Wednesday 18 November 2015

Marathon Terubat Tanpa Ubat

As salam dan hi^^

Hari Deepavali lepas, kitorang satu family ke Perlis sebab Mr.S outstation. Saja-saja nak gediks ikut bawak satu family (actually bawa family dari Perak - opah, aunties & adik ipar) jalan-jalan ke negeri orang. Kitorang start gerak pagi-pagi lagi dari KL, alhamdulillah jalan tak jem. Ok jugalah bangsa India mereka tak bersesak sesak macam kite nak sambut raya, hehe. Dengan keadaan jalan tu sempat juga sampai sebelum malam di Perlis.

Keesokannya memang Mr.S terus masuk site, tinggallah kite & anak-anak di tempat penginapan yang ajet-ajet ok tapi kadang KO juge. haha. Time malam kitorang keluar la pergi cari makan area Kangar. Di dapur ummi kite Ibuku jadi pilihan. Dua malam juga kitorang tibai makan kat situ. Nasi putih lauk pelbagai tu sedap la juga tapi goreng-goreng dia so-so sebab kami minta tak nak dibubuh perasa a.k.a ajinohmotor. Hambar tapi sihat. Mr.S order kuey tiao kungfu tapi dia cakap tawar, padahal baik la untuk kesihatan kan? kan? kan? <mata kat atas>

Beberapa hari di Perlis memang tak habis pusing pun pasal tak de la niat nak bercuti, (ambik kesempatan time Mr.S outstation je) orang kate ape.. dah alang-alang nak ke sana kite follow je laa... just jalan-jalan rumah sahabat dan round-round sekitar je.

Antara kedai makan yang famous untuk breakfast tentulah dekat stesen KTM Arau. Mak aih. sodappp. 2 kali pergi kedai tu. Mek Siti dari Kelantan rasanya sebab ada jual nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak sambal dia sedap, nasi berlauk.. macam-macam... kedai kecik je tapi ramai datang. Dapat la tengok kereta api lalu live sambil suap kerabu dengan telur masin. Alhamdulillah... :)

Makan tengahari di Pokok Petai Nasi Kandar yang interior design dia nampak dari luar macam kedai perabot kayu jati.. haha.. Semua benda berasaskan kayu. Kalau tak caye korang leh google nama kedai tu. Cayalah tokey dia. Nasi kandar dia pun sodap. Roti canai superb. Berapa kali aunt kite repeat order roti canai dia. alhamdulillah lagi .. syukur ya Allah bagi nikmat rasa pada lidah :)

Hari Sabtu last di Perlis. Mr.S pun dah habis kerja so sebelum balik ke KL sempat la singgah shopping kat Padang Besar. Padang Besar ni sempadan antara Thailand dengan Malaysia. Kalau nak ke Thailand melalui jalan darat ataupun drive dengan kenderaan sendiri, Padang Besar ni antara pintu masuk dia laa.



Dapat la hadiah handbag satu sebagai kenangan dari Perlis. Setahun sekali je ke sini pun.. hehe



Friday 6 November 2015

NUTRIENT - Info Asas Yang Perlu Anda Tahu!


Sering ada ibu yang bertanya, “Boleh tak nak ambil Alfalfa sahaja? atau ambil OsteMatrix dan ESP sahaja?”

Pertama, analogi ini akan saya berikan: “Antara Meja 4 kaki dengan Meja 1 atau 2 kaki, Mana yang lebih stable?”


Apa yang perlu anda tahu bila anda memutuskan untuk mengambil supplemen/makanan tambahan?


Pertama anda perlu tahu apa itu Nutrient?

Nutrient(nutrisi) bukan sekadar vitamin walaupun ramai dari kita yang menganggap keduanya adalah benda yang sama. Karbohidrat, protein (terbina dari rantaian amino asid), lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRISI – dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, fungsi organ yang sempurna, perkembangan sel dan macam-macam lagi.


Apa pula perbezaan Makro-Nutrisi dengan Mikro-Nutrisi? 
(MAKRO VS MIKRO)

Mula-mula kita harus tahu bezakan keduanya:
Mikro-NUTRISI adalah seperti vitamin dan minerals yang tidak boleh secara sendiri membekalkan tenaga kepada tubuh kita.
Makro-NUTRISI pula adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRISI yang mencukupi.

Micronutrient Overview:
Every chain is only as strong as its weakest link.
All links of a chain must be strong and stable. Only then will the chain hold and perform its function. Micronutrients are linked together in the body’s metabolism; they complement and support one another. The body’s needs are only adequately fulfilled if a broad range of micronutrients are consumed.

Jadi jelas terjawab persoalan anda diatas… Jumlah kedua-duanya yang kita perlukan adalah berbagai namun kedua-keduanya memainkan peranan yang penting!


Apa lagi yang perlu anda tahu?

Kepentingan Mineral kepada tubuh kita. 

Sebagaimana Vitamin itu penting untuk tubuh kita, ia tidak boleh melengkapkan fungsinya tanpa mineral. Earl Mindell, penulis buku Vitamin Bible memberi jolokan kepada Mineral sebagai Cinderella di dalam Dunia Nutrisi. Ramai yang tidak sedar tentang kepentingan mineral, tanpanya Vitamin tidak boleh berfungsi dan tidak dapat diasimilasikan (ditukar ke bentuk ringkas) untuk diserap kedalam tubuh. Ya, ada sesetengah vitamin yang boleh disintesis oleh tubuh TETAPI tiada satu mineral pun yang boleh disintesiskan oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya dari sumber luar!

Essential Set by Shaklee.

Melengkapkan keperluan nutrisi anda. 



ESP Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- 
Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be 
depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

Omega Guard lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA

Vitalea yang memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Sekali dah pilih Vitalea, selamanya takkan berpaling. Multivitamin, multimineral terhebat!! Sejak 1915 (dah 100 tahun~~~)

Sunday 1 November 2015

Dilemma DULU & SEKARANG

Dulu saya pernah kerja, tapi berhenti sebelum kahwin.. Lepas kahwin, masa pregnant, rasa boring pulak duduk rumah sorang-sorang.. Suami jauh..kami PJJ, so teringin nak kerja..siap hantar resume situ sini..dengan perut memboyot naik turun bangunan..hihi

Tapi tak dapat juga..

Sekarang cuba recall balik (bukan recall syarikat tu) , tapi muhasabah semula di sebalik 'kenapa' ???

Sekarang rasa syukur walau tak dapat income bulan-bulan dan tak de lagi KWSP masuk, tapi still anak-anak ada depan mata.

Dulu time kerja, hari 1st period tak boleh fokus kerja (senggugut teruk) so MC, kalau pergi kerja pun boss paham sangat saya akan tidur dalam ofis..hehe. Skrg kalau tak sihat pun still boleh lepak je kat rumah.. Penat...baring, ade mood...baru wat keje..haha.. Oh ye, lepas kahwin dah tak de senggugut. XD

Dulu, bersama rakan sekerja pasti ada yang tak puas hati..dengki iri dan sebagainya. So ada la yang terumpat (mane ade istilah ter---).. Skrg duduk rumah nak ngumpat sape..hihi.. bleber ke anak ada laaa...

Dulu time kerja, bukan buat bersungguh pun..muka paling lewat sampai pun muka ni laa..hehe..tapi skrg nak punch card pukul berapa pun x kisah..asal laki bangun pagi ade la makanan dia..jangan nak membutaaa je..ada yang kene punch nanti..haha

Dulu, gaji kecik merungut..nak tukar kerja laa..ape laa..sekarang pun tak dapat gaji macam masa kerja tapi hidup gembira.. tak yah nak merungut pasal dapat bonus..lain rasanya bila ada suami ada anak..duit tak banyak pun still bahagia tu ada...hehe

Dulu kalau kerja tak sempat nak wat bisness jana income.. Sekarang dah boleh sebab sendiri bos sendiri kuli..kerja lebih dapat lebih, kalau ma'less tak de la money nyaa


Papepun saya respect & nak tahniah pada isteri yang berkerja tanggung family tolong suami..maka, korang dapat kelebihan, mampu pakai kereta besar skit, ada rumah sendiri, boleh sumbang lebih pada mak ayah n mak ayah mertua.. saving emas semua ada pasal income 2x..

Mana-mana pun tak pe yang penting bahagia kita yang rasa..Tapi kita boleh juga beri bahagia pada mereka yg kita sayang, pun dapat pahala..bahagia membahagiakan.

Kalau nak join kite jana income sambil anak depan mata..jom pm eh 019-9571083

*klik gambar untuk baca*

Untuk pembelian SET SENGGUGUT Shaklee dan pertanyaan lanjut berkaitan supplement Shaklee, boleh menghubungi saya Sarah, Konsultansi selepas jualan dan jadual makan vitamin bersesuaian dengan diet anda secara PERCUMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...