7 Adab Makan yang biasa tapi tak biasa dibuat.
Bercakap pasal makan ni kan, ramai yang tahu makanan yang baik yang masuk dalam mulut kita/suami/anak2 boleh membentuk akhlak mereka. Sebagai ibu rumah yang ditugaskan untuk menjaga perut keluarga, haruslah kita beri anak makan makanan yang berkhasiat kan.
Sebaliknya, kalau Anak2 disuapkan dengan makanan yang syubhah, risau juga nanti akhlaknya jadi tak seperti yang Islam mahukan.
Okay, persoalan makanan kita ketepikan dulu sebab sebelum timbulnya soal makan apa semua ni. Kita kena fikirkan dulu, soal adab makan yang Rasulullah ajar sebelum kita nak masukkan makanan yang baik ni ke dalam mulut kita atau keluarga. Nombor
1. Bismillah-- semua orang tahu buat dan tahu wajib buat. Cuma tinggal nak amalkan je.
2. Makan & Minum kena duduk--kecuali air zam-zam sebab Rasulullah pernah minum air zam2 secara berdiri (kata ikut sunnah nabi)
3. Makan & Minum tangan kanan--even tengah makan then nak minum air, ambil je pakai tangan kanan--pernah terbaca satu majalah Islamic ada cerita komik pendek pasal minum tangan kiri ni. Kawan dia tegur kenapa minum tangan kiri? Dia cakap tangan kotor. Kawan dia pun kata, "Kau makan nasi ke najis?" Adoi sentap kan ðŸ˜
4. Jangan makan berbunyi--buruk benar (seeloknya mengunyah sambil tutup mulut, barulah takde sound ok)
5. Jangan tiup makanan/minuman panas. Rileks bagi dia cool down sebentar, dah sejuk skit minum lah. Kalau minum minuman panas, Pastu duk tiup-tiup nak bagi sejuk.. Hmm nampak sangat gelojohnya . Rasulullah suruh sabar.
6. Kalau makan, amek lauk dekat-dekat. --pantang kan nampak ayam goreng peha favourite nun jauh dihujung meja, terus langkau tangan mencapai ayam itu. Ish2.. Sabar.. Kalau dah rezeki insyaAllah ada la k.
7. Dalam pinggan makan yang tepi-tepi dulu. Salah satu cara juga bila nasi tengah panas, kita ambil portion bahagian tepi tu, nasi tu sedang menyejuk dengan cepat berbanding kita ceduk nasi di tengah pinggan. Get it? Alah, teori sains je ni.
Ini sajalah dulu antara adab-adab mudah semasa makan.
Amalkan sikit-sikit lama-lama biasa la tu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi baca ^_^