Tuesday, 12 November 2013

Kerja Cuti Sekolah


Assalamualaikum....

Peringatan: Ini entry kurang gambar..

Skeptikal punya tajuk padahal saya dah tak bersekolah.. hihi..baru-baru ni saya dapat pm dari bekas anak murid saya. Budak-budak ni sekarang dah darjah 4. Dulu masa saya mengajar diorang baru je darjah 2. Sekejapnya masa berlalu. Tetiba teringat semula kenangan time saya jadi cikgu @ muallimah. Saya jugak jadi guru kelas pada budak2 ni...hee

Jadi cikgu ni pengalaman yang saya memang tak boleh lupakan laa..Keseronokan berada kat sekolah (walaupun saya selalu datang lambat) dan seronoknya dikelilingi orang yang baik-baik sebab saya sekolah Islam Swasta. Budak2 kan ahli syurga. Pelajarnya ada yang baik, yg nakal tu biasa laa kan budak..padahal dalam hati geram kenapa budak ni macam takde moral...huh



Sekolah ni namanya Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad dekat Jalan Gambang Kuantan Pahang. Dulu saya study di Kuantan, so sekolah  ni agak sinonim jugak la dengan saya. Macammana saya boleh jadi cikgu dekat sekolah ni? padahal saya takde kene mengena langsung dengan latar belakang sekolah, mahupun latar belakang study saya tu sendiri. Dulu saya ambik Architecture, so camne boleh jadi muallimah pulak? Haa...inilah yang dikatakan taqdir, rezeki dan jodoh dengan sekolah ni. Saya pun tak pernah menyangka yang saya diberi pengalaman mengajar di sini...

Ekcelli, 2 orang kakak saya pernah mengajar dekat sini dan beberapa orang anak saudara saya pun belajar di sini, so kiranya macam lucky lucky sebab ada orang kenal kan. Even sebelum saya ngajor kat sini, baik muallimah, muallim dan student kenal saya..hih..tak famous pong cuma terkenal je..haha..

Lepas saya habis study tahun 2010 (bapak lama nak habiskan study) saya menganggur jugak setengah tahun then saya bertunang masa raya cina tahun 2011. Eh dah lari tune pulak... hehe...Lepas dah tunang mesti nak prepare kahwin kan. So terdetik la hati saya nak try mengajar di sekolah akak saya tengah mengajar masa tu (sekarang akak saya dah berhenti and sedang jalankan bisnes keropok dengan JSD).

Masa interview tu alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun tu kira first time saya diinterview. Penginterview tu adalah En. Jumaat, Kak Ijan, K.Diani ngn ibu (saya lupa nama ibu ape..huhu). Klako pun ada, memang gelak terguling time interview tu. Part yang paling klako yang saya ingat bila En. Jumaat tanya pengalaman bekerja sebelum ni. Saya bagitau la yang saya pernah berkerja dekat nursery kakak ipar saya. Dia tanya la berapa lama..Saya cakap 4 hari...terus dia gelak, dia kata la, ingatkan 4 bulan ke, 4 tahun ke..rupanya 4 hari...hihihi....

Sebenarnya saya masuk sekolah tu dalam bulan 3 lepas cuti sekolah. Saya cuma gantikan la muallimah yang berhenti dari sekolah tu. Alhamdulillah saya dapat jadi guru kelas pada budak tahun 2Abu Bakar. Ni kira kelas depan laa, ok la..tak la teruk sangat nak mengajar sebab ramai budak perempuan banding dengan budak lelaki, pastu budak2 pandai ni kurang sikit cabarannya..bukannya takde cabaran, cuma kurang la berbanding dengan kelas ke-3 dan ke-4 yang saya kene ajar. Masya Allah...sabooooorr je laaaa..

Saya ngajar budak darjah 2,3,4 dan 5..setiap darjah tu saya mengajar Abu Bakar. Alhamdulillah..dan subjek yang saya ajar pun senang je..Bahasa Malaysia, Tulisan Jawi dengan Sirah Nabi-Nabi. Semua pun senang-senang je...hik hik..cam berlagak kan? Tapi saya cuma fikir positif laa..Saya boleh ngajar semua tu, yaqin insyaAllah dan kene banyak tanya pada muallimah-muallimah yang dah senior..

So far ok la sekolah tu, kawan-kawan muallimah semua baik-baik. Kami siap ada geng usrah lagi untuk pemantapan rohani, yelah kadang kita terlalai, support dari sahabat usrah la yang menyedarkan kita. Pengisian dia memang bagus, ada mengaji, cerita, sharing dan paling penting ukhwah. Yang ni memang takkan kita dapat if kita tak join usrah or group dakwah seumpamanya.

Sepanjang saya mengajar di Kuantan, saya stay di rumah abg saya di Indera Sempurna. Jauh jugak la dengan rumah sebab kene U-Turn. Time balik dekat la sebab boleh lalu jalan kampung. Masa tu merempit laa..naik moto..memang best dan motor pun memang suka bagi pahala kat saya, selalu je nak rosak..huhu..
Lebih 6 bulan jugak la saya jadi muallimah ni dan bulan ke 7 saya berhenti sebab abang saya nak ke Mekah, so anak-anak diorang saya la diamanahkan untuk menjaganya. Alhamdulillah, dapat la wat menampung belanja kahwin untuk bulan 12 tu...

itu jelah kisahnya..padahal nak cerita pasal lain dah jadi terselit kisah lain..hehe

BTW pada bekas anak-anak murid muallimah, kat sini mlmh nak mintak maaf banyak2 sebab mungkin selama mlmh mengajar ada banyak yang terkurang, maklumlah cikgu baru ye..halalkan segala perkara yang mlmh buat pada antum dan mlmh doakan antum jadi anak-anak yang soleh dan solehah ..ameeen...


*cerita ini hanya untuk peringatan penulis terhadap memory dia sendiri




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...