Thursday, 10 September 2015

Pencuci Muka untuk Wanita yang Best

Assalamualaikum dan hi ^^

Masa aku duk bilik air tetiba teringat nak share pasal pencuci muka aku yg satu ni
Dulu-dulu aku memang stick dengan satu-satu benda yg mana kalau aku dah suka atau dengan kata lainnya dah obes  obses, aku mesti tak berpaling tadah punya. Datanglah iklan yang gempak dengan artis yang cun pun pakai pencuci muka tu aku tak heran lah. Aku pernah share sebelum ni. 

Pencuci muka wanita


So kisah pencuci muka aku ni, dulu memang aku tak ambik peduli pasal kandungan atau bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, asal muka aku ok tak naik jerawat tu kira baik laaa. Yang paling penting tiada alkohol supaya tak diragui kehalalannya. Ini bagi pendapat aku pada masa tu.

Tapi sejak aku pandai membaca, meneliti dan menelaah sesuatu benda atau fakta, aku lebih memilih dan telah membuat keputusan tanpa menkedberi buta. Mengguna / memakai atau kata omputeh apply cleanser yang mengandungi bahan kimia adalah lebih merbahaya berbanding tidak memakai sebarang produk penjagaan kulit. Statement apakah ini? Dahsyat kan? Haha. Aku cakap betul ni, better togelkan muka tak pakai pape sebab incase kau salah pakai, mau merana kulit sekali dengan kau merana tahu!

So I think, wow this is so cruel. Macamana aku nak tahu produk penjagaan kulit terbaik? So bagi mengubat hati yang lara, aku cuba menggoogle pelbagai pencuci muka terhebat pada abad itu. Kelihatan seperti aku dari zaman Edo bukan? Salah, aku dari zaman Showa, tapi membesar pada zaman Heisei. Ini kisah peradaban Jepun.. <maafkan saya TT_TT>

Nur Fazura jadi Duta


Aku pun jumpalah Nano White dan Nutox. Omaigad, Fazura yang aku minat masa cerita gol dan gincu pakai Nutox. I terpengaruh uolls, bukan takat terpengaruh kat Fazura yang memang mempunyai kulit yang cantik tapi juga sebab Nutox merupakan produk dari Tohtonku <of course from Japan> dan ada HALAL!!! Maka pakai lah aku produk tu, sampai lah aku rasa tak berminat lagi nak teruskan. Nak tahu sebab ape? Aku cerita semula ok! haha.. saja la nak bagi korang suspend.

Mencari Alternatif Lain


Kisah regime penjagaan kulit aku sekarang adalah Nutriwhite daripada Shaklee. yay!!!
I do love Nutriwhite because its natural! Natural ingredient, and safe and of course save my money too..haha. The price is affordable. Which one tube of the cleanser can use until 6 months. Not until but over 6 months. Aku punya dah hampir setahun belum beli baru lagi. Maybe sebab mukaku kecil saja. haha. Sila percaya, last aku beli pencuci muka je aku dah tak ingat sebab lama sangat dah. Bukan aku pakai sorang lak tu, kalau balik kampung kakak-kakak aku rembat sama pakai aku punya. Takpe, sharing is caring. I love them! So, silalah pakai lagi...Pakailah pakailah.. *nangis*




"Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam."


Mari aku cerita skit macamana Shaklee boleh kuarkan produk best dan terbaik ni. First, ia dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit dari Jepun dan Amerika Syarikat. Korang tahu la macamana orang Jepun jaga kulit diorangkan, so kalau pakar kulit diorang yang nak develope korang teka la macamana hasilnya. Bahan-bahan dalam Nutriwhite ni diambil dari 16 buah negara berlainan. Bersungguhnya Shaklee pergi cari yang terbaik untuk kita semua. 

Kanan cleanser dan kiri softener (toner). Keduanya wajib ada!

Formula Nutriwhite Shaklee


Formula botani ini diperkaya dengan Vitamin C aktif seta derivatif akar manis, yang diproses lebih daripada satu langkah bagi menghasilkan kecerahan kulit, membantu melicinkan permukaan wajah agar lebih fresh and glowing. Nutriwhite dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam dan meratakan tona yang tak sekata dengan LIMA cara berbeza.

Nutriwhite adalah produk 3P yang tulen (pure), berasaskan sumber semulajadi (potent), dan terbukti keberkesannya (proven). Ujian dijalankan ke atas manusia, dan bukannya haiwan mahupun hanya ujian dimakmal sahaja. Kesemua produk Shaklee disahkan halal oleh Islamic Servis of America (ISA).

Untuk anda yang masih lagi pakai pencuci muka atau skin care yang banyak bahan kimia, sila fikir semula ye. Masa muda memang cantik, tapi kalau tua nanti tak tahu macamana kita. Kanser kulit juga boleh berlaku jika terlaku banyak kulit kita terdedah dengan bahan kimia. Jom tukar produk penjagaan kulit anda dengan Nutriwhite daripada Shaklee. Terbukti selamat, nyata berkesan dan menjimatkan wang.

Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati?

Satu tiub 150 ml / 5.1 fl. oz berharga RM119 dan sangat jimat kerana boleh tahan sehingga ENAM BULAN! Sesuai dipakai diwaktu siang dan malam. Anda digalakkan mengguna softener (toner) dari nutriwhite yang bertindak mengecilkan pori dan mengembalikan keadaan PH asal kulit (5.5ph) dan juga melembutkan kulit. Soft as baby :)

Set penjagaan Kulit Nutriwhite. ^_^


Nak dapatkan tips penjagaan kulit luaran dengan Nutriwhite Shaklee dan penjagaan dalaman daripada produk Shaklee? Jom PM untuk personal coaching, saya sendiri pakai dan rasai kesannya haruslah saya mahu semua rasa kulit yang cantik dan sihat. Kesannya boleh dirasai sejurus anda mencuci muka!!
Untuk kesan fizikal adalah 2 minggu penggunaan. Sesuai untuk semua jenis kulit namun, jika anda ada masalah kulit yang lain, saya boleh syorkan penggunaan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. InsyaAllah moga entry ini membantu anda mencari produk kulit yang sesuai. Pastikan selamat, halal, berkesan ke atas manusia baru beli.

Hubungi saya Sarah 0199571083
maisarah.embong@gmail.com
IG @sarahmaimie

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...