B complex

Terdapat 8 vitamin B dan bagus untuk melancarkan peraliran darah ibu. Bila duduk lama-lama kaki ibu tak kebas. Ibu rasa selesa solat taubat yang setiap rukunnya yang panjang. Ibu gembira kaki ibu mampu menampung berat badan ibu.


Akhir sekali Ostematrix. Kegemaran ibu-ibu kerana asbab ostematrix, ibu tidur tanpa gangguan. Ibu jarang insomnia. Ibu buang air pun lawas, tiada sembelit dan tiada kejang kaki. Alhamdulillah! Satu set yang banyak memberi manfaat untuk ibu.

Apalah nilai untuk supplemen jika kita dapat menambah nilai kesihatan dan kegembiraan pada ibu. Nikmatnya bila dapat melihat senyuman gembira ibu.

Untuk my bonda, Al fatihah. Bonda dah banyak khidmat masa di dunia, now bonda rest k :)

Wednesday, 9 November 2016

Kedai Sewa Free yang Baru

As salam dan hi..!

Malam tadi saya tiba-tiba datang mood rajin nak sewa sebuah kedai pulak. Alang-alang dah free jadi kita proceed jelah. So kedai baru saya itu bernama



MAHU LEBIH SIHAT!!!!!!!!!!!



Hahaha...!!

Boleh klik sini untuk like dan nanti insyaAllah saya akan kongsikan banyak info kesihatan dan kecantikan. Actually saya nak fokus pada kecantikan pulak ni sebab ramai sangat yang tanya pasal produk skin care yang saya pakai, cara saya jaga kulit. Saya dengan rendah diri mengaku yang kulit saya taklah secantik dan selembut Neelofa.. hehe tapi saya just jaga kulit dari segala bahan kimia yang merosakkan kulit.

Saya sangat pentingkan pemilihan bahan yang berkualiti dan natural. Even paraben pun saya taknak ada dalam produk kecantikan tu okeh..!

Jadi, marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Bukan untuk show off ok niat tu kena betul, tapi kalau kulit kita sihat kita juga akan rasa syok je pandang muka sendiri yang bebas jerawat dan bebas dari kerosakan kulit.

Suami dan Family members pun tengok kita dengan senang hati. hihihiw

Nak saya consult korang?
Whatsapp je 0199571083

Monday, 7 November 2016

Jantung Sihat dengan Minyak Ikan

OMEGA GUARD - Protect Your Heart..

MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yg tinggi dapat memberbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
Omega-3 juga memelihara kesihatan otak, pengelihatan dan fungsi-fungsi sendi.


MEMPUNYAI MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Mengandungi SATU RANGKAIAN PENUH 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

(one serving provides 990 mg of omega-3 fatty acids)

Ultra-pure and Pharmaceutical Grade.

dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti mercury dan plumbum yg terdapat dalam kebanyakan jenis ikan..


Maisarah Embong
| 019-9571083
Your Health & Beauty Consultant

Wednesday, 7 October 2015

Kami Tak Tahu Dia Akan Pergi Dulu

Kisah ini benar-benar berlaku pada 6 tahun lepas. Oleh kerana tarikhnya begitu hampir dengan hari ini, maka saya telah menulis kembali kisah ini untuk tatapan semua.

17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 September 2009

Pagi itu, saya bangun awal untuk lawatan rumah bagi subjek Measured Drawing. Hari itu juga adalah hari Nuzul Quran yang mana kebiasaannya majlis berbuka puasa di adakan di kejiranan kami di Kampung saya. 

Saya sudah memaklumkan pada bonda yang saya tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama berbuka puasa. Sedih, memang terasa namun bonda memahami tuntutan belajar yang saya perlu laksanakan sehingga graduasi. Tahun itu merupakan Diploma semester ke-6 saya di Politeknik.

Sakit Jantung


Selesai tugas, saya berkumpul di rumah sewa kawan untuk berbincang mengenai tugas melukis dan melakar pelan. Malam itu, saya dikejutkan dengan kiriman sms dari kakak saya berkenaan bonda yang tiba-tiba rebah, akibat lelah. Malah lebih mengejutkan bonda disyaki sakit JANTUNG. Pada saat itu juga jantung saya terasa terhenti.

Saya terus pulang ke rumah kakak saya di Kuantan untuk berhubung dengan ahli keluarga yang lain. Syukurlah pada waktu itu keadaan bonda sudah stabil. Kami sekeluarga tidak pernah tahu yang bonda pernah mengidap sakit Jantung. 

Pernah saya dengar, apabila diserang sakit jantung, pesakit boleh meninggal serta merta.

Keadaan itu menyebabkan kami berjaga-jaga dengan tahap kesihatan bonda. Pada waktu itu, keluarga kami tidak pernah mengamalkan apa-apa supplement, malah hanya berbekalkan ubat daripada hospital.

Hari Raya 2007 ] tiada yang 2009 kerana kami menyambutnya sederhana ;) ]


Hari Raya Aidilfitri tiba dan kami menyambutnya secara sederhana kerana keadaan kesihatan bonda masih belum pulih sepenuhnya. Bonda juga tidak dapat menyediakan juadah nasi dagang seperti kebiasaan yang beliau lakukan pada hari raya tahun-tahun sebelumnya. Kami memahami, kami mengerti akan kepenatan bonda, namun hati kami sangat sangat sangat takut untuk memikirkan perkara yang pernah terjadi pada 17 Ramadhan lalu.


8 Syawal 1430H bersamaan 27 September 2009

Kebanyakan kami sudah mahu pulang ke rumah masing-masing atas tuntutan kerja. Sempatlah kami bersembang dan makan malam selepas solat Isyak di rumah bonda sebelum pulang. Malam itu setelah sampai di Kuantan, saya tidak dapat tidur lalu saya menyiapkan drawing untuk di'krit' oleh pensyarah keesokannya. 

Sambung Cuti


9 Syawal 1430H bersamaan 28 September 2009

Jam 4.50 pagi baru terasa mata ini berat menandakan saya sudah mahu rehat. Sedang mahu melelapkan mata, telefon kakak saya di luar bilik asyik berdering. Saya tidak pasti adakah itu penggera jam di telefon atau ada panggilan masuk. Saya terus sahaja tidur dan hanya bangun setelah dikejutkan oleh kakak saya. 

Dengan muka yang pucat saya terdengar kakak saya yang menyuruh saya bersiap kerana bonda sudah tiada. Katanya. Jam menunjukkan pukul 6.30pagi. Saya bingkas bangun, berwudhu dan solat dalam perasaan yang keliru.

Sedih? Saya tak pasti. Saya tidak tahu apa yang sebetulnya berlaku. Kiriman SMS yang saya terima dari abang saya membuktikan segalanya. "Bonda sudah meninggal sebelum Subuh tadi". Laju air mata saya mengalir seperti kolam yang baru pecah takungannya.

Hakikat


Setelah bersiap ala kadar kami terus bertolak pulang ke Terengganu. Perjalanan yang kebiasannya 4 jam menjadi 2 1/2 jam kerana kami ingin segera sampai menyaksikan kebenaran berita yang sampai pagi tadi.

Sempat kami singgah berwudhu di masjid berdekatan rumah sebelum sampai di teratak bonda kerana kemungkinan keadaan rumah kami pasti ramai orang. Bonda merupakan guru mengajar al-Quran di kampung kami dan pastinya beliau dikunjungi ramai anak murid dan rakan-rakan belajar agama yang ramai.

Sesampainya kami di perkarangan rumah, terlihat ramai ahli keluarga dan penduduk kampung memenuhi halaman rumah. Perasaan yang tadinya keliru kini bertambah yakin dengan berita itu namun saya gagahi juga kaki untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Kami disambut oleh kakak yang sampai lebih awal dengan mata yang merah dan senyuman tawar. Kami berpelukan. Saya semakin percaya namun masih cuba menafikan.

Masuk sahaja ke dalam rumah, segenap ahli keluarga dan tetamu mengisi ruang kosong di dalam rumah kami. Saya tidak sempat memandang wajah tetamu yang hadir tetapi mata ini tertancap pada kain langsir yang menutupi satu ruang di dalam rumah itu. Ya, itulah tempat bonda diletakkan. Saya melangkah menuju ke tempat itu dan terlihat semua adik beradik mengelilingi bonda. Ayah di kepala bonda sedang membaca Al-Quran. Besan ayah bonda saya juga ada di tepi jasad juga turut sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Quran. Mata adik beradik kami bengkak dan merah. Saya melihat sekujur tubuh bonda ditutupi kain batik dan muka bonda ditutupi selendang putih. 

Air Mata Ayah


Sebaik sahaja kain penutup wajah bonda disingkap, saya sangat yakin bahawa bonda yang saya cintai betul-betul telah pergi. Pada waktu itu, seluruh tubuh saya menggigil dan gagal untuk menafikan hakikat yang saya tidak pernah terbayang. Wajah putih bersih itu dicium lama, penuh kasih sayang. Wajah itu sangat lembut dan tenang. Lama saya menatap wajah itu dalam perasaan yang bercampur. Tetapi tiada perasaan gembira. Tidak sesekali. Sempat saya melirik pada ayah yang begitu tenang air mukanya namun tak siapa tahu dalam hatinya. Saya yakin ayah pasti turut menangis!

Saya capai yasin di rak dan terus membacanya sehingga ke waktu zohor. Keadaan semakin tenang apabila tetamu sudah mula meninggalkan rumah kami untuk menunaikan solat zohor. Selepas zohor, kami menyambung bacaan al-Quran dan tetamu semakin bertambah. Jasad bonda akan dimandikan, disolatkan dan disemadikan selepas waktu Asar. Kami adik beradik memandikan dan mengafankan jenazah bonda dengan tertib dan berhati-hati. Itulah kali terakhir kami menatap wajah bonda sebelum diletakkan di dalam keranda. Kesemua hadirin wanita dan ahli keluarga mencium dahi bonda untuk terakhir kalinya. Sejuk. Namun wajah itu mendamaikan. Bonda senyum manis. Kami hiba namun tetap belajar untuk Redha.

Kali Terakhir


Semasa solat Jenazah dilakukan, abang saya yang sulung mengimami solat tersebut. Dari bacaan doanya, kami dapat dengar esak tangisnya malah kami semua turut menangis sewaktu tangan menadah memohon keampunan dan kesejahteraan untuk arwah bonda. Solat jenazah dilakukan 3x silih berganti kerana jemaah yang ramai dan keadaan rumah kami yang sempit. 

*********************************************

Sehingga hari itu, kami belajar untuk hidup tanpa bonda, tiada lagi masakan enak air tangan bonda, tiada lagi suara pelanggan mahu membeli di kedai. Tiada lagi guru al-Quran yang garang dan tegas di surau. Dan tiada lagi insan yang boleh saya panggil bonda. Abang saya ada memberitahu bahawa bonda mungkin diserang sakit jantung. Sakit jantung adalah pembunuh No#1 di dunia. Malah abang ipar juga telah meninggal dunia kerana sakit jantung. Apabila sakit jantung menyerang, pembuluh darah menyempit dan darah tidak dapat disalurkan menyebabkan penyumbatan oksigen. Arwah bonda tidak pernah diserang sakit yang teruk.

Al-fatihah untuk arwah bonda dan arwah abang ipar ...


**********************************************

Kehidupan


Apa yang saya kesalkan? tiada. semuanya berbalik pada Redha. Pedih, sakit, tapi pura-pura baik. :)
Namun apa yang saya cuba belajar? Saya akan memeriksa dan memastikan tahap kesihatan yang baik. Mungkin bonda tidak pernah tahu dan tidak pernah membaca tentang sakit jantung. Atau mungkin benar bonda tidak mengidap sakit jantung, namun sudah ajal bonda pergi pada waktu itu. Tapi saya dan anda semua boleh membaca dan belajar sedikit sebanyak tentang kompilasi yang akan dihadapi oleh pesakit jantung. Saya sekeluarga mengamalkan supplement VIVIX untuk mengurangkan risiko sakit jantung serta memperbaiki tahap kesihatan dari dalam. Pengalaman berhadapan dengan pesakit jantung menyebabkan kami berjaga-jaga dan memastikan tahap kesihatan dijaga dengan baik, insyaAllah.



JIka kita tidak dapat mengawal sakit jantung dari menyerang, mengapa tidak kita mencegah sebelum ianya terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita? Menjaga kesihatan amat dituntut dalam Islam. Mengawal pemakanan dan bersenam atau melakukan aktiviti yang sihat boleh mencegah penyakit yang tidak diundang ini. 

CO-Q HEALTH PLUS Shaklee mengandungi Co-Q 10 dan Vitamin E yang baik untuk menjaga kesihatan arteri supaya plak tidak tersumbat. (plak yang tersumbat pada arteri darah menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan mengakibatkan sakit jantung). Teh hijau yang terkandung dalam tablet juga menghalang penggumpalan darah serta dapat membantu melancarkan peredaran darah. 


Ayuh mulakan dari segera, bertindaklah dari sekarang. Peliharalah kesihatan jantung kita yang Allah beri pinjam 1 sahaja.

Hubungi saya untuk masalah berkaitan 
019-9571083 Sarah
SMS / Whatsapp / Telegram 
email: maisarah.embong@gmail.com

Tuesday, 15 September 2015

Vitamin untuk Mata dan Mencegah Kanser

Punya la tajuk entry ni kan, dah macam nak buat iklan la pulak..hihi..

Assalamualaikum dan hi!

Ok, hari ni just nak study sikit pasal rabun. Since saya tak rabun, tapi tak bermakna saya tak perlu ambil tahu pasal rabun kan. Dulu saya tak ambil kisah sangat pasal rabun sebab saya dan seluruh family saya tak rabun. Kecuali mak ayah, itupun sebab faktor usia. Mereka rabun dekat untuk sesetengah keadaan macam membaca/mengaji quran atau menjahit. 

Rabun ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja, tidak kira usia. Tapi rabun ni tak la terlalu merbahaya cuma kalau tak pakai alat bantuan seperti kaca mata, boleh undang bahaya juga bagi sesetengah orang.



Rabun ada banyak tau, ada rabun dekat, rabun jauh, rabun silau, rabun ayam, filem Rabun, William Rabun dan banyak lagi.... (sila google sendiri..haha)

Saya klasifikasikan rabun untuk 3 jenis sahaja iaitu:-



1.   Miopia, atau rabun jauh.

Mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.



Rabun jauh boleh diatasi dengan menggunakan kanta cengkung.


Masalah rabun jauh menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad dan kesukaran melihat objek yang jauh. Ini bertambah sukar apabila seseorang memandu kenderaan tanpa memakai kanta mata atau lens terutama di waktu malam. Pembedahan lasik boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Rawatan memerlukan kos ribuan ringgit dan boleh dirujuk kepada pakar mata di hospital yang menawarkan perkhidmatan lasik.

2.   Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat      Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.


rabun dekat

Rabun dekat boleh diatasi dengan kanta cembung untuk memulihkan penglihatan.

Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.

Kebiasaaanya golongan berusia mengalami rabun dekat. Dan mereka tiada masalah untuk memandu kenderaan tetapi mempunyai masalah apabila melakukan aktiviti seperti membaca atau menjahit. Kanta mata diperlukan untuk membantu penglihatan sementara yang jelas.


   3.   Rabun Silau (Astigmatisme) 


Astigmatisme disebabkan sesetengah sinar cahaya terfokus pada retina dan yang lain terfokus di hadapan atau di belakang retina.

Masalah rabun silau bukan sahaja menyukarkan penglihatan secara normal, malah ia sering menganggu pemandangan seseorang yang memandu kenderaan terutama pada waktu malam. Pada masa kini, memiliki gajet ataupun telefon sendiri bukanlah satu perkara yang asing bagi individu.

Tindakan menjadikan tablet sebagai alat permainan bagi anak adalah salah kerana ia mendorong kepada masalah rabun silau. Pendedahan mata kepada skrin cerah dalam jangka masa yang panjang menyebabkan masalah rabun silau.

credit: google & wiki


*************************************************************************

Kaedah Rawatan Tanpa Kos Besar


Di dalam bidang nutrisi, pelbagai kaedah dan cara disediakan menambah baik nilai kehidupan manusia. Walaupun pelbagai kaedah digunakan untuk mengatasi masalah rabun ini, di Shaklee saintis telah mencipta supplement yang mengandungi Vitamin A baik untuk kesihatan mata dan anti oksida.  
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. 

Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida.

Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.




Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi.




CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
Credit : Shaklee
Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat


Thanks for reading ^_^

Berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang masalah anda?
Hubungi saya Sarah 0199571083
Email: maisarah.embong@gmail.com
IG @sarahmaimie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...