Thursday, 14 November 2013

Hot Gimmick

Assalamualaikum...

Aku ada kawan,
nama penuh dia aku lupa,
tapi nama bapak dia aku ingat, Jasni,
So aku just panggil nick name dia Sue..
Sue orang Kelantan, aku selalu dengar yang orang cakap budak Klate ni macam tu macam ni, tapi setakat aku kenal dengan budak2 Klate so far ok je... and ni kisah dia....

Perkenalan aku dengan Sue ni sangat unik, Kami mula-mula berjumpa waktu kami nak meeting untuk Kelab Bimbingan dan Rakan Sebaya (KRS). Masa tu aku duk tengah tunggu kat luar bilik mesyuarat, aku duk sembang-sembang la ngan roomate aku yang lain. Tetiba aku nampak la majalah komik Arena dekat tangan si Sue ni. Masa tu aku tak tahu lagi nama dia ape..so aku panggillah, "Awak, boleh tak saya nak pinjam Arena awak?" Then Sue replied "Boleh" lepas tu terus aku ambik komik tu dan baca - aku memang addict dengan komik sejak kanak-kanak lagi. 

Mula dari saat tu aku kenal dia, kitorang sembang-sembang rupanya dia duk hostel satu paras ngan aku je, tapi aku leh lak tak perasan.hihi.. Dia ambik course Food Technology sama ngan salah sorang roomate aku, tp kelas lenlain so dari situ wat kami jadi lagi rapat laa.. 

Perkenalan kami diteruskan. Kami share minat masing-masing. Kami dedua suka tengok cerita Korea & Jepun, so kalau ada rancangan TV cerita tu pasti kami akan ke bilik TV..Sue ni dia jugak kuat study, pointer tinggi tak hengat, aku gak la terkapai-kapai nak mengejar pointer macam dia. huhu.. Semester 1 tu memang full aktiviti kami dengan agenda duniawi sampaikan bertukar-tukar buku komik tapi tak la mengabaikan ukhrawi dan pelajaran ok. Saat kami terleka masing-masing saling mengingati la.... gitu.....

Aku pun ada jugak baca komik-komik jenis novel grafik , sumber utama novel grafik ni aku dapat dari abang aku jugak yang merupakan pengumpul tegar komik. Sejak dari keluaran komik Cina; Pendekar Laut, Pedang Setiawan, Raja Rimba dll...pastu masuk bab komik Jepun Dragon Ball Z, Dragon Ball GT, Chibimaruko, Cowa, komik dari Akira Toriyama dan termasuklah karya-karya tempatan macam Lawak Kampus, Under-18 (ni paling diminati), majalah Utopia, Gempak Starz dan banyakkkkk lagi..

Si Sue ni pulak peminat tegar novel grafik dari Jepun, antara yang terawal aku pinjam ngan dia Penguin Prince, dalam tu ada 4 kisah kalau tak silap. Memang best ar sebab grafik dia memang lawa dan cerita dia best n spontan. Lepas2 tu dah start dah aku ni jadi pengumpul novel grafik, yang mana aku belum baca pasti aku akan beli and tukar2 la ngn Sue punya..


Lepas tu ada pulak novel grafik bersiri yang sangat hot time tu (pada aku la) iaitu Hot Gimmick. Dah nama pun HOT kan... Start vol.1 sampai vol.12 (complete set) aku dapat collect kesemuanya dengan bantuan Sue. Kawan-kawan kelas aku pun ada yang pinjam dan ada jugak yang beli sebab jalan cerita dia best. Ada cinta 3 segi, persahabatan, keluarga, adik beradik, konflik anak angkat, cinta terlarang dan banyak lagi. Ni memang addict aku la time tu, pulun minta Sue tolong carikan setiap volume supaya dapat buat koleksi. Si Sue ni jugak rajin tolong balutkan novel tu sebab dia sangat sayangkan benda-benda macam ni. Haish, tak pernah lagi aku jumpa kawan yang addict pada komik ni sampai jaga macam tu sekali..hihi..




Ni semua volume dia..yang paling tebal vol 12 sbb dia ada tambahan cerita pulak kat belakang. So far cerita ni memang menarik la and watak yang paling aku suka dah tentu la Hatsumi ngan Ryoki. Yang si Sue pulak suka g**a kat Shinogu. Pada aku watak Shinogu tu pengecut, hahaha..Aku nyampah kat Shinogu, yang Azusa pulak lagi aku menyampah. Tapi kawan-kawan aku suka jugak kat Azusa. Haha...nampak tak permainan dia? Sampai terbawa-bawa kitorang time tu. Tapi tu semua aktif masa semester 1 je, naik semester 2 aku dah kene pindah asrama dan kawan2 sekelas aku banyak yang duk luar. So aku pun duk luar jugak laa..Tapi abes kelas atau time rehat solat Zohor mesti aku gi makan kat bilik Sue. Roomate dia memang kenal sangat dah la aku ni (tapi sekarang aku betul-betul dah tak ingat @ kenal siapa diorang tu...huhuhu).

Kisah persahabatan antara aku dengan Sue akhinya berakhir jugak di Poli tu sebab Sue dapat tawaran SPA. Walaupun result exam dia gempak jugak untuk sem 2 tu dia still nak berhenti and grab tawaran dari SPA yang lebih menjamin kerjaya insyaAllah, so aku pun akur je laa.. Memang sedih time tu sebab mikir yang aku hilang sorang kawan yang memang banyak tolong aku sejak aku sem 1 lagi. Kawan suka duka penceria suasana, yang sangat sanjung aku.. dan tak pandang rendah pada aku. Seronok kot ada kawan macam tu, tak hipokrit.

Walaumacamanapun, Allah masih menjaga hubungan persahabatan kami sampaikan Sue yang masa tu tgh belajar di KL (kos yang SPA tawarkan tu) masih dapat luangkan masa untuk jumpa dengan aku. Kalau aku turun KL, dia la yang ambik aku. Sanggup datang dari tempat dia study ke Pekeliling (sbb aku dari Kuantan). Bawak aku naik tren, jalan-jalan kat KL, belanja makan, and hantar aku semula ke hentian bas. Memang masa tu aku tak reti la pasal tren LRT semua, mana nak naik mana nak exchange nk gi situ sini semua aku tak tahu. So Sue la yang duk bawak aku. First time aku gi Times Sq dia yang bawak, then siap bagi aku hadiah sebelum aku balik. hihi..

Kitorang memang kerap chatting dan dia antara top chatting aku dalam YM. Sue ni jugak suka guna telinga aku untuk tadah masalah dia, aku rilek je sebab aku memang pendengar yang baik..eceh..he... So Sue la yang akan call aku lelama cerita masalah dia dan sebagainya sebab dia tahu aku ni tak rajin nak call dia melainkan SMS je, tupun ikut kepentingan...hahahha

Kalau aku ke KB and kebetulan Sue pun balik Klate mesti akan roger dia la suruh dia turun kB walaupun dia duk di Pasir Mas, sanggup dia turun untuk jumpa aku. Padahal aku yang nak jumpa dia..HAHA... Kalau jumpe tu memang Sue jelah yang kene susah payah, dah nak turun dari Pasir Mas ke KB, pastu tunggu aku sampai ke KB, then jalan2...makan sembang shopping sket and bila nak balik Sue make sure yang abg ipar or akak aku dah ambik aku, so kiranya aku dah selamat dah di pick up family baru la Sue akan balik rumah dia naik bas ke Pasir Mas semula. Nampak tak pengorbanan dia? Nampak tak aku yang mengada? Nampak tak yang aku ni macam manja (padahal tak pun). hihihi

Sue ni minat dia pada cerita Jepun sampaikan sanggup beli DVD atau download je cerita yang dia suka. (sama cam cousin aku sorang ni - cerita di entry lain). Sampaikan kalau dia minat cerita tu mesti nak share suruh aku tengok dan sanggup burn DVD untuk setiap episode dan bagi kat aku. Mane aku tak terharu. Pastu memang complete set siap tulis lagi tajuk apa, siap bagi bekas lagi letak DVD and siap belanja aku. Aku tak bayar pun pada Sue tapi dia bagi saje je... huh, memang kan si Sue ni....

Dia suka kumpulan Arashi and aku pulak suka Hey! Say! JUMP! tp kami dedua suka Chinen Yuurii...


Sape nak kata dia ni JAMBU silakan, tapi yang penting gigi dia kiut..hahaha....sampai kakak aku ingatkan dia perempuan. hihi..

Masa time birthday aku dulu pernah la dia nak bagi hadiah tapi kami tak dapat jumpa sebab dia dah kene praktikal kat Penang and aku plak kerja kat Kuantan. So peluang jumpe agak tipis la...huhu...bersempena birthday aku dia nak la bagi aku hadiah, tp dia bagi pilihan la samada aku nak dia belikan then pos atau dia bagi duit aku beli sendiri. Aku pun pilih yang ke-2 sebab masa tu aku nak beli sweater, so dia bagi la aku duit untuk aku beli sweater tu, masa tu jugak bersempena dengan konvokesyen aku + aku baru bertunang. Kiranya hadiah pakej sekaligus.. hehe.. Sampai sekarang pun Sue masih belum tengok sweater yang aku beli tu...

Then masa aku lahirkan anak tahun lepas pun tak de rezeki kami nak jumpa, tapi Sue dia dah prepare hadiah untuk Saki-chan.. Terharu berganda2 lagi. Cuma sekarang dia tak sempat nak pos dan Saki pun dah setahun lebih.. Memang lama betul kitorang tak jumpa.. Slalu chat fb je...rindu betul kat mu Sue... 

Stakat ni itu je lah dulu yang aku kongsikan pasal sahabat aku sorang ni, aku harap Sue cepat bertemu jodoh sebab dia sangat baik, sayang la orang baik2 ni kan... 

Ni kalau Sue baca mau dia kembang semangkuk aku puji dia..padahal aku tengah rindu kat dia..huhuhu....

papepun if korang ada sahabat yang baik, jagalah hubungan sebaiknya even korang dah kawen.. Aku tahu bagi yang dah kawen macam aku ni memang kurang la dapat bagi komitmen kat kawan sepertimana masa kita bujang dulu, tapi at least sekali sekala 'tegur' la kawan2 lama kita ni especially selagi mereka belum berkahwin sebab kalau mereka dah kawen mereka mungkin akan busy juga dengan keluarga masing-masing dan akhinya persahabatan korang yang sekian lama terjalin terkubur begitu sahaja kalau masing2 tak saling tegur-menegur....

p/s: aku betul2 lupa ape nama penuh Sue...Shuhaida? Shuhada? Syuhada? Shuhada? arrggghhhhh....


wassalam....... =)





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...