Monday 11 January 2016

Oh Aku Rabun... Tidak!!!

As salam dan Hi

Minggu lepas saya teman huband buat spec baru. Sebab lama dah tangguh nak buat spec akhirnya buat juga la padahal tak rancang pun. (betullah orang kata kalau nak buat ape-ape kalau tak rancang tu memang jadi) haha

Husband memang pemakai spek sejak dahulu lagi malah seluruh ahli keluarga beliau juga adalah rabun jauh. Adik beradik husband adalah 3 orang, jadi nilai itu adalah normal bila seluruh ahli keluarga pun rabun.. hihi..bukannya 16 orang!

Selepas husband jalankan pemeriksaan mata, saya pun nak test jugak mata, sebab belum lagi pernah test. Promoter tu pun check la. OOO gini rasanya bila check. tak sakit pun.. haha.. Dia test satu-satu mata. yelah takkan nak check sekaligus. Fokus satu-satu ok.

hasilnya....



Promoter tu bagitahu mata saya OK. Alhamdulillah... "Tapi..U punya rabun silau ada tinggi sikit". Aku.. "hah? oh, takpe.. saya pakai sunglasses polarized ok!?" Malas nak buat spek. promoter sengeh sebab tak dapat pujuk aku beli buat spek.

Pedih mata


Saya memang pedih mata bila keluar ke kawasan yang terang, cerah dan putih. Kalau mengadap laptop dan handset lama-lama saya akan mula menangis. huhu. Sampaikan kakak saya ingatkan saya sedih tonton running man padahal saya silau dengan cahaya dari laptop tu.

Rabun silau juga boleh menggangu pemanduan terutama diwaktu malam, terutama apabila ada sesetengah lampu kenderaan yang tinggi dan ada juga yang kurang ajar malah sengaja mengangkat lampu tinggi. oit! silau mata kite tahu! Jadi saya dah lama tak drive malam-malam maka tiada sebab untuk memakai spek. Kalau siang hari saya akan pakai sunglasses sahaja.

Saya pun tunggu sahaja husband masuk dalam bilik gelap untuk test power. Bukan power kekuatan dalaman zahir atau batin tu. Tapi power mata la. Tinggi ke rendah ke, tebal ke nipis ke.. gituuu

Sambung tadi


Lepas keluar dari bilik gelap (nasib baik yang check dalam bilik gelap tu lelaki, kalau perempuan memang saya akan masuk teman husband sekali)  Saya tanya husband, takut tak masuk bilik gelap tu. Dia jawab seram sebab masuk dengan lelaki, nasib la dia dan lelaki itu normal. Ok, itu jawapan mengundang mogok isteri tanak masak nasi untuk dinner!

Dah tahu power terbest dengan mata husband, so sesi mencari spek yang diminati pulak. Saya suka tengok hubsand pakai spek bingkai itam macam zaman saya kenal dia dulu-dulu. Dia turuti je asalkan saya suka tengok. haha. Tapi dah 30-an ni tak payah pakai itam sangat la. Ambik kaler brown, nampak matang sikit.

Harga Spek


Murah juga la sebab ada promotion time ni.. (promotion sepanjang tahun agaknya) so dapat RM300++ untuk spek mata rabun jauh berbingkai dengan multi coated dan anti silau.

Balik rumah je, sesi untuk husband membiasakan diri dengan speknya. Dua tiga hari baru dapat adapt. Itu je kisahnya.

Tajuk macam aku yang rabun, tapi ceritanya husband yang buat spek. haha. Ini dinamakan kill two birds with one stone paham? Aku tak paham tapi pura-pura paham je.

Kalau nak kurangkan power spek, boleh ambil makanan dari sumber Vitamin A contohnya macam lobak merah. Tapi aku ada terbaca boleh ambil juga dalam bentuk supplemen dan dapat terus vitamin A tu pada kita.

Ini ha

Carotomax,
Tengok testimoni ramai juga yang berjaya kurangkan walau tak la pulih sepenuhnya, kan.

Annyong & Sayonara!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...