Friday 25 November 2016

Taknak Aji

"Order kak..? 
Apa mau makan?"
.
"Nasi goreng sotong 1.. 
Nasi goreng ikan masin 1..
kue tiow kung-fu 1.."
.
"Tanak ajinomoto ye..Terima kasih..." :)
.
Selalu kalau keluar makan di kedai dialog ni la yang biasanya terjadi.. Alhamdulillah orang kedai tu layan je, kite kan customer.. Hak kita pilih makanan ok.. Jangan kata kita tak boleh memilih makanan sihat walau kita makan di warung, kedai mamak atau restoran..
.
 Pilihan ditangan kite.  
.
Jom tukar 'tambah' order kalau makan di luar.. 

"TAK NAK AJINOMOTO"
"TAK NAK PERASA"

Say NO to MSG..

http://mavcure.com/ajinomoto-side-effects-pregnancy-cancer

Thursday 24 November 2016

Menjaga Hati Ibu di Hari Ibu

Hati ibu atau hari ibu yang lebih utama?

Kesian tau bila jumpa anak yang layan ibu ayah lebih kurang je. Saya yang takde ibu ni rasa nak sangat ibu tau, rasa awak tu beruntung ada ibu yang masih boleh mengadu memanja.

Orang yang takde ibu je yang tahu perasaan ni. Sebab tu saya respek kat ibu-ibu sedunia sebab pengorbanan ibu ni sejak dari baby mula jadi telur dulu tau sampailah lengkap anggota baby dalam perut--ha, kan dah seronok tak sabar nak baby.

So, please la berlemah lembut dengan ibu anda , lapangkan hatinya, ringankan bebannya, supaya hari tuanya tak lagi memikirkan masalah kita. Biarlah ibu selesa beribadat di hujung usianya ini.

Dan untuk menghargai jasa ibu, hadiahkanlah beliau dengan set kesihatan yang membantu ibu selesa beribadat. InsyaAllah ibu pasti suka terutama ibu yang ada sakit sendi & sukar untuk duduk dan bangun.

Saya syorkan Cadangan Set Sendi untuk Ibu Bapa tercinta iaitu Shaklee Collagen Powder, Ostematrix, Omega Guard dan B complex. Set lengkap untuk keperluan tubuh ibu bapa kita . Terbukti berkesan insyaAllah.
Dalam badan ibu dah tak banyak kolagen, sebab tu mengalami penuaan dan hilang keanjalan dengan cepat.



 Kolagen bukan untuk cantik saja. Tapi meningkatkan kesihatan dari dalam. Jadi kalau badan dah sihat, pastilah ibu akan rasa seperti muda semula.


Omega Guard minyak ikan yang menjadi teman setia kepada ibu. Mana taknya, bila rasa lenguh ibu ambil Omega Guard dan darah ibu berjalan lancar. Ibu pun kurang sakit lutut dan sendi. Penyakit tiga serangkai ibu dah nyahaktif. Ibu rasa lebih sihat walaupun banyak kerja dirumah.

B complex

Terdapat 8 vitamin B dan bagus untuk melancarkan peraliran darah ibu. Bila duduk lama-lama kaki ibu tak kebas. Ibu rasa selesa solat taubat yang setiap rukunnya yang panjang. Ibu gembira kaki ibu mampu menampung berat badan ibu.


Akhir sekali Ostematrix. Kegemaran ibu-ibu kerana asbab ostematrix, ibu tidur tanpa gangguan. Ibu jarang insomnia. Ibu buang air pun lawas, tiada sembelit dan tiada kejang kaki. Alhamdulillah! Satu set yang banyak memberi manfaat untuk ibu.

Apalah nilai untuk supplemen jika kita dapat menambah nilai kesihatan dan kegembiraan pada ibu. Nikmatnya bila dapat melihat senyuman gembira ibu.

Untuk my bonda, Al fatihah. Bonda dah banyak khidmat masa di dunia, now bonda rest k :)

Thursday 17 November 2016

Mengatasi Kanser [part 1]

As salam dan hi..!!

Saya nak kongsi satu cerita bermanfaat yang dapat dari sumber whatsapp (jadi tak tahu nak dikreditkan pada siapa) dan beliau pun dapat ilmu ni dalam slot dlm rancangan Prof Muhaya.com dlm Tv Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser. Jadi thanks a lot prof untuk perkongsiannya.


Mari baca..

Kanser adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan buah.
Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS.
Banyakkan mengambil makanan ini.

Greens + Berries + Onions + Mushrooms + Seeds
(Sayuran Hijau + Buah Beri + Bawang + Cendawan + Bijirin)

.
G - GREENS

B - BERRIES


O - ONIONS 

M - MUSHROOMS


S - SEEDS


Kurangkan protein dalam hidangan.
Banyakkan air putih.
Elakkan protein, gula adalah baja untuk kanser.

Tetamu yang diundang ke studio adalah pesakit kanser tahap 4.
Semasa diagnos koma 3 hari. Kembali sihat setelah mengamalkan makan habbatus sauda, air zam-zam, minum air lemon, berries (anggur, kurma etc).

Jadi kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural @ alami.
Tidak mengambil perubatan seperti kimo. Dengan alasan bila beliau mengamalkan makanan yang sihat, natural, malah kansernya tidak berkembang.

Dia yakin dengan cara natural beliau bertambah sihat.

Pemakanan sblm kena kanser...fast food, MekD***, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang makan buah dan sayur.
============================
Pun begitu, ada protein sihat yang boleh diambil terutamanya berasaskan soya, Protien ini mengandungi GI (Glisemik Indeks) yang rendah dan sesuai untuk mengawal kandungan gula dalam badan.

ESP sangat sedap dan sesuai untuk diet orang dewasa.
Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat makan kepada yang lebih sihat dan natural. Banyakkan sayur hijau , jus buah (minum tanpa gula kerana buah tersedia gula semulajadi ) dan buah-buahan.






Thursday 10 November 2016

7 Adab Makan Yang Orang Dah Tahu Tapi Selalu Tak Ambil Tahu

7 Adab Makan yang biasa tapi tak biasa dibuat.

Bercakap pasal makan ni kan, ramai yang tahu makanan yang baik yang masuk dalam mulut kita/suami/anak2 boleh membentuk akhlak mereka. Sebagai ibu rumah yang ditugaskan untuk menjaga perut keluarga, haruslah kita beri anak makan makanan yang berkhasiat kan.

Sebaliknya, kalau Anak2 disuapkan dengan makanan yang syubhah, risau juga nanti akhlaknya jadi tak seperti yang Islam mahukan.

Okay, persoalan makanan kita ketepikan dulu sebab sebelum timbulnya soal makan apa semua ni. Kita kena fikirkan dulu, soal adab makan yang Rasulullah ajar sebelum kita nak masukkan makanan yang baik ni ke dalam mulut kita atau keluarga. Nombor

1. Bismillah-- semua orang tahu buat dan tahu wajib buat. Cuma tinggal nak amalkan je.

2. Makan & Minum kena duduk--kecuali air zam-zam sebab Rasulullah pernah minum air zam2 secara berdiri (kata ikut sunnah nabi)

3. Makan & Minum tangan kanan--even tengah makan then nak minum air, ambil je pakai tangan kanan--pernah terbaca satu majalah Islamic ada cerita komik pendek pasal minum tangan kiri ni. Kawan dia tegur kenapa minum tangan kiri? Dia cakap tangan kotor. Kawan dia pun kata, "Kau makan nasi ke najis?" Adoi sentap kan 😭

4. Jangan makan berbunyi--buruk benar (seeloknya mengunyah sambil tutup mulut, barulah takde sound ok)

5. Jangan tiup makanan/minuman panas. Rileks bagi dia cool down sebentar, dah sejuk skit minum lah. Kalau minum minuman panas, Pastu duk tiup-tiup nak bagi sejuk.. Hmm nampak sangat gelojohnya . Rasulullah suruh sabar.

6. Kalau makan, amek lauk dekat-dekat. --pantang kan nampak ayam goreng peha favourite nun jauh dihujung meja, terus langkau tangan mencapai ayam itu. Ish2.. Sabar.. Kalau dah rezeki insyaAllah ada la k.

7. Dalam pinggan makan yang tepi-tepi dulu. Salah satu cara juga bila nasi tengah panas, kita ambil portion bahagian tepi tu, nasi tu sedang menyejuk dengan cepat berbanding kita ceduk nasi di tengah pinggan. Get it? Alah, teori sains je ni.

Ini sajalah dulu antara adab-adab mudah semasa makan.

Amalkan sikit-sikit lama-lama biasa la tu.

Wednesday 9 November 2016

Kedai Sewa Free yang Baru

As salam dan hi..!

Malam tadi saya tiba-tiba datang mood rajin nak sewa sebuah kedai pulak. Alang-alang dah free jadi kita proceed jelah. So kedai baru saya itu bernama



MAHU LEBIH SIHAT!!!!!!!!!!!



Hahaha...!!

Boleh klik sini untuk like dan nanti insyaAllah saya akan kongsikan banyak info kesihatan dan kecantikan. Actually saya nak fokus pada kecantikan pulak ni sebab ramai sangat yang tanya pasal produk skin care yang saya pakai, cara saya jaga kulit. Saya dengan rendah diri mengaku yang kulit saya taklah secantik dan selembut Neelofa.. hehe tapi saya just jaga kulit dari segala bahan kimia yang merosakkan kulit.

Saya sangat pentingkan pemilihan bahan yang berkualiti dan natural. Even paraben pun saya taknak ada dalam produk kecantikan tu okeh..!

Jadi, marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Bukan untuk show off ok niat tu kena betul, tapi kalau kulit kita sihat kita juga akan rasa syok je pandang muka sendiri yang bebas jerawat dan bebas dari kerosakan kulit.

Suami dan Family members pun tengok kita dengan senang hati. hihihiw

Nak saya consult korang?
Whatsapp je 0199571083

Alert!! Pengumuman..!!

As salam dan Hi..!

Terima kasih sudi singgah di blog Ahlia Suhaimi.

Blog ni under construction. ^^ Jadi jika korang nampak ada beberapa Klik yang tak kena tu, just scroll laju-laju k.

Boleh terus scroll dan baca entri lain di bawah. Entri ni hanya untuk muqaddimah dan sebagai Pinned Post.

So moga beroleh manfaat. :)

Monday 7 November 2016

Bersalin di Hospital Swasta atau Kerajaan?

Isu sensitif?

Semalam saya ke GH. Ramai ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan sudah keluar ward, menunggu kereta suami tiba di lobi bagi menjemput isteri dan baby masuk ke kereta untuk pulang ke rumah meneruskan rutin berpantang.

Semasa pemerhatian saya, kerusi duduk menunggu di situ agak terhad dan ibu setiap 15 minit ada yang turun dari ward ke lobi. Ada ibu yang terpaksa berdiri. Ada yang duduk sambil meriba bayi masing-masing. Ada yang ditemani keluarga, ada yang sendirian.

Ada juga ragam ibu yang berjalan laju macam bukan baru lepas bersalin. Ada juga yang jalan perlahan kemungkinan risaukan jahitan atau apa saja sebabnya pun hanya ibu itu yang tahu.

Teringat saya 2 tahun lebih yang lalu, saya bersalin Fauzan di pusat perubatan yang kecil. Masa daftar, hanya Nurse itu saja yang melayan saya sehingga ke bersalin. Dari mula di kaunter pendaftaran, bilik untuk menunggu waktu bersalin, labour room sampailah Nurse tu hantar kami ke kereta.

Waktu itu bulan puasa dan hari agak hujan kemungkinan malam lailatulqadar? Hee. Jadi saya bersyukur sangat, Nurse muda, muka macam Emma Maembong pangku Fauzan dan pass baby saya tu sebaik saja saya masuk ke kereta. Kira layanan yang baik la mereka bagi. 😄

Jadi bila tengok orang bersalin di GH, saya rasa salute pada mereka sebab sangat tak sama pengalaman bersalin di GH dan PH. Macam-macam cerita kan? Setiap orang yang pernah bersalin pun ada pengalaman.

Cumanya di private boleh pilih doktor mana yang kita mahu, terutamanya of koslah mahu doktor wanita yang rawat kita. Pastu boleh bersembang dengan doktor lebih lama tanya banyak benda sebab dia memang in charge kita seorang.

Apapun di GH ramai doktor pakar jadi kalau ibu atau baby ada masalah, boleh terus refer pada doktor pakar berbanding kalau bersalin di klinik biasa dan berlaku apa-apa, Maybe Kene sedas dua kot dengan Nurse sebab bila bermasalah baru sibuk nak gi GH 😁😁 kan?

Apapun saya lagi prefer PH dan masalah duit tu nombor dua kot. Kalau boleh pakai phone canggih dan mahal, takkan tak boleh bayar kos x sampai 2k pun untuk bersalin.

Ada hospital swasta yang tawarkan bayar ansuran. Jadi takde masalah kot lagi pun bukan beranak tiap-tiap tahun pun. Zaman sekarang semua dah pandai merancang. Tapi rancang juga kewangan supaya lepas bersalin ada peruntukan lagi untuk baby tu insyaAllah. 😊

Apa pengalaman bersalin anda? Hospital kerajaan atau swasta? Layanan baik atau buruk? Boleh kongsikan?
❤️

Next time saya kongsi kan kisah pregnant, bersalin dan berpantang secara sihat.

Ps: Saya berpantang tanpa Suami dan tanpa ibu di sisi tau .

Jantung Sihat dengan Minyak Ikan

OMEGA GUARD - Protect Your Heart..

MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yg tinggi dapat memberbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
Omega-3 juga memelihara kesihatan otak, pengelihatan dan fungsi-fungsi sendi.


MEMPUNYAI MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Mengandungi SATU RANGKAIAN PENUH 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

(one serving provides 990 mg of omega-3 fatty acids)

Ultra-pure and Pharmaceutical Grade.

dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti mercury dan plumbum yg terdapat dalam kebanyakan jenis ikan..


Maisarah Embong
| 019-9571083
Your Health & Beauty Consultant

Tuesday 1 November 2016

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex

 

Nutrisi Anugerah Alam

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa merupakan pusat pegumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.
Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan  magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu
Alfalfa. Sumber semula jadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam Alfalfa Complex.
KKLIU: 2601/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...