Tuesday, 7 January 2014

Neutrogena, Nutox, Skin Food dan Shaklee


Assalamualaikum...

Hai anak2 gadis sekelian..yg tak anak gadis dah pun nak say hi jugak..hehe..korang-korang mesti penah pakai skin care kan..ada yang mula dari awal remaja, ada yang belum tumbuh jerawat pertama pun dah nak start pakai (pengaruh iklan la tu...hihi) dan ada jugak yg pesen tak kesah la muka jerawat pun..janji brutal...ye tak??

ok..itu korang la kan..tapi bagi saya pulak, saya memang tak terpengaruh pun dengan iklan TV pasal skin care ni. Saya terpengaruh dengan akak saya yang tua 6 tahun dari saya tu. Saya selalu tengok dia belek2 muka, rajin wat masker pakai beras pulut la.. pakai kulit kayu manis tuk hilangkan parut la. Pada saya tak penting langsung jaga kulit muka ni. Orait, then bila saya start masuk form 4 saya transfer ke sekolah teknik. Time ni kene duk asrama lah ye. Start dari situ la akak saya ngajor saya suruh guna step-step penjagaan muka. Produk pertama yang saya kenal time tu adalah Clean & Clear. Dia bagi saya 3 benda pencuci muka, toner dan moisturiser.Tapi saya bukan istiqamah pun pakai, sebab time tu student kan, mane nak ada duit beli semua. So saya stop jaga-jaga kulit ni. Nak senang pakai je bedak johnson baby. dah.

Kemudian abes sekolah, dan masuklah asrama di poly pulak. Macam-macam produk saya try termasuklah loreal pure zone. Memang best! rasa fresh je kulit. bau dia pun segarrr je.
 Cuma yang malangnya saya tak suka produk yang terang-terang tulis alcohol, then mula la misi saya mencari sesuatu yang tiada tertulis alcohol. Saya ni bukannya pengkaji produk skin care, so tak tahu la ape yang terbaik.

Survey punya survey akhirnya terjumpa la Neutrogena. Pertama kali pandang pun dah jatuh cinta. hihi. Belek-belek ingredient takde lak alcohol (bahan lain saya tak ambik tahu lak). Harga pun affordable tuk saya as a student. So try je la, start beli Neutrogena dari hujung tahun 2005 rasanya.

yg kat atas tu semua jenis cleanser dia n scrub. yg bawah tu toner n moisturizer.
Hampir 6 tahun saya bercinta dengan neutrogena sampaikan saya terjebak pulak dengan produk baru Neutrogena Fine Fairness. Nampak cam ekslusif je tapi saya nak cuba jugak, tenyataa memang best,


Time apply kat muka memang best la, sampaikan akak saya pun beli jugak lotion dia sebab rasa kulit makin smooth. Masa nak bertunang saya mintak bakal tunang saya belikan set ni. Laju je dia beli. Masa tu set ni dalam RM150. Memang rajin la pakai even time cuti. hehehe..

Namun panas tak berpanjangan, bila dekat-dekat nak kahwin bab hantaran di sebut dan kali ni suami saya request produk muka yang halal. Kalau boleh ada halal Jakim. Time tu saya dah terpikir mesti Safi, tak pun Alaisyah, dan yang seumpanya lah. Research punya research last-last saya jumpa la produk Nutox Oxyfusion, under Tohtonku dan ada sijil halal Jakim. So suami saya research la then setuju tu produk ni walaupun mahal sikit la set dia. 
5 benda ni antara produk nutox, banyak lagi yang saya malas nak google. 

Masa mula-mula nak try ni memang ragu-ragu sikit. Bukan pada produk tu tapi sebab dah lame sangat saya pakai neutrogena dan dah serasi sangat dengan kulit tup-tup kena tukar produk. Takpe lah, maybe ni demi kebaikan saya jugak kan. Mencari yang halal tu kan fardhu. So saya try starter kit dulu la. Dia bagi pencuci, serum dan moisturizer. Bile rasa ok je so saya beli la full set lengkap sampai ada 2 pencuci muka, satu untuk pre-cleanser satu lagi cleanser wrinkle away. Yang bagusnya dengan Nutox ni sebab dia Paraben Free!! Good.. Memula pakai full set ni ok lagi, tapi bila time busy tak sempat nak apply satu-satu. Ada yang tak habis pakai sampai hari ni tapi terpaksa dibuang sebab dah expired. huhu

Lepas saya dah bersalin Maryam ni lagi la saya malas nak apply. Ape pun puas hati je pakai. Sekarang pun saya pakai jugak tapi sejak dah nak melewati 25+++ ni kulit pun dah berubah. Kalau dulu lembab je sekarang selalu kering. Kalau duduk dalam aircond lagi cepat kering. So saya tambah pakai Skin Food. Memula dengar cam best je. Dah la produk Korea. Mesti kulit jadi macam artis Korea kan. So kami gi la AU2 Setiawangsa. Try-try produk Skin food. Walaupun takde tanda halal tapi rasanya takde bahan yang meragukan sebab dia base on bahan-bahan semulajadi. cuma yang jadi masalahnya tulisan kat belakang tu Korea dan saya tak tahu ape ke bendanya tu. Maka saya pun gunakan teknik mencari maksud untuk tulisan tersebut. Alangkah terkejutnya saya bahawa dalam produk Skin Food pun ada paraben. :'(

Gambar asal takde sebab essence ni akak saya dah rembat, sebab sekarang sy tgh habiskan free sample.

Yang saya beli adalah pencuci muka, essence, mask muka dan mask black head dan black maria sekali. heheh.. Namun pihak Skin Food sangat bagus sebab selalu bagi free gift walaupun saya hanya membeli Mask. Saya jugak dapat kad yang akan dicop kalau beli RM20 ke atas untuk dapat redeem barang yang disukai. Skin Food memang pandai meniaga. Tapi kan produk-produk dia wangi dan rasa macam nak makan jek..huhu.. Packaging dia pun menarik sampaikan pernah saya terfikir nak buat hantaran sebab comel sangat. Paling latest saya just beli eyeliner dengan eye brow liner (black bean) from Skin Food. Ok je la. Yang tak puas hatinya sebab Maryam suka main sampai patah.. So memang tak nak beli dah la lepas ni. huhuhu.. Pencuci muka Skin Food saya beli masa bulan December 2012 dan bulan Oktober 2013 pun belum habis lagi. Saya tak sure samada saya pakai dengan sangat berjimat atau memang satu tiub dia tu banyak sangat?? Jenuh nak menghabiskan sebab saya nak try dengan nutox balik.

Tapi. sejak 3 bulan lepas saya start berjinak-jinak dengan Shaklee. Dalam kesibukan saya menguruskan bisnes dan anak, cewah. Sampaikan saya takde masa sekali lagi untuk menjaga muka. (Saya masih tahu menjaga air muka..haha).. Saya pun memang tak pakai ape2 produk dah kat muka ni, Cuci-cuci muka je la. yang lain tu memang tak sentuh langsung. Even nk keluar pun saya togel je. Kadang bedak pun malas nak pakai. Namun kulit muka saya masih kekal seperti saya memakai produk macam yang sebelum-sebelum ni. Rahsianya? ha..kecantikkan haruslah bermula dari dalam. Kalau selama ni saya hanya jaga kulit luaran saja tapi sedarlah Sarah oii bahawa ko tu dah nak masuk 3 series 2-3 tahun lagi. So kulit pun tak sama macam zaman remaja dulu. Penjagaan dalaman untuk kecantikan kulit bukanla susuk ke ape2 jamu ye. tapi hanya vitamin tambahan. Of course la produk Shaklee kan. Bukan sebab saya jual Shaklee maka saya promote tapi sebab saya dah makan dan sendiri dah rasa. Serius, saya sangat tak rajin nak membelek muka sekarang, nak nak lagi saya pregnant ni. Mood tu dah lari..hehe.. So vitamin yang saya makan hari-hari adalah Vitamin C, Vitamin B complex dan Vitamin E. Taklupa jugak pada Encik ESP yang saya kadang malas nak bancuh sebab saya kurang berpengalaman bancuh susu anak sebab Maryam fully BF...heheh...

Vita-E untuk kulit cantik, lambatkan penuaan, elakkan nyanyuk, pun boleh kurangkan parut pd kulit.
Vita C dapat jaga kesihatan kulit, 1 biji = 7 1/2 biji oren.. kaya dengan vitamin C.
B complex membantu menstabilkan hormon dan emodi serta mengandungi folic acid, good for preggy mom. 


 Protien ESP sangat best. Tambah lak dengan tamar cocoa. MasyaAllah..lazat~ favourite drink. Maryam pun suka! Menjadikan kulit halus, licin dan gebu, boleh memekatkan susu juga, asbab anak cepat kenyang dengan izin Allah dan boleh kurus jugak. Boleh sihat langsing dan awet muda. Tapi time pregnant ni tak yah nak diet sangat la. Tiap-tiap malam lapar....grrrrr!!!

Honestly saya sangat berpuas hati dengan Shaklee, lame saya research untuk berkecimpung dalam bisnes ni. sebab dia MLM. dengar pun dah gerun. tapi bila saya didedahkan dalam group saya rasa diffrent tau. Dia bukan stakat nak ajak kita jana income tapi jugak dekatkan diri dengan Pencipta. Saya akui sejak saya ada anak saya sangat perasan sibuk dengan anak. Banyak saya nak cerita pasal Shaklee ni tapi kat entry ni dah banyak sangat cerita. takut korang tak focus lak..hehe.. But ape yang boleh saya katakan, alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan Shaklee. Syukur tak terhingga sebab berada dalam group yang positif. Leader-leader yang muda tapi hebat. Pergantungan pada Allah memang tak bertepi, saling ingat mengingatkan, selalu bagi motivasi dan semangat serta bermacam-macam lagi perkongsian yang saya banyak lagi tak habis baca.

Saya tak banyak post kat Fb sebab saya rasa ape yang saya nak share tu bukan dari hati. So saya tak post la. Yang mana ikut mood dan terasa nak share tu baru lah saya share. Itu je lah setakat ni perkongsian saya pasal beberapa produk Skin care dan vitamin pengganti produk skin care saya buat masa ni. kalau saya datang mood rajin kang saya beli pulak produk lain n share lagi insyaAllah. Lain-lain tu tambahan je.. Thanks korang sebab sudi baca. Yang mana tak baca tapi skip baca yang hujung-hujung je pun okayy...korang jengah blog ni pun dah beribu-ribu thanks...yang mana tersesat pun nak say thanks jugak. Korang memang osem sebab dapat jumpe blog sarang labah ni.haha...

kalau nk order product Shaklee tuk SET KULIT CANTIK atau nak SET BAJET je pun blh..
sms /  whatsapp 019-9571083
Your Shaklee Independent Distributor.(1067052)

p/s: actually korang kene jaga kulit dari dalam dan juga luaran, (saya ni je ma'les sket) kalau korang memang dah rajin rawat muka from luaran, dan korang tambah pulak dengan supplement tambahan untuk kecantikan dalaman, percayalah..hasilnya superb...hanya korang je tahu macam mana rasa dia setelah korang cuba.. insyaAllah..
ok...wassalam...

6 comments:

  1. harga shaklee yang vit-E dengan vit-C tu berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam..sory liyana coz lambat reply.. vit E RM149 dan vit C RM92.50. Vita E ada 120 bj n tahan sampai 4 bulan manakala Vit C tahan sampai 6 bulan.. :)

      Delete
  2. mana lagi elok yer untuk yang mula2 nak cuba Shaklee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang shaklee dah tak keluarkan nutriwhite tapi Youth yang lagi power dari nutriwhite ni
      nak boleh pm 0199571083

      Delete
  3. wanna ask, skin food tu halal tak?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...