Wednesday, 30 September 2015

Nak Cari Produk Kulit Berkualiti Untuk Orang Asia?

As Salam dan hi

Produk kecantikan kulit


Sekarang ni dah bermacam-macam produk kecantikan kulit yang keluar kan..sebenarnya benda ni dah lama..sejak aku mula kenal produk kecantikan ni pun aku dah perasan pelbagai jenis produk untuk kulit. Tak kira la ko orang asia ke mat salleh ke negro ke.. produk-produk ni biasanya dikeluarkan khusus untuk jenis kulit tertentu laa.kebanyakan yang keluar di Malaysia ni dah tentulah sesuai dengan kulit asia kan..

Tapi kan..korang perasan tak atau korang pernah tak ambil tahu latar belakang produk yang korang gunakan tu? Haa.. part ni ramai yang fail aku rasa.. aku pun dulu gitu gak… takpe.. tapi bila kita ni dah berilmu sikit (rajinkanlah membaca) rasanya dah boleh bezakan antara baik dan buruk, patutnya kita ambik sikit masa untuk cari ilmu pasal produk2 yang kita nak pakai ni..

Actually, tak kisah sangat produk ape yang korang nak guna asalkan sesuai dengan kulit muka, tapi seelok-eloknya cari yang natural, halal dan yang penting juga ada kelulusan dari KKM. Maksudnya produk korang tu halalan toyyiban. Suci lagi baik. InsyaAllah.


Paraben Free


Aku ambil contoh la, macam aku pernah cerita dalam entry ni aku pernah pakai macam-macam produk kan. Sampai la aku stick ngan Nutox Oxyfusion pada masa tu. (Now aku dah pakai Skin care from Shaklee which is NutriWhite). Aku pakai Nutox dulu pun lepas dah research. Research kau! Haha.. Sebab ianya dari sarang burung dan ia paraben free. Hampir 85% produk kosmetik mengandungi paraben *faint*. Kalau korang detect produk kosmetik atau skin care korang ada kandungan paraben, tak kira butylparaben, methylparaben atau propylparaben aku nasihatkan korang jauhkan laa.. huhu…Kenapa pentingnya paraben-free? .

Pada 1990-an, parabens dianggap xenoestrogens-ejen yang meniru estrogen di dalam badan. "Gangguan estrogen" telah dikaitkan dengan kanser payudara dan isu-isu pembiakan. Dan pada tahun 2004 kanser British penyelidik Philippa Darbre, Ph.D., mendapati parabens hadir dalam ketumbuhan payudara malignan. Oleh itu, pakar-pakar di banyak negara mencadangkan had ke atas tahap paraben dalam produk kosmetik. Lagipula, organisasi pemerhati bimbang jika parabens boleh disimpan dalam badan, dari semasa ke semasa mereka boleh mempunyai kesan kumulatif dan menimbulkan risiko kesihatan. -Sumber Realsimple.com-

Tapi Pengkritik Kajian British (Critics of the British Study) kata, paraben tak menyebabkan kanser. Allahu a'lam. Nak tahu lanjut ce google, ce google. :D Tapi kalau nak selamat, better avoid segala jenis mak nenek paraben ye. lagipun, negara-negara maju dah tak pakai dah paraben dalam produk dia, produk-produk tu dia hantar ke negara kelas ketiga macam Malaysia ni untuk kita pakai. Agak kejam kan…huhu.. Nasiblaaa

Masa aku mula-mula pregnant, hormon malas nak bercantik-cantik telah melenyapkan keinginan aku untuk pakai segala macam produk skin care yang terdapat di pasaran. So kulit aku juga tidak bertindak sebagai Seri Orang Mengandung yang menyebabkan aku nampak 2X lebih kusam berbanding sebelum ini, Ah biarkan segalanya berlarutan kerana aku memang diserang hormon malas nak bercantik-cantik yang separa kronik. 

Setelah lame aku tak pakai produk kecantikan ni, hati aku terbuka nak cuba Shaklee punya produk. Kemain berdoa mintak Allah tunjukkan jalan kebenaran .  Bab muka ni untuk suami juga dik non oii.. Lagipun aku tengok sorang-sorang dalam FB Secret Group Jutawan Shaklee share pasal ni yang membuatkan aku pun nak cuba tanpa teragak-agak. Kau tahu bahan-bahan dari extrak tumbuhan yang tak boleh dinafikan haknya untuk dimiliki. Makanya aku pun order la dengan my Upline Mija :). eh eh

pencuci muka
Pencuci muka paling jimat, kalau jenis tak rajin cuci muka, setahun pun belum habis..kihkih

Nutriwhite Shaklee ni bagi aku antara yang terbaik pernah aku pakai. Kandungan bahan-bahan yang digunakan tu natural. Kau tahu macamana Shaklee ni Go Green dia punya style, tanam pokok je dah lebih sejuta pohon. Rasanya akan tanam lagi 2.6 bilion pokok and still conting....... Sebab kes sayang bumi. Aku lak sayangkan diri, so aku pilih yang terbaik sepertimana Shaklee sanggup keluarkan semua produk yang natural, selamat, berkesan dan sangat mesra alam. 

The more I learn, the more I know, the more I love Nutriwhite & Shaklee! 

penyegar pelembab
Softener (toner) + Lotion (moisturizer)

Walaupun ramai lagi yang tak tahu pasal Nutriwhite dari Shaklee ni, aku harap lepas ni ramai yang tahu dan ramai yang guna. Bukan sebab aku jual Shaklee jadi aku duk canang jugak pasal Nutriwhite ni. Tak, serius tak. Kalau aku pakai, guna dan rasai dan aku rasa best, aku share la insyaAllah.. aku pun nak korang rasa macam aku rasa k.

Nutriwhite ni sesuai untuk semua jenis kulit, jujur la cakap aku takde masalah kulit yang serius sebab nanti ada yang pertikai ala, kulit aku dah ok, pakai la ape pun ok je laaa.. tapi korang tak tahu kulit aku kusam dan tak bermaya. Kadang-kadang kulit aku kering tanpa signal. Sedih. Mulalah wrinkle halus-halus pun nak keluar. Tambah lagi aku tak pakai make up, bedak pun tak pakai. Suami aku pun selalu ingat aku ni penat sebab tengok muka selalu pucat je. Haha

So, kalau korang tak de masalah kulit yang serius boleh pakai Set Skin Care Nutriwhite dari Shaklee, tapi kalau kulit korang cam berminyak, sampai jerawat selalu keluar dengan banyak ataupun, terlalu kering sehingga keluar kedutan halus pada hujung mata, tepi mulut dan di dahi korang kena pakai Enfuselle. Skin Care product from Shaklee also.

Enfuselle ada dua jenis ‘Normal to Oily’ dan ‘Normal to Dry

enfuselle normal oily
Untuk Kulit Berminyak - Lebih murah dari Set Nutriwhite


enfuselle normal dry
Untuk Kulit Berminyak - hanya 4 item untuk kulit segar berseri

Aku tak pernah try, tapi banyak dah pengguna Enfuselle yang pakai dah bagi feed back postitif.
Last but not least, selain dari rawat kulit dari luar dengan Skin care pilihan korang dan aku, kita kena juga makan at least Vitamin C setiap hari, itu paling kurang la, kalau consume FULL SET VITAMIN UNTUK KULIT lagi tip-top meletop la.

Nak tahu yang mana sesuai dengan kulit korang? 
Whatsapp atau Telegram 0199571083. 

Boleh juga comment dan tinggalkan nombor telefon,
Berminat nak cuba Set Nutriwhite, saya akan cerita more details nanti ok.
*comment beserta nombor telefon tidak akan dipublish untuk menghormati privacy pengguna*

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...