Assalamualaikum dan hi,
Alhamdulillah...bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk saya siapkan entry yang agak panjang dan bermakna bagi kami (saya & suami) insyaAllah... Lama dah sebenarnya nak menulis tentang ini, tapi masih mencari ingatan dan kenangan sebab masa tu saya belum bergiat aktif lagi dalam berblog.. Tapi rasanya memang nak tulis pasal ni sebab ini merupakan pengalaman pertama dan seterusnya jadi panduan bila saya dah ada pengalaman kedua ketiga dan seterusnya insyaAllah...
Ok..lets begin..Saya ni kawen masa umur 25, tu kira boleh la cukup-cukup umur kata orang..tak terlalu tua dan tak terlalu muda.. Memang target saya nak menikah dalam umur 25tahun dan Alhamdulillah, lepas je cukup umur saya kahwin..hihi,,Saya lahir bulan August so menikah bulan December tu masih dikira dalam tahun lagi la ye. Perkenalan dengan suami saya pun berlaku spontan je dan more to get serious la daripada main-main ke ape kan..sebab masa tu saya baru abis belajar dan bakal suami saya (masa tu umur 26) memang niat nak cari calon isteri. So takde kapel-kapel, kalau suka terus dia datang jumpa family. Ringkas. Padat. Mutakhir. hehe
Umur 25 tahun bagi saya adalah masih muda mungkin sebab masih ramai lagi kawan-kawan saya yang belum berkahwin dan saya jugak anak bongsu. Kadang-kadang orang tak expect pun yang saya dah 25 tahun atas faktor fizikal rasanya. Jadi, lepas berkahwin saya tak de la merancang untuk pergnant mahupun nak enjoy-enjoy dulu membujang bersama suami kan. Cuma, saya serahkan semua pada Allah sebab hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kami..Saya just pikir nak kawen supaya saya tak de buat maksiat or mintak dijauhkan dari zina. So lepas dah kahwin kami macam biasa la menjalankan tugas sebagai suami isteri selama seminggu di rumah saya. Sepanjang seminggu tu macam-macam tempat la saya bawak dia berjalan area Kuala Terengganu tapi belum masuk fasa honeymoon memandangkan dia dah kehabisan cuti..huhu.... Diawal perkahwinan kami diuji dengan jarak kilometer yang memisahkan. Suami di Johor Bharu dan saya di Terengganu. Setiap 2 minggu suami akan balik ke Terengganu untuk jumpa saya.
Minggu-minggu lepas kahwin dan kalau suami saya tak balik, saya mesti akan jalan-jalan ke rumah adik beradik saya, saya ke Dungun, ke Kelantan, ke KL dan jugak ke Kuantan. Perkhidmatan saya dimanfaatkan sepenuhnya oleh adik beradik saya memandangkan saya belum ada komitmen yang besar seperti anak mahupun keluarga sendiri nanti. Saya memang aktif la pada bulan pertama kahwin tu memandangkan saya rancang nak ikut suami ke JB pulak kan..
Nak dijadikan cerita, masuk hujung bulan December saya datang period.. ni bukan masalah besar kan, di mana menandakan yang saya tak pregnant..So saya pasrah je dan abang kandung saya pun ada la bagitahu saya yang macammana nak tahu kira waktu subur (abang saya pulak yang ajar eh...hehhe). Dia memang jenis tak segan cerita hal gitu gitu kat orang...Katanya ilmu perlu dikongsi, betul tak?? hihi... Tapi yang jadi masalahnya waktu period saya tak seperti sebelum2 ni dan juga dah melepasi 15 hari (istihadah). Mula-mula macam panic la jugak kan kenapa saya boleh jadi istihadah, padahal sepanjang saya baligh ni belum pernah lagi berlaku hal yang macam ni..huhu..
Lepas tu saya ke KL sebab ada majlis pertunangan anak saudara saya, masa tu saya saja wat-wat mengada kata saya mengidam nak makan Secret Recipi la Burger King la..tapi semuorang tahu saya dalam tempoh 'berpantang' haha..Tapi budak-budak ni layankan je laa... Mane ada orang tak pregnant cakap nak makan macam-macam..itu kan mengada namanya...hahah ..Balik dari KL saya dah kembali 'normal' dari istihadah.. Tapi badan saya dah start tak sedap..Saya jadi teringin tahap tinggi pada satu-satu benda tu contohnya saya nak makan laksa Terengganu. Saya jadi naaaaakk sangat sampai sanggup belajar buat sendiri padahal sebelum tu tak pernah pun masak laksa. Minggu tu pulak suami saya balik, so keinginan saya tu saya luahkan padanya dan dia layankan la saya untuk ke pasar cari santan, ikan, laksa dan ulam2 untuk masak laksa tu.
Pada hari suami saya balik tu, saya ada beli UPT untuk buat urine test. Lepas dah baca arahan semua, saya try check pagi esoknya. Tunggu punya tunggu dalam bilik air tetiba naik garisan pertama...pekat...warna merah, tunggu punya tunggu lagi...timbullah garisan kedua....samar-samar warna pink....Saya terus berdebar-debar...berlari naik atas rumah dan tunjuk UPT result tu pada suami saya. Suami saya yang tak de pengalaman tengok alat tu terus cakap, "ye ke pregnant? kan garis tu tak berapa nampak.." itu ayat cover supaya dia tak terlalu eksaited..haha.. tapi....itu wat saya jadi hampa tau.. terus saya rasa down.. "takpe la..mungkin betul ape yang abang cakap tu.. " huhu..maybe saya kene wat ujian semula..?? guna alat UPT yang lebih canggih mungkin? suami saya kata kalau nak lebih yaqin baik gi check doktor... Saya macam malas la nak gi jumpa doktor bagai kan sebab baru je lagi ni..lagipun leceh la..huhu...
Kebetulan adik ipar kakak say a(Doktor Naziah Hanna) ada datang rumah. So saya pun bagitahu la pasal masalah saya istihadah semua tu. Then dia suruh saya datang kat HSNZ malamnya untuk check sebab dia on call, jadi ada la banyak masa. Kami pun pergi la HSNZ dan terus gi scan je..cerita banyak pun tak guna kan...tapi suami tak boleh masuk (waktu tu dah lepas isyak, so dah malam sangat..dah lepas waktu melawat)..Saya pun mintak la suami tunggu kat KFC sebelah hospital. Sebelum saya nak scan ada 2 orang ibu mengandung tengah tunggu untuk discan. Nampak perut diorang dah sarat benor..Saya senyum je laa.. K.Yan kata kene tunggu diorang scan dulu baru saya boleh scan sebab ibu-ibu mengandung ni emo skit..apekah?? hehe...
Masa saya discan tu (pengalaman pertama kene scan) K.Yan letak gel ape ntah kat perut saya (tak rajin nak google menda tu) then tekapkan benda macam bentuk mic kat perut saya (puntaktahuapekebendanamanyatu). Golek2 atas perut, time tu perut kempis lagi. K.Yan show la kat saya screen monitor tu dan bagitau ni dalam rahim...ni pundi buang air kecik....hehe....pastu google2 lagi....tuppp...nampak titik hitam. "ha, dah ada ni ha babynye" "Tahniah puan Maisarah, awak mengandung..." Macam ayat skema dalam TV..hihi..Lepas K.Yan dah print gambar dari monitor tu, K.Yan mintak saya simpan gambar tu and bawak gi klinik kerajaan la untuk daftar. Kami pun keluar dari hospital menuju ke KFC. Bincang-bincang la sket pasal ni dekat suami saya. Terungkaplah semua yang saya memang dah sah pregnant sejak lepas kahwin hari tu lagi. Yang masalah hari tu adalah sebab saya bleeding dan normal je sebab doc kata maybe saya banyak bergerak masa baby baru nak lekat tu (ye lah , mane tak bleeding kalau kehulu kehilir bawak kerete manual, racing mengalahkan suami saya dan buat macam kerajaan takde AES masa tu...hihihi) Kandungan waktu tu dah 9 minggu rasanya..Saya kene tengok semula print baby tu.
Masa saya discan tu (pengalaman pertama kene scan) K.Yan letak gel ape ntah kat perut saya (tak rajin nak google menda tu) then tekapkan benda macam bentuk mic kat perut saya (puntaktahuapekebendanamanyatu). Golek2 atas perut, time tu perut kempis lagi. K.Yan show la kat saya screen monitor tu dan bagitau ni dalam rahim...ni pundi buang air kecik....hehe....pastu google2 lagi....tuppp...nampak titik hitam. "ha, dah ada ni ha babynye" "Tahniah puan Maisarah, awak mengandung..." Macam ayat skema dalam TV..hihi..Lepas K.Yan dah print gambar dari monitor tu, K.Yan mintak saya simpan gambar tu and bawak gi klinik kerajaan la untuk daftar. Kami pun keluar dari hospital menuju ke KFC. Bincang-bincang la sket pasal ni dekat suami saya. Terungkaplah semua yang saya memang dah sah pregnant sejak lepas kahwin hari tu lagi. Yang masalah hari tu adalah sebab saya bleeding dan normal je sebab doc kata maybe saya banyak bergerak masa baby baru nak lekat tu (ye lah , mane tak bleeding kalau kehulu kehilir bawak kerete manual, racing mengalahkan suami saya dan buat macam kerajaan takde AES masa tu...hihihi) Kandungan waktu tu dah 9 minggu rasanya..Saya kene tengok semula print baby tu.
So bermulalah kehidupan as a mother to be...
Saya masih berjauhan dengan suami walau saya tengah mengandung.
Bulan pertama dan kedua saya tak rasa sangat seperti mengandung sebab takde ape2 yang berlaku pun. Berat maintain je,,masih muat pakai seluar yang dipakai sebelum kahwin.. Takde masalah pada perut... Saya takde alahan cuma masalah tak boleh nak tidur malam sebelum muntah. So, kalau tengah nak tidur tu mesti perut rasa memulas sampai ke dada then rasa loya kemudian muntah, lepas tu mesti lenaa... hehe.. Itu je la sickness yang saya dapat kot. Tapi saya jugak selalu rasa pedih ulu hati dan terpaksa hisap Maalox..ubat gastrik ayah saya..memang jadi bekal sepanjang trimester pertama.. Saya jugak rajin google pasal pregnant, perkembangan baby..dan serius cakap saya sangat teruja!! Walaupun masa awal-awal dulu saya macam tak la ready sangat nak dapat baby tapi lepas dah tahu dia ada dalam perut saya ni rasa semangat nak hidup..sebelum ni pun semangat cumanya bila husband takde dekat tu yang wat saya lemah. Masa tu saya nak tahu sangat baby wat pe dah dalam tu.. besar mane dah.. Dah bentuk ape dah... Tangan dah ada ke.. Kaki dah keluar ke... Mata otak semua laa.. Saya google satu satu untuk baca setiap perkembangan baby ni,.. Subahanallah... cukup 4 bulan baby kita memang dah lengkap cumanya dia sangat kecikkk... Tak sampai besar tapak tangan kita pun...hebatnya Allah ciptakan makhluknya dari setitis air yang tak de makna menjadi manusia yang mulia...
Beberapa minggu lepas tu saya gi serah diri kat nurse (maksudnya daftar kat klinik kerajaan la) untuk dapat buku merah tu.. Masa daftar ni sangat lama...nak isi segala details..terpaksa call hubby yg time tu kat JB mintak bagi maklumat secepatnya...dan ada satu hal dimana saya diminta membuat fizikal check up... Nurse nak ajar macamana mengesan kanser payuda...wat??? saya jadi...eh.......serious?? tak pernah lagi orang tengok..malu,...so dalam terpaksa saya bagi jugak la nurse check... Pastu nurse tu nak panggil nurse2 pratikal pulak, saya pun bagitau la yang saya tak ready, baru kawen dan malu!!! Alhamdulillah la, student tu semua sporting..paham la kondisi saya kan.. Lepas dah siap check-up dan daftar saya kene datang semula about 2 weeks sebab saya dalam tempoh pemerhatian, dekat buku tu pun ditampal sticker merah menandakan warning if bleeding lagi boleh jadi masalah lain naudzubillah...
Berberapa bulan lepas tu saya dah normal and takde masalah dah sepanjang mengandung..Label warna merah dah ditukar kepada putih menunjukkan sangat sihat alhamdulillah, HB pun cantik...alhamdulillah..dan saya sangat menjaga kesihatan sebab dah rancang nak bersalin di hospital swasta, kalau ada masalah nanti hospital swasta tanak terima kita...huhu..Saya memang nak elak dari beranak kat hospital kerajaan sebab tanak nanti dikatakan darurat - doktor lelaki terpaksa check jalan, darurat - mereka terpaksa sambut kelahiran dan darurat - mereka terpaksa jahitkan kita..huhu.. NO NO NO..Ya Allah , jauhkan lah aku dari darurat ini dan semoga Engkau memberikan ku yang terbaik insyaAllah..ameen...
Saya beli ni sebagai rujukan sepanjang kehamilan.. Sangat bermanfaat, saya dapat tahu tentang buku ni daripada majalah SOLUSI. Terus gi cari kat kedai-kedai buku...Susah jugak la nak cari ni kat Terengganu, suruh husband cari kat JB pun tak sempat katanya.. Last-last jumpa jugak...Alhamdulillah... kiranya reward untuk diri sendiri sebab berjaya jadi bakal ibu..hihi.,
Nama cadangan anak pun tak tahu lagi...Gender dia pun tak tahu jugak...
Ni masa 4 bulan lebih...ada rasa benda gerak dalam perut... |
Ni pulak nota ringkas setiap minggu...tak rajin sangat tulis..kadang tak ingat nak tulis pun ada.. |
Nota & Panduan yang sangat berguna dalam tu.. |
Setiap trimester pasti akan ada penerangan tentang apa yang dialami oleh ibu mengandung..baby buat ape dalam tuh, baby dah besar mane.. so saya banyak refer kat sini la..Teruja nak cepat-cepat nak habiskan satu-satu tempoh terimester tu...Menghitung hari juga bila nak masuk trimester ke-2 kemudian trimester ke-3... Tengok perut membesar setiap hari sampai saya tak perasan, cuma memang dah lama tak tidur meniarap sebab memang tak dapek la kan..
Adakala saya menangis sebab takut nak tunggu hari kelahiran, tak de kekuatan nak lahirkan baby.. Sampaikan suami saya dah tak tahu nak buat ape..huhu...kesian kat dia..Saya juga diberi peluang untuk mengandung sepanjang sebulan Ramadhan dan alhamdulillah saya dapat tempuh sebulan puasa tu dengan jayanya.. Dapat bersahur penuh...dan berbuka dengan penuh kenikmatan..Saya suka minum ais masa pregnant, tak risau la orang kata baby dalam perut akan besar ke ape..saya pedulik ape kan..hihi..Ais tak boleh bagi mudarat. yg bagi mudarat cuma Allah... So saya makan je supplement dan ape yang dibagi doktor walaupun kadang terlupa..terskip..ubat tertinggal kat rumah la ape la..hihi...banyak cabaran tapi semua tu jadi kenangan yang terindah la dalam hidup kami..
So, setakat tu sahajalah perkongsian pengalaman saya sepanjang tempoh kehamilan...banyak lagi sebenarya tapi takut pening pulak kan baca banyak-banyak ni...insyaAllah next next entry saya cerita pulak pengalaman bersalin, pengalaman breastfeeding...insyaAllah....
Semoga Allah masih bagi kekuatan pada saya untuk pregnant anak ke-2 ke-3 dan seterusnya..insyaAllah...ameenn..... :)
ni saya hadiahkan gambar anak kami ( Maryam Sakinah) yang dah setahun..
Semoga jadi anak yang solehah di dunia dan akhirat insyaAllah,,.ameennnn ya rabb...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi baca ^_^