Wednesday, 27 November 2013

Bila Aku offline

Assalamualaikum....

Lama betul saya tak jengah blog ni..macam tak berpenghuni....tetamu pun tak datang..he..
Mintak maaf pada diri sendiri sebab saya tak dapat online untuk kesekian lamanya..
Memang terasa lama betul tak melihat dunia dari alam maya..asyik tengok dunia luar je buat saya jadi makin jauh ke belakang. Bukannya apa, dunia maya ni la tempat saya dapat banyak ilmu dan maklumat. Kan maklumat di hujung jari. Sejak saya tak dapat online ni memang dunia saya hanyalah keluarga saya sahaja. Orait jugak sekali sekala. Boleh fokus pada family kan..

Banyak benda-benda baru yang berlaku pada family saya bebaru ni. Salah satunya, anak perempuan saya Maryam Sakinah dah pandai berjalan. Alhamdulillah.... Setahun Dua bulan Setengah..officially.
Agak lama jugak la anak saya yang sorang ni nak berjalan. Katanya ikut abi dia masa kecik dulu. Ada yang kata sebab berat dia. Ada jugak yang kata tak rajin berlatih. Tapi kata umminya ni semua tu taqdir..Allah dah tetapkan Maryam dapat berjalan umur setahun lebih.. Syukur...boleh jugak berjalan...

Dulu masa memula nak ajar dia bertatih, nampak la yang Maryam ni kurang confident. Kalau pimpin tangan dia nak berjalan, kalau lepas tangan je terus duduk. Hihi.. Kerenah anak-anak kan? Korang lak? Camne pengalaman anak dah boleh mengajar anak berjalan ni? Susah kan? Dua perkara yang paling lambat untuk manusia buat adalah bercakap dan berjalan .. Ia makan masa setahun sampai dua tahun. So bila anak dah mula menapak ni ibu bapalah yang paling teruja tengok. Excited mengalahkan anak-anak tu sendiri..hehe

Ok, perkara lain lagi tu adalah, sepanjang bulan ni suami saya kena outstation ke 3 negeri. Macam biasa la tu. Cuma yang tak biasanya kali ni saya stay di sini, di KL, di rumah mertua.. Yang biasanya saya akan stay di KT rumah ayah saya.. Huhu... Memula agak scary jugak. Bukan saya takut duduk di rumah mertua, cuma saya segan kalau suami saya takde. Sape nak pantau saya. Jaga aurat saya (sebab kat sini ada biras lelaki). Alhamdulillah, segalanya agak lancar di sini. Mak mertua saya sangat baik dan suka tolong tengok-tengokkan cucu perempuannya yang sorang ni. Untung laaa...

Perkara lain jugak, kakak ipar saya kene demam denggi dan warded. So beberapa hari sebelum ni saya ke Cheras la jaga anak-anak buah. Kat rumah abang saya tu la Maryam dah pandai berjalan laju. Biasalah. budak-budak dah jumpe geng memang cepat sikit perkembangannya. Selain denggi, kakak ipar saya pitam akibat demam terlampau kot. So masa jatuh tu kepala ada luka sikit dan kene jahit 6 rasanya..huhu...yang ni ngeri. Masa saya melawat dia di hospital, mata lebam macam kena tumbuk. Ujian-ujian... Allah nak tingkatkan darjat kita dan masukkan kita dalam syurga. ameen..

Tambahan lagi, dua orang kakak saya datang ke KL untuk bercuti bersama family masing-masing. Tambah-tambah lagi saya syukur sebab saya dah lama tak balik KT dan rindu nak jenguk adik beradik. Dapat jumpa di KL pun dah OK dan kitorang lepak bawak anak masing-masing berjalan. Yang paling tak boleh lupa, Kami 4 family tanpa pasangan dengan anak-anak masing-masing di dalam satu kereta alza. Boleh bayangkan? Abang saya dengan anak-anaknya seramai 5 orang, Kakak sulung saya dengan anak lelakinya 2 orang, Kakak saya yang lagi satu dengan anak2nya seramai 3 orang dan saya dengan permata hati saya seorang. So total ada 15 nyawa dalam alza tu.. Hihi.

Dan lagi, pernikahan dan perkahwinan adik ipar saya jugak berlangsung beberapa hari lepas. Walaupun perkahwinan orang lain, tapi saya pun teruja juga sebab dua orang lagi abg saya pun datang KL. Amboi..cuti sekolah lepas dah keluar result UPSR masing-masing bawak anak berjalan je kan. So saya pun menjemput la abang-abang saya dua family ni datang memeriahkan majlis. Seronok dapat jumpa family sendiri. Rasa macam balik kampung je..hihi..

Then last trip saya bawak Maryam berjalan di Sogo dan Pavi.. Syoknye kat Pavillon sebab ada decoration yang cristmast tu kan.. Dapatlah anak-anak buah merasa naik merry go round. Saya tengok mak n bapak budak ada yang guard anak masing2.. dapat merasa jugak la ye bapak2..hihi.. saya imagine jugak if Maryam yang naik kuda tu agak2 sape yang teman dia? ummi ke abi? ..tapi yang pastinya si Maryam pulak asyik tidur je dari saya solat Asar sampai la saya solat Maghrib dan sampai la saya  dinner. So saya lepak tepi je la + kaki dah lenguh... Fuh...memang lega sebab kalau nak melayan dia time solat dan makan memang mujahadah la.. pernah sekali saya bawak dia ke surau masa solat Asar. Mulanya nak tunggu abi dia siap solat, tapi saya rasa cam boleh je solat dengan Maryam ni. Time wudhu ok lagi dia layan main air. Sekali time saya nak solat, saya lupa yang dia dah boleh jalan, terus dia jalan dalam ruang solat tu.. 2 kali saya batalkan solat sebab dia lari jauh dari saya. Yang paling tak boleh blah, Maryam ni dia pergi tolak penghadang kayu tu sampai jatuh. Kuat berdentum bunyinya. Alhamdulillah orang tengah solat so takde la yang toleh kebelakang. huhu. Terus ummi tak jadi nak solat sebab Maryam memang asyik nak berjalan je. Sampai la ada adik tu datang untuk solat then dia tolong tengokkan Maryam masa saya tengah solat.
Lepas ni memang takde insiden saya solat sama dengan Maryam di surau atau di masjid sebab dia memang tak boleh duduk setempat! Kena gilir dengan abinya jugak.. Sabooooo je lahhh..

Setakat ni dulu perkongsian saya sepanjang saya offline ni. Langsung tak update status or fb or blog. Tapi alhamdulillah masih update kitab suci tu. Walau sesibuk mana pun kita dengan teknologi dan bisness. Jangan sampai tinggalkan yang sunat dan yang wajib k. Pesanan ikhlas..

p/s; saya akan edit kemudian untuk masukkan gambar.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...