Friday, 15 November 2013

SHAKLEE Vita-E Complex®

Assalamualaikum.....dan selamat petang...

happy....  .....gembira

sebab Maryam dah tidur...saya pun dah solat. Ha korang dah solat ke belum? Kalau belum tak boleh teruskan membaca, tapi kalau dah teruskan lah ye....heheh


Pada petang Khamis yang mulia ni saya berasa sangat gembira!!
Sebab esok suami saya akan pulang dari Miri...yuhu,... alhamdulillah..semoga selamat perjalanannya sampai ke Wangsa Maju k...dah 4 hari tak jumpa..sangat rindu..sila muntah atau berhenti pembacaan jika terasa loya...hihi, tapi saya pesan anda supaya teruskan baca sebab saya nak share info yang bermanfaat ni...insyaAllah....

Oleh sebab itu, saya nak share salah satu produk Shaklee yang best iaitu .......

VITAMIN E

Vitamin E adalah salah satu dari rangkaian Set Vitamin cantik selain vit C dan B complex.

Fungsi VITAMIN E  adalah:-


  • Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Ia memperbaiki peredaran darah yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan,
  • mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan,
  • mengurangkan tekanan darah,
  • membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
  • meningkatkan prestasi atlit,
  • mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.



Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun
1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. 



SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.




KEKURANGAN
 Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :

(1) Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam badan)
(2) Penuaan kulit sebelum masa.
(3)Rambut gugur
(4) Anemia.


SHAKLEE Vita-E Complex® 

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan. 


Boleh hubungi saya untuk dapatkan pertanyaan lanjut mengenai sebarang produk Shaklee insyaAllah....

Sarah 019-9571083
Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID 1067052


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...