Friday 28 June 2013

Travel ke KB tak sampai 24 jam!

As salam n hi!

Hari selasa baru2 ni kami (ummi, maryam, mok loo, ain cik su n umair) gi ke KB. Ada taklimat tentang Farmasi E-Cosway. Anda pernah dengar tak? Farmasi e-cosway ni sama la cam kedai Cosway yang duk ada sekarang ni, cume bezanya dia ada Farmasi..alaa cam farmasi yang dah ada skrang ni la cuma bezanya farmasi skrang ni tak de lak jual barang Cosway.. hehe

So kami ke KB dengan menunggang kancil Kak Sue. Hebat Kak Sue boleh bawak ramai2 tunggang kancil. haha... Kitorang bertolak hari selasa sebelum zohor dan memulakan perjalanan yang sangat panjang dengan banyak tempat yang kita stop. 1-mok loo datang umah toki ambik kita. 2-kita ke sekolah ambik Umair, 3-kita ke rumah mok loo ambik barang, 4-kita ke bandar jmpe kak sue 5-kita stat pejalanan tapi singgah lak di Setiu sbb Ummi lapar 6-kita singgah lak di Besut rumah A.sir untuk solat jamak 7-kita gi umah kawan mok loo ambik kawan mok loo 8-kita ke ofis ESQ di KB untuk mandi n solat lepas tu baru lah ke 9-kita pergi ke Al-Quds yang dekat ngan KB Mall tu untuk taklimat tu....Fuhhhhhh..... long journey, short rest, lots of fun n funny too...ahahah

Lepas settle sume taklimat tu then kita gegas gi makan kat kedai makanan siam, Bapak ramai orang kat kedai tu...rupanya ada bola Kelantan lawan Pahang...dan macam biasa la Klate menang...!!! yeah... Kitaorang pun masuk je la dalam tu - alhamdulillah ada meja kosong sama macam perut kami semua.. Ummi order nasi goreng Bangkok... Rasa macam makan nasi di Thailand... Lepas makan terus boleh cakap Siam.. Sawadee kap... Then borak2 adalah pulak insiden Maryam jadikan kedai tu cam toilet lak...sian pekerja kedai kena cuci sume tu.. patut la Maryam duk diam je, sampai sume orang tegur Maryam, "Juruhnye budok ni" (juruh bermaksud baik...sopan...bagus) positif gitu,...sungguhpun begitu 'juruhnya' Maryam bersebab...heheh... Habis kita kena mandi skali lagi.. Alhamdulillah la ofis kawan mok loo kat atas kedai tu je...

Ni pintu gerbang Wakaf Che Yeh - kalau masuk dari depan

Selesai sume bersihkan diri, kita keluar lak ke Wakaf Che Yeh..Gambar entry ni sumber dari google. Ummi mmg tak ambik gambar sbb tengah dukung Maryam, tak koser lak. Sume ada anak kecik ni. Lagi pun bukan first time datang sini, So takde beria nak ambik gambar bagai la kan.. Umi dapat la beli sehelai blouse. Harga dia letak RM35 atau RM38 ntah..tapi pas mintak kurang2 akhinya dapat RM27, ni Prof Muhaya marah ni orang yang suka tawar menawar.. huhu.. tapi dah dia mark up tinggi sangat... Lepas dah dapat blouse cari lak skirt fish tail... macam2 kedai, warna, n harga berbeza ditawarkan.. Last2 dekat nak balik tu jmpe satu kedai yang bagi RM23, Umi ambik 2 lai...dah ok sangat dah harga tu rasanya..atau ptt dapat lagi murah? before ni Umi beli kat TTI di Masjid Kristal tu RM100 dapat 3 helai... KB lagi murah la ni...

Macam-macam jenis tudung..ikut nak pilih tapi pandai2 tawar la kalau nk harga kurang


Hipotesis - semakin larut malam semakin ramai manusia


Sesi penghabisan duit harus di berhentikan segera memandangkan mendukung anak di dalam pasar Wakaf Che Yeh tu memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi, malahan tenaga umi berada di paras yang bahaya dah... Ummi perlu rehat.. Malam tu kita tidur di rumah Cik Niroh. Keesokkan paginya kita pn dah siap2 berkemas nak balik ke KT smula. Journey kita tamat disini tetapi setelah pulang ke KT, rupa-rupanya mok loo masih ada banyak lagi yang perlu diselesaikan. Betolaklah kita menuju ke jalan pulang bertemankan doa dan tawakkal kerana mereka (kak loo n kak sue) memecut kancil sehingga haus tapak kasut kancil...malahan sang kancil masih lagi hebat memotong gajah, harimau, dan singa di hadapan mereka sambil melompat-lompat girang.

Jadi hari Rabu selepas makan pagi kita semua dah bertolak balik, kesimpulannya tak sampai sehari kita mengembara dan pengembaraan ini sungguh menyeronokkan.. (sampaikan malam tu umi tido tak ingat dunia - Maryam pun sama dah lupe nak minum susu) haha. Pun begitu. insyaAllah akan datang, ingin ke KB lagi kerana masih ada beberapa misi yang belum berjaya dilaksanakan.. Maybe next time kita gi ngan Abi lak nak Maryam? Tapi tanak tunggang kancil dah.. nak tunggang kuda lak... hee

k Lah .. Bye bye cycle..

Tuesday 25 June 2013

“Saya Suka Makan”

 

fff

Semua baby akan explore dunia dia dengan masukkan benda dalam mulut, uhh… Maryam pun akan melakukan benda yang sama… Sewaktu dia masih meniarap, dia akan makan lantai, (takde la makan tu maksudnye macam makan nasi – paham2 la kan..) kalau dalam walker, dia akan makan mainan dan apa2 aje yang ada kat walker tu… So kena make sure takde ape2 jenis mainan kecik yang cause choking..naudzubillah…

So skrang Maryam dah merangkak, sangat laju dan bersemangat, apa2 yang dia jumpe semasa tengah explore dunia ni akan di masukkan ke dalam mulut. Tahi cicak pun dia nak makan…adoyaii… Tapi yang paling dia gemor adalah hanset. kira fav dia la ni sampai rosak betri enset umi…huhu… takpe Maryam, teruskan explore… tapi ummi tak bagi dah main enset ok. Dokter Imran kata tak elok bagi baby / budak main enset..bukan sbb takut enset tu rosak, tapi microwave pada enset tu yang bahaya untuk kita semua.

Para ibu sekalian (kalau ada la) sila perhatikan anak2 anda ye. Jangan galakkan mereka bermain dengan handphone anda. Tapi kalau handphone yang takde line n rosak takpe k. Itu sajalah perkongsian untuk pagi ni.

As salam n bye bye cycle…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...