Saturday 7 February 2015

Hujung Minggu yang Bermanfaat

Assalamualaikum...

Bulan lepas, saya attend dua kelas di FaizWorld Training Centre, Bangi. Actually masa mula-mula nak cari tempat tu agak sesat juga la sebab bukan mahir sangat area Bangi ni, harapkan encik GPS dibagi pulak betul-betul menghala ke basement parking. Patutnya ke bahagian belakang dan terus je naik lift ke kelas.. hee..sesat mencari ilmu takpe :) FaizWorld Training Centre ni merupakan pusat latihan yang dipunyai oleh Master Shareeza atau nama sweetnya Kak Cery. hee

Bangkit 2015, kalau sapa tak bangkit nanti kena piap!! :P


Teruja tahu kami ke sana. Oh ye kami tu maksudnya saya, suami, Maryam dan Fauzan. Eh boleh bawa anak ke. Ha.. Inilah yang istimewanya kelas bersama group jutawan. Bussines ni kita grow dengan anak-anak, so kalau ada kelas ape pun under group jutawan insyaAllah boleh bawa anak-anak tapi sendiri jaga la. Kat sini juga ada kids room untuk kanak-kanak bermain. So as a parent kita pantau la anak-anak kat dalam tu. Tapi Maryam punya style ambil mainan bawa keluar duduk sebelah ummi. Barulah anak ummi ^_^


Kemudahan di Pusat Latihan FaizWorld




Sebelum pergi kelas kitorang sarapan dulu kat rumah. Tak tahu pula banyak betul makanan kat training centre ni.  Makan lagi la sambil dengar sharing. tak gitu. hee. Bukan setakat makanan je, pelbagai jenis produk Shaklee untuk kita rasa? ke makan? yang paling penting, free. Bancuh la berapa kali ESP pun. Telan la banyak mana vitamin pun. Buat la berapa kali performance drink pun. eh eh.. boleh ke.. Boleh, tapi supplement tak leh telan banyak-banyak tahu! ape kau ingat tu cokelat ke haa... (jangan merepek boleh tak)

Playroom kids juga disediakan siap dengan segala macam mainan. TV pun ada, tapi anak saya nak tengok cerita kegemaran dia tak de pulak. Rasanya kalau pasang upin ipin ramai budak melekat kot tengok rancangan tu. hehe


Suasana dalam Play Room. Nampak kaum suami sibuk menguruskan anak masing-masing. yang mana independent tu boleh main sendiri. abg jaga adik. kakak jaga abang..ha gitu..

Pusat Latihan ni muat untuk latihan 42 pax dan selalunya memang selalu full lah.  Weekend memang dah full dengan kelas. Ramai nak timba ilmu kan. Kemudahan aircond dan keselesaan kerusi dan meja memang top lah.  Plug pun tak perlu berebut sebab kat bawah meja ada disediakan. No need extention yang menentionkan anda.


Di sini juga disediakan bilik kecil untuk solat ataupun boleh juga menyusu untuk ibu-ibu cam saya ni. Kak Cery memang dah fikir masak-masak tahu untuk design susun atur ni.  Telekung juga disediakan 2 pasang so tak perlu berebut ye. hee. Dalam bilik tu muat untuk 3 orang solat mengikut kiblat. Yelah solat ikut kiblat, takkan ikot suka hati je kan.. stop merepek.

Kelas Bangkit 2015


Pengisian kelas pertama yang saya join adalah kelas bangkit 2015. Ha, time tu tak kenal sesiapa pun kat situ. Cuma 3 speaker undangan tu kenal la sebab diorang memang famous di kalangan group jutawan ni. Antara speker yang dijemput memberi perkongsian ilmu adalah Mija, Kak Karina atau nama shortnya Kak Kay dan Kak Elly.  Yang paling menarik kami tertunggu-tunggu ialah perkongsian daripada suami Kak Elly, pasal suami tak support isteri. Tapi slot tu yang paling last, so tak dapat nak dengar sebab dah lewat nak balik. :((


Ini la suami Kak Elly. Dulu tak support, sekarang 200% support. Moga suami saya pun 200% support pada isterinya ni.  Hantar pergi kelas & tolong jaga anak tu pun dah 78% support tu. eh? eh?

ciplak gambar dari FB page FWTC

Sharing dari Speaker Hebat 


3 speaker gorgeous. Dari kiri Kak Elly, Kak Kay n Mija.
First time jumpe Kak Kay memang sangka umur awal 30an. Tapi tapi tapi kalau tahu hakikatnya memang rasa nak hempuk kepala sendiri kat dinding sebab tak percaya Kak Kay boleh nampak muda macam tu. Kuat betul penangan VIVIX ni. Patutlah beliau digelar Ratu Vivix. hehe. Next entry saya akan cerita kenapa anda wajib cuba vivix mengikut perkongsian kak Kay dan anda mesti amalkan sebagai supplement harian ok.


Sharing yang saya dapat dari kelas tu memang banyak antaranya yang Mija share tentang instagram atau kita panggil IG je. Pada mulanya saya ingat IG ni untuk post-post gambar selfie pastu hashtag pastu post dengan caption yang lucu dan menarik, sebenarnya tidak. Manfaat IG lebih sekadar itu. So lepas balik kelas tu terus godeh godeh apps yang boleh membantu untuk posting di IG dan sasarkan matlamat supaya lebih terfokus. Kalau tak sebelum ni IG I banyak post gambar anak je.  Nampak sangat kat situ.......... *krik krik*


follow my IG @sarahmaimie @sarahmaimie @sarahmaimie



Kak Elly banyak cerita tentang jaga hubungan dengan Allah.  Tentang semangat, ikatan persaudaraan, rakan sekerja yang saya rasa patutlah kalau Kak Elly berjaya hari ni sebab dugaan yang dia dah kena tu banyak, yang membuatkan beliau mampu bangkit mengatasi segala cabaran tersebut. Memang salute lahh..

Hari tu juga Kak Elly ada buat demo tentang Nutriwhite. Ni juga salah satu produk Shaklee kesukaan saya! Saya dah pakai tiga produk Nutriwhite iaitu cleanser, toner & moisturizer. Syok bak hang, rasa nak tampar pipi dengan lemah lembut sebab feeling kulit selembut kulit Fauzan. (Laki ku menyampah kalau ku kata gini sebab kulit dia tak selembut kulit ku). Oh ye, kat FWTraining ni pun ada sediakan produk shaklee untuk di cuba. Kat sinki nak basuh muka ada dua produk dari nutriwhite. Satu untuk make-up removal dan satu lagi clenser. Dua-dua best. Thanks Kak Cery bagi kitorang guna and cuba Nutriwhite tu.. Theehehe... besar pahala akak.

Suasana hari raya. Eh itu lagu la. Ini suasana dalam kelas hari tu. Penuh kan.
Saya duk belakang sekali. sobs.. kes datang lambat la. kan sesat masa mula-mula cerita tadi.XD



Ini lah Puan Muda Shareeza (PM Shareeza atau yang betulnya Presidential Master Cery). Cun kan Kak Cery. Beliau ni tua 6 tahun dari saya, tapi dah capai kejayaan besar dalam hidup. DAEBAK!! Beliau seorang yang humble, suka buat lawak, ceria, dan paling best boleh cakap laju. Part tu kita sama la akak!! PM ni kiranya rank paling tinggi dah dalam Shaklee. Samalah macam taekwondo ada tali pinggang hitam, pastu hitam lagi hitam, dan yang last tali pinggang kulit hitam. *ini gurau je*, so Shaklee pun macam tu juga. Ada peringkat-peringkat rank untuk sampai jadi macam Kak Cery punya stage.

Cerita pasal Kak Cery ni kan, actually ni kali kedua saya jumpe beliau.  Dan setiap kali jumpa juga saya takut nak tegur dia. Ku mampu senyum je la. Kalau Kak Cery tegur rasa macam first time bakal husband nak ajak melamar.. haha.. Tapi serious weh, ku macam kaku kalau nak bercakap apatah lagi bergambar dengan orang hebat. End up balik kelas rasa nyesal sebab tak bergambar, bersalam, berpeluk cium. eh boleh ke.. haha.. tak la cium nanti kak Cery rotan kang. So gitu la setiap kali.  Ni luahan spontan pada hati kering macam aku.  Tak de perasaan betul kan. Dengar orang lain first time jumpe asyik nak bergambar dengan Kak Cery, ku rasa jelezzz... hehe. Next time jumpe insyaAllah pasti ku kan bergambar dengan Kak Cery, untuk menujukkan semangatku yang tak berbelah bahagi.. :D

Kak Cery ni Jutawan Muslimah Bumiputra yang kaya dan berjaya tahu! Semua orang nak berjaya macam kak Cery, tapi kalau tanya kak Cery ayat ni yang akan selalu dia ulang, kalau kita mampu harung 7 air mata darah, daki 7 gunung berapi, berenang 7 lautan hindi lautan peluh keringat, InsyaAllah kita mampu capai impian terbesar dalam hidup ni. Yang penting dapat capai dunia & akhirat. Jangan kejar dunia je, sebab dunia akan lari, Tapi kalau kejar akhirat, dunia pun ikut kat belakang kita. (yang ni aku ubah ikut kefahaman aku sebenarnya). Betul sangat kata Kak Cery, Nabi Muhammad SAW pun diuji lebih hebat, sebab tu agama Islam berkembang ke seluruh dunia kerana cabaran yang Nabi lalui sendiri.

Insaf sikit ye.


Ni antara gambar sebelum habis kelas.
Saya dah balik time ni, actually ramai lagi yang datang sebab kelas 42 pax full.
Memang meriah.!!

Kelas SEO


Minggu seterusnya pula adalah kelas asas untuk bina blog dan SEO.  Macam sekarang ni, kan dah jadi rajin nak update blog. Harapnya ada yang sudi singgah baca la ek. SEO (Search Engine Optimization) ni punya kelas kalau anda tengok la mana-mana iklan dekat internet mau cecah ratus-ratus kan. Kalau anda paham sikit sebanyak blog ni mudah la sebab belajar je terus, tapi kalau blog pun anda masih merangkak memang kene tunjuk ajarku sifu la. Dalam kelas dengan jutawan Shaklee ni memang dia ajar jua bina blog secara asas. Actually kalau anda nak upah orang untuk create blog pun boleh, cuma bayar je la sikit pada designer tu.


Kelas ni dikelola oleh Kak Syeetah, Kak Kay dan sedikit perkongsian dari Kak Aula tentang vivix. Ilmu baik mesti dikongsi dan disebarkan. Sebab tu saya kata group Jutawan ni memang awsome. Best sangat perkongsian dari Kak Kay sebab Kak Kay dah cuba teknik SEO ni and guess what? Beliau punya blog berada di first page dalam carian google. hebat tu. So saya harap blog ni pun dapat berada di first page carian google sama macam Kak Kay. ameeen.. Tapi yang penting kene la buat semua yang Kak Kay ajar.  Barulah encik google kenal kita kan.  Berbaik-baiklah dengan En Google ye.



Perkongsian Kak Aula tentang vivix. Lantang suaranya dan jelas tutur katanya. Ai loike :)  
(y)



Semangat ha Kak Cheetah mengajar. Ni kalau tak paham Kak Cheetah hempuk dengan ESP bagi sel-sel otak berhubung.  hehe. Kak Cheetah tak kata camtu. Dia cakap lembut je suaranya. Takkan bergurau pun tak boleh. Kak Cheetah ni sideline Mija, my nanny... kiranya nenek saudara lah ni..hik hi ..pun boleh...




Kelas Full house!! Yang kerusi kosong tu pun dah ada orang tapi tak leh duduk setempat dek kerana anak aktif berlari situ sana sini.  Hijau kelas ni, sehijau logo Shaklee dan setenang jiwa kami berada di sana.


antara items yang dijual di Faizworld Traning Center 

Overall kelas ni memang best, tapi bak kata Kak Cery, takkan lah muka sama je pergi kelas basic kan. So lepas ni capai target untuk ke kelas dengan leader-leader pulak. Luaskan empayar. Tebarkan sayap kiri dan kanan. Sama-sama terbang capai freedom. Buat bukan untuk diri sendiri je, tapi anda diluar sana pun boleh join sama. Nak capai segala freedom dalam hidup ni just contact saya.  Kita akan bincang-bincang and riki-riki untuk sama-sama maju dalam group jutawan ni.  InsyaAllah akhirat kita kejar, dunia ikut dibelakang.


Kesimpulannya, pertama kali ke kali kedua ke memang syok datang sini sebab bukan saja dapat timba ilmu bermanfaat daripada speaker-speaker hebat tapi juga segala kemudahan yang disediakan menepati kehendak kami tak kiralah untuk bayi, kanak-kanak, kaum ibu mahupun kaum adam. Good work! Bila saya berjaya macam Kak Cery, saya pun nak buat pusat latihan saya juga di Terengganu insyaAllah. Masa tu ramai yang datang ke pusat latihan ni sebab saya pun ambil kira keselesaan untuk semua golongan. ameen.. :)


Sumber gambar saya ambil dari page Kak Cery.  Saya tak sempat nak ambil gambar sebab perasan sibuk salin note. hihi.
Sila like page ni dan lawat blog ni untuk dapat pelbagai maklumat dan gambar lain tentang Faizworld Training Centre.

Alamat lengkap training centre ni adalah seperti di bawah:

Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi

Kalau nak masuk group Jutawan, ringan-ringankan lah jari untuk contact saya, anda akan diinvite ke Group Jutawan di FB yang mana kalau anda masuk, anda akan rasa andalah manusia bertuah harus bersyukur sebab anda memang insan terpilih yang hebat, kaya dan berjaya dunia akhirat.

Maisarah Embong, SID 1067052
Pengedar Shaklee Wangsa Maju & Kuala Terengganu.
whatsapp / telegram / sms ke: +6019 957 1083 
email saya di: mysarahe_86@yahoo.com

Sekian Assalamualaikum.. kalau tak jawab dosa. kalau jawab sayang. hik hik

p/s: Maaf merepek panjang benor. Ni la bila saya dapat mood dan jari untuk menaip. Moga bermanfaat insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...