Friday 24 January 2014

Jom Kurus Dengan Alfalfa

Assalamualaikum... Salam Jumaat yang baraqah..

Di malam Jumaat ni tiba-tiba rasa nak share something la dengan pembaca setia (haha..ada ke yang baca??) hee.. Orait, tengok tajuk pun dah semacam kan? Semua orang pun mesti idamkan tubuh yang kurus dan lansing ala-ala model ataupun kartun Sailormoon. Saya dulu masa kecik pernah terfikir yang bidadari mesti kurus cantik macam Sailormoon..haha..boleh? tu fikiran kanak-kanak. Sekarang tak pikir lagi dah sebab saya insyaAllah nak jadi ketua bidadari syurga. ameen...Semua wanita pun berazam yang sama kan?

Tiba-tiba rasa ada suasana agama pulak..heee....

Baik, untuk kurus kita kena tahu jugak sebab ape kita nak kurus. Entry ni hanya boleh dibaca oleh orang yang nak kurus. Mane-mane yang tanak kurus atau dah pun kurus sila klik butang pangkah di hujung kanan windows ok.

Berbalik pada soalan tadi, kenapa kita nak kurus? Sebab nak nampak cantik atau rasa cantik? Sebab nak tackle pakwe yang minat pmpuan kurus? Sebab nak berangan pakwe boleh gendong kita sebab ringan? Sebab nak pakai seluar jean saiz 25 ke bawah untuk tunjuk kaki? Sebab nak mudahkan urusan amal ibadat kita, jadi ringan bila kurus? Sebab nak kawen? So kena tahu sebab ape... Tak kisah la ape jawapan sekalipun yang penting jaga niat. Kalau kita niat buat kerana sesuatu untuk manusia, baik tak yah. Rugi. Kalau sebab nak redha Allah. Sangat digalakkan. Sebab ape, contoh la kita nak kurus sebab kita nak kawen kan. Bukan sebab nak muat baju pengantin yang kita potong ikut cutting tubuh tu, tapi sebab nak suami kita nanti tengok kita dengan senang hati. Allah pun suka. Niat buat sesuatu untuk dapat pahala demi Redha Allah tu sangat dituntut.

Sory la terpanjang pulak... saya kalau dah start ceramah memang UAI pun takde can nak cakap..hehe

Terdapat 3 konsep utama untuk slim / kurus: (3B)

  1. Bakar Lemak
  2. Buang (detox) toksin
  3. Bina Otot


Dalam badan kita, perlu ada lemak supaya dapat elak dari rasa sejuk terlampau. Fungsi lemak boleh memanaskan badan. Namun jumlah lemak yang berlebihan adalah tidak perlu. Lemak-lemak ni lama kelamaan menjadi lemak tepu akibat pemakanan kita. Bila kita makan makanan berlemak dan berminyak lebih daripada ape yang diperlukan tubuh, ia menyimpan sebagai lemak tak guna dan menempel-nempel di tempat yang sepatutunya contonya di perut, peha, lengan, punggung, betis dan lain-lain tempat yang dirasakan sesuai.



nampak lemak pada figura 1 tu? kat situ lah tempat pengumpulan lemak yang mengakibatkan badan jadi kembang macam tu kan. Bukan je pada bahagian luar, namun dalam organ tubuh pun boleh menjadi tempat penempelan lemak yang membawa kepada penyakit jantung, buah pinggang, usus tersumbat dan sebagainya. Yang lebih parah lagi bila salur darah juga mula tersumbat. Naudzubillah.

Untuk menyingkirkan lemak tersebut, kita boleh menguraikannya melalui vitamin yang kita makan. Contohnya Lecithin dan Omega Guard dari Shaklee.


Kedua-duanya dalam bentuk capsule yang mudah ditelan. Kebiasaannya ramai yang hanya consume lecithin untuk pembakaran lemak, namun terdapat testimoni pengguna yang makan kedua-dua lecithin dan omega mendapati kadar penurunan badan adalah lebih cepat!! wow..sangat teruja. Saya dan keluarga memang makan omega guard untuk brain sebab tahu ia adalah minyak ikan dari laut paling dalam yang terbaik di dunia. Boleh mengawal penyakit jantung, menajamkan daya fokus anak-anak. Menggalakkan tumbesaran janin dan otak bayi juga. 

Nampak tak macamana minyak tu pecah dalam larutan lecithin. So tindakbalas yang sama berlaku pada tubuh kita. Cuba sendiri baru tahu kesannya. Nak hasil lebih bagus macam yg saya katakan tadi, makan sekali dengan omega guard. Bukan sekadar kurus tapi kesihatan tubuh pun terjamin insyaAllah.

Step yang ke-2 pulak adalah Buang. Nak buang ape? Buang karen? haha

Oleh sebab bulan ni alhamdulillah promosi ALFALFA COMPLEX so saya tak nak la mengkomplekskan fikiran anda mengenai masalah berat badan, masalah keintiman, dan pelbagai masalah lain lagi. Saya tak suka compilekan segala jenis permasalahan, cuma hari ni nak ceritakan tentang cara mengatasi kelemahan atau permasalahan itu, oke?

Alfalfa, saya yaqin ramai yang lebih tahu tentang ni daripada saya. Tapi anda mesti tahu dia ni tablet yang macam ni je kan? yang duk dalam botol ni kan? (tetiba dapat gambar dalam mudah.my hehe)

 

Baik, itu yang mana kenal Shaklee la, yang mana just kenal tapi belum lagi JATUH CINTA meh sini saya nak story. Alfalfa ni merupakan sejenis tumbuhan atau pun kita panggil cam sayur la bagi mudah paham. Kadang nampak bentuk dia macam taugeh.. yang kiri taugeh dan yang kanan alfalfa, nampak macam sama tapi bukan dia..bukan dia..



Antara taugeh dan alfafa ni BAPAAKKKK jauh dia punya perbezaan - dari segi khasiat.
Bagi program penjayaan pengurusan badan, untuk yang paling minimum boleh start consume alfalfa, bukan ape, badan kita ni dah berpuluh tahun duk makan macam-macam. Sejak kita kecik lagi masa tu kita dah pandai mintak nak makan jajan la sume makanan tak berkhasiat kan? baik mengaku, kalau tak korang tak normal..hihi.. So berkemungkinan besar toksin dalam badan kita dah berlambak-lambak ataupun dah berkerak rasanya. Untuk membersihkannya, takkan la anda nak wat macam cerita Jimmy Neutron kecikkan kawan then masukkan dia dalam badan kita untuk bersihkan tu..sure tak logik...

Jawapannya tentulah detox. Saya tahu bermacam-macam produk detox di luar sana. Tapi yang bestnya alfalfa Shaklee mencuci segala macam toksin dalam tubuh. Alfalfa berupaya mencuci usus secara SELAMAT dan SEMULAJADI, dengan menarik segala sisa-sisa yang terdapat pada usus kita. Contoh batang paip yang dah lame tak cuci. Sampai tersumbat segala sisa. Sekali kita cabut korek-korek cuci dgn pencuci, terus lancar je kan. Tapi usus kita bukan sekadar nak melancarkan pembuangan, tapi dalam pada makanan duk lalu kat usus tu la dia nak serap nutrien dan zat-zat ke dalam badan kita. So mane yang tak perlu boleh la disingkirkan.

Dalam hal pengurusan berat badan, kita terfikir-fikir  nape la aku dah kurang makan pun tak kurus-kurus jugak. Ha, sebenarnya sistem penghadaman kita la yang bermasalah. Ape-ape hal pun start dari perut. Bila perut sihat, badan kita akan sihat sepenuhnya insyaAllah. So usus yang sihat dengan cara detox tadi membolehkan penyerpan nutrien yang optimum. Dah macam ulang statement kat atas lak..hehe.. Kita juga digalakkan minum banyak air masak supaya melancarkan lagi proses pembuangan toksin. Air yang paling baik tentulah air zam-zam. Kadar pengambilan air adalah 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Contoh berat saya 55kg. Kene minum air putih 2 liter lebih sket sehari. Kalau mane yang berat 75kg, kena minum 3 liter sehari. paham kan?

Selain dari alfalfa, ni antara saudara kandungnya juga iaitu herbalax. Herbalax mempunyai fungsi yang hampir sama dengan alfalfa dari segi detox tapi kan untuk kesan lebih menarik, nak cepat sket detox inilah penyelamatnya. Ada yang consume dedua..ada yang just ambik herblax sahaja alfalfa tak ambik. Depends on you.. herblax ni antara stok panas jugak la, walaupun bulan ni promo alfalfa complex, tapi dia pun tak nak kalah sampai habis licin stok di HQ & branch baru-baru ni..huhu
Harga pasaran RM52.50, tapi untuk adik manis di luar sana saya bagi harga runtuh laa..Tak sampai RM50. nak tahu kene la tanya saya sendiri..hehe..Sebotol ni boleh tahan sampai 4 bulan, kalau makan sebiji sehari, tapi kalau masalah detox yang hampir kronik tak leh makan sebiji sehari. Ada jadualnya mengikut cara yang diperlukan tubuh. Sebab tu kena consult. Saya kena tahu masalah anda bila saya nak tolong kan. Senang cerita, kalau saya faham masalah anda, saya boleh cadangkan anda ape yang sesuai dengan kehendak nutrisi anda. Walaupun saya bukan pakar nutrisi, tp saya kena study untuk dapatkan ilmu juga. Betul tak?

Yang terakhir dalam misi ini adalah BINA semula. Ape yang kita nak bina? tentulah otot. Dah buang lemak, dah singkir toksin, so badan kita akan flabby flabby akibat dari penarikan kulit kita tu. So untuk tidak mengembalikannya kepada bentuk asal iaitu lemak menempel, kita harus bina balik otot2 kita. Pernah tak anda dengar ada orang nak kurus dengan langsung tak makan? Tak yah cakap orang lain la, saya sendiri pernah buat. Masa nak final year 3 hari lagi before port folio, saya mogok tak makan. Bukan ape. Time tu saya duk pulun buat design, focus la kononnya. Memang tak makan langsung. Minum air masak je 3 hari tu. Sampai hari port folio memang kawan-kawan & lecturer tegur saya dah kurus. Diorang tak tahu hakikat ni..haha.. Lepas habis je portflolio terus saya gi Drive Thru ke McD. Walau just order bubur tapi berat badan saya naik lebih banyak lepas tu. huhuhu.

So dalam 3 hari saya "diet" tu sebenarnya yang kurus bukanlah lemak, tapi otot. Otot saya yang mengecil. Jadi bila saya start makan, Lemak sedia ada tambah dengan lemak baru. So lemak kuasa dua. Tu yang naik bam-bam. Nasib la saya just diet 3 hari..Kalau yang 2 minggu? sebulan? huhu..bayangkanlah...

Sebab tu kita diet bukan dengan tidak makan, tapi makan dengan jumlah yang sedikit. Bab-bab makan ni nanti insyaAllah saya sentuh dalam entry lain.

Cinch antara makanan tambahan untuk membina otot dan mengawal selera makan. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar supaya jumlah makanan yang kita ambil nanti adalah sedikit berbanding kebiasaan. Jadikan CINCH pengganti kepada breakfast anda. Ada 3 perisa Vanilla, Coklat dan Cafe Latte. Rasa dia saya tak tahu sebab saya belum pernah rasa. Saya ibu mengandung yang menyusukan anak, so tak digalakkan minum CINCH sebab ia boleh mengeringkan susu ibu. 

Pengganti kepada CINCH bagi yang menyusui anak tentulah our best product ESP..!! Dah baca kisah saya jatuh cinta pada ESP? huhu...
Yang ni saya bancuh dengan susu kambing. (abaikan muka ustaz yg duk mngajar tu). Biasanya saya bancuh dengan tamar cocoa. Takpun dengan susu dutchlady. terpulanglah.. Satu canister tu tahan sampai 2-3 bulan tau. Sangat jimat kan. Memberikan rasa kenyang yang lama so saya tak yah la makan banyak sangat nasi dalam sehari. Biasanya malam saya jarang makan, so minum ESP je la jawabnya. Susu pun meriah..eheh.. Sumber yang kaya dengan protien serta tiada GMO (genetically modified organisms) protien soya. Maksudnya kandungannya tidak diubah secara ginetik. Asli la. Kan dah kata produk Shaklee memang dijamin halal, Selamat dan MESRA ALAM. Kalau korang rasa tak leh gi ngan soya korang boleh stylekan cara bancuhan dia. Tak rasa soya pun. Kalau saya bancuh dengan tamar cocoa dan masuk peti ais, rasa macam keluar buang api kat atas kepala time minum tu..hehe..bermakna sedapnya nikmat Allah bagi tu..

Amacam? cukup lah sharing saya staktat ni dulu. Panjang umur insyaAllah saya share lagi. Jangan muak dah la ye..hihi..

Ahlia Suhaimi a.k.a Ummi Maryam
Shaklee Independent Distributor  (ID 1067052)
019-9571083 / mysarahe_86@yahoo.com 
FB page: MS Pretty Healthy

Wednesday 22 January 2014

Kisah Kami :: Cuti Lame Sikit

As salam...

Alamak!!..saya tak update blog lagi...teruk betul laa..

Baru-baru ni suami saya cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam 2 hari, Selasa dan Jumaat, (padahal semua pun same kan - memang saje nak cerita), so atas belas ihsan dan kasih sayang dia, saya mintak dia untuk tambah cuti lagi 2 hari iaitu Rabu dan Khamis. Demi cinta dia pada saya pula, dia pun ambik la cuti tu walaupun sayang sebenarnya sebab cuti pekerja swasta tak banyak sangat. Mikir saya nak bersalin insyaAllah bulan 7 or 8 ni insyaAllah dan mikir nak saving2 gak la cuti tahunan tu kan. hihi

Orait..saya gumbira dan teruja la sebab awal-awal tahun ni je dapat la kitorang spend masa together bertiga bersama-sama kan. tu yang saya tak berapa nak hupdate sangat blog dan fb tu.. bz layan somi la katakan..hehe....

Tak lekat kat rumah la, asyik keluar je.. yelah, time saya duk ngan Maryam je kat rumah, mane saya kua rumah pon. Dalam bilik n dapur je tempat saya. Maryam tu lepak gak kat ruang tamu layan ayah saya. Saya memang jarang keluar, tu yang balas dendam lepak luar berejam-rejam pegi berjalan tu..

Banyak benda dapat settle kalau suami balik ni. Time ni la saya nak gi pos barang customer, nak cari barang dapur, nak tunaikan hajat mana-mana yang saya mengidam, nak gi ziarah sedara mara. insyaAllah boleh la settle mane yang dah tertangguh tu..huhu..

eksaited!! muka togel tak pakai ape2 di muka. Suami tak kisah, saya lagi lahhh...haha

Fokus utama saya cari barang dapur. Memang dah lame tak shopping barang dapur. Lame jugak tak ke Sabasun. So dapat peluang ni pergilah kami 3 beranak. Syok berbelanja kat Sabasun, harga murah sokmo. Beli melimpah ruah troli tapi total belum sampai RM200. Suami saya dah kata, ni mau jugak RM400..haha. Hebat bukan? Bukan saya nak promote, Sabasun tak bayar pun tapi saya suka beli kat kedai orang Islam meniaga. Contoh klinik Islam, Sekolah Islam, Radio Islam, TV Islam sume saya support.. Banding ngn 7e yang nampak ekslusif dengan Agro Bazaar yang macam Mydin kecik, baik saya beli kat agro bazaar. Arak pun takde jual. So tak de la syubhah, ye tak?

SABASUN Bukit kecil.. (sumber google)

Saya salute gak la mane2 kedai yang non-muslim tapi masih tidak menjual arak.. macam kat Kb..banyak premis non-muslim yang tak dijual arak. Kat Kedah pun banyak dah amalkan. Dengar cita ada 7E kat Kedah tak dijual arak. Tu dah bagus. So adik-adik yang lepas SPM nak ambik pengalaman jaga kedai leh apply keje. Sebab orang Islam diharamkan terlibat dalam sebarang urusan yang melibatkan arak. Jual pun tak boleh, tolong scan pon tak boleh. Tolong susun arak dalam fridge pun tak boleh. Pegang botol arak pun mintak dijauhkan atau tengok pun kalau boleh jangan. Kalau rasa-rasa lalu sebelah kaunter arak buat-buat tak nampak ye. huhu (tiba-tiba masuk post pasal ni)

Ok..berbalik kisah kami tadi, so bila dah lame-lame duduk bersama ni terasa nak terus duduk sekali la. Memang kami pernah duduk sama di KL (rumah mak mentua saya). Tapi tu tak sama. Segala urusan rumah banyak mak mentua yang handle. Bab masak, basuh kemas.. Saya tolong sket2 je. Bila kami tinggal di rumah ayah saya. Semua kerja rumah kami yang kene buat, dari masak, kemas and segala-galanya dibuat oleh kami.. (padahal tak masak mana pun. Makan kat luar je..) Tu yang feeling-feeling dah macam rumah kami dah tu. Duduk sekali bangun mikir nak masak ape. Tengok muka kami berdua. hehe.. and I've decided! no matter what, susah senang kena keluar dari PJJ ni.. Kena start bina family. walaupun tahu ranjau berduri berliku bila decide nak duduk jauh dari parents. Semoga itulah yang terbaik insyaAllah.

Time suami duk jauh ni saya takde la mengidam pelik-pelik.. biasanya cuma buah je yang saya ngidam. Saya nak makan pelam putik ngan jambu, so gi cari la mane yang dapat tu...alhamdulillah..ni salah satu benda saya nak makan..dah lame benor tak merasa.. walaupun Rasamas banyak jual ayam je. tapi ada jugak menu dia ikan.. heheh

Ini suami saya order, chicken chop makan ngan nasi. walaupun saya tak suka ayam tapi saya suka rempah dia pada kerak tu.. Sayangnya di Rasamas Giant KT dah habis ni..tebalik pulak pinggan.

Ni pulak saya order, ikan ape ntah, tapi best jugak. Yang muaknya sebab nasi ayam. So saya suap nasi tuk Maryam.
Saya tak psycho sebab ambik gambar makanan. Saya psycho bila kene habiskan makanan. orang mengandung tak makan banyak laa...huhuhu

Selama saya keluar makan dekat Rasamas di Giant KT ni. Adalah dalam 3x Maryam akan poo poo lepas makan. Dua kali saya dengan hubby terpaksa ke tandas OKU untuk bersihkan dia. Dan yang sekali tu saya tahan je dia basuh kat rumah sebab tak la sampai melimpah, yang 2x tu memang habisss baju. Nasib la tak tumpah macam yang Maryam buat time saya gi KB dulu. dalam entry ni.

Saboooor je lahhh...

Baru-baru ni juga, saya ke klinik untuk bukak buku (ngandung). tapi rupanya hari Khamis di sini tak de buat urusan untuk bukak buku. So kena la pergi hari Isnin pulak. Kalau ikutkan saya kena la buka buku di mana tempat saya menetap. Contohnya saya nak menetap di KL. Kene buka di sana la. Tapi saya insyaAllah ke sana bulan 2. Kang lame2 nurse marah lak. Kandungan saya dah pun capai 12 minggu. Pergi la juga hari Isnin tu walaupun somi dah balik Ahad malam. Tapi kan tapi kan, nurse pulak takde. dia cuti sebab anak sakit. Kesian jugak kan, dah la nurse handle sorang tempat saya tu, kalau dia takde sume jadi kelam kelibut. huhu.. Sabar ye nurse, patient pun sabar jugak sbb nama pun dah patien kan...hehe..

Time gi klinik, walaupun tak dapat wat urusan ummi, boleh juga layan semek ni main di p/ground.
Ini aje gambar yang ada. yang lain semua video.

So sampa hari ni (Rabu) nurse belum lagi call untuk booking. Agaknya minggu depan pulak la baru boleh bukak buku. Nanti Maryam kena la mintak tolong akak yang jagakan sebab di klinik mane nak bawak dia, confirm dia bjalan serupa baru dapat kaki. Asyik berjalan je sampai ummi tak lalu nak kejar. Makin ikut makin jauh dia pergi,..hmm..

Teringat masa mula-mula bukak buku time pregnant kat Maryam, dapat nurse yang agak berumur. Slow je kerja dia. Satu-satu dia wat kerja. Saya yang first time ni leh lagi la layan nurse kalau macam tu. Tapi orang yang ada anak, memang nak cepat camne nak tahan..huhu..Sabor la. kalau panjang umur kita semua akan tua. Tak tahu la kita tua nanti Allah uji kita macam mana kan. Minta doa supaya kita tak menyusahkan orang terutamanya anak-anak kita. Macam arwah mak saya, pergi dalam keadaan sihat, memang terkejut tapi bila difikirkan hikmahnya. kita anak-anak ni tak la sampai 'bergaduh' nak jaga mak kan. begitu lah keadaannya.

And lastly harapan saya moga saya dan suami, Mohd Suhaimi Zakaria akan cepat dapat rumah sewa. Area Kajang ke Bangi ke. dah ok.. asalkan boleh duduk bersama satu family. Sian Maryam tiap kali abi balik mesti duk bertempek kat abi. Rindu sangat. Maryam lebih manja dengan abi banding dengan ummi. Tapi takpe, sebab ummi dia tegas. Tugas didik anak atas bahu saya, so saya bertegas dengan Maryam sejak dia mula paham kata-kata saya. No, Yes, semua dia dah paham..harap Maryam membesar jadi anak yang solehah. Boleh guide adik lelaki pula insyaAllah. ameen..

p/s : Malam-malam kita wat taa'lim ye.. sesi mengajar dan belajar insyaAllah...

nak selit iklan sikit.. saya ada skit stok alfalfa, kalau nak sila sms or whatsapp 019-9571083.
harga murah!! lebih murah dari biasa.. banyak khasiat.. khasiat alfalfa di sini.  meh meh cepat.. selagi stok masih ada..


Salam sayang dari Ummi Maryam..

Tuesday 7 January 2014

Promosi Januari 2014 - ALFALFA COMPLEX!!!

As salam...

nampak tak tanda seruan belakang tu...tahu tak sebab ape?? sebab Alfalfa Complex ni antara hot product dalam banyak2 product Shaklee...

pada yg belum tahu amenda alfalfa ni..ha meh sini nak citer...alfalfa ni bukan macam gelombang alfa yang kita duk blajar sains tu ye...hihi..alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Ni alfalfa..nampak macam taugeh kan...heee
Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita::

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster


Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa...dan berikut mari kita tengok Shaklee Alfalfa Complex


Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s... Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yang lain? Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Amacam? Berminat? Rugi kalau tak grab promo untuk bulan January ni.. Beli 6 dapat percuma 1 botol..


Nampak kan? Sebotol kecik RM53.75 dan sebotol besar Rm97.50. Boleh tahan sampai 3-4 bulan..
Nak harga SUPER DUPER JIMAT sehingga RM15 boleh contact saya.. 019-9571083 serius berbaloi borong 2-3 botol sorang..cayalah..!!

sekian..wassalam...


~bahagia dalam memberi~


Neutrogena, Nutox, Skin Food dan Shaklee


Assalamualaikum...

Hai anak2 gadis sekelian..yg tak anak gadis dah pun nak say hi jugak..hehe..korang-korang mesti penah pakai skin care kan..ada yang mula dari awal remaja, ada yang belum tumbuh jerawat pertama pun dah nak start pakai (pengaruh iklan la tu...hihi) dan ada jugak yg pesen tak kesah la muka jerawat pun..janji brutal...ye tak??

ok..itu korang la kan..tapi bagi saya pulak, saya memang tak terpengaruh pun dengan iklan TV pasal skin care ni. Saya terpengaruh dengan akak saya yang tua 6 tahun dari saya tu. Saya selalu tengok dia belek2 muka, rajin wat masker pakai beras pulut la.. pakai kulit kayu manis tuk hilangkan parut la. Pada saya tak penting langsung jaga kulit muka ni. Orait, then bila saya start masuk form 4 saya transfer ke sekolah teknik. Time ni kene duk asrama lah ye. Start dari situ la akak saya ngajor saya suruh guna step-step penjagaan muka. Produk pertama yang saya kenal time tu adalah Clean & Clear. Dia bagi saya 3 benda pencuci muka, toner dan moisturiser.Tapi saya bukan istiqamah pun pakai, sebab time tu student kan, mane nak ada duit beli semua. So saya stop jaga-jaga kulit ni. Nak senang pakai je bedak johnson baby. dah.

Kemudian abes sekolah, dan masuklah asrama di poly pulak. Macam-macam produk saya try termasuklah loreal pure zone. Memang best! rasa fresh je kulit. bau dia pun segarrr je.
 Cuma yang malangnya saya tak suka produk yang terang-terang tulis alcohol, then mula la misi saya mencari sesuatu yang tiada tertulis alcohol. Saya ni bukannya pengkaji produk skin care, so tak tahu la ape yang terbaik.

Survey punya survey akhirnya terjumpa la Neutrogena. Pertama kali pandang pun dah jatuh cinta. hihi. Belek-belek ingredient takde lak alcohol (bahan lain saya tak ambik tahu lak). Harga pun affordable tuk saya as a student. So try je la, start beli Neutrogena dari hujung tahun 2005 rasanya.

yg kat atas tu semua jenis cleanser dia n scrub. yg bawah tu toner n moisturizer.
Hampir 6 tahun saya bercinta dengan neutrogena sampaikan saya terjebak pulak dengan produk baru Neutrogena Fine Fairness. Nampak cam ekslusif je tapi saya nak cuba jugak, tenyataa memang best,


Time apply kat muka memang best la, sampaikan akak saya pun beli jugak lotion dia sebab rasa kulit makin smooth. Masa nak bertunang saya mintak bakal tunang saya belikan set ni. Laju je dia beli. Masa tu set ni dalam RM150. Memang rajin la pakai even time cuti. hehehe..

Namun panas tak berpanjangan, bila dekat-dekat nak kahwin bab hantaran di sebut dan kali ni suami saya request produk muka yang halal. Kalau boleh ada halal Jakim. Time tu saya dah terpikir mesti Safi, tak pun Alaisyah, dan yang seumpanya lah. Research punya research last-last saya jumpa la produk Nutox Oxyfusion, under Tohtonku dan ada sijil halal Jakim. So suami saya research la then setuju tu produk ni walaupun mahal sikit la set dia. 
5 benda ni antara produk nutox, banyak lagi yang saya malas nak google. 

Masa mula-mula nak try ni memang ragu-ragu sikit. Bukan pada produk tu tapi sebab dah lame sangat saya pakai neutrogena dan dah serasi sangat dengan kulit tup-tup kena tukar produk. Takpe lah, maybe ni demi kebaikan saya jugak kan. Mencari yang halal tu kan fardhu. So saya try starter kit dulu la. Dia bagi pencuci, serum dan moisturizer. Bile rasa ok je so saya beli la full set lengkap sampai ada 2 pencuci muka, satu untuk pre-cleanser satu lagi cleanser wrinkle away. Yang bagusnya dengan Nutox ni sebab dia Paraben Free!! Good.. Memula pakai full set ni ok lagi, tapi bila time busy tak sempat nak apply satu-satu. Ada yang tak habis pakai sampai hari ni tapi terpaksa dibuang sebab dah expired. huhu

Lepas saya dah bersalin Maryam ni lagi la saya malas nak apply. Ape pun puas hati je pakai. Sekarang pun saya pakai jugak tapi sejak dah nak melewati 25+++ ni kulit pun dah berubah. Kalau dulu lembab je sekarang selalu kering. Kalau duduk dalam aircond lagi cepat kering. So saya tambah pakai Skin Food. Memula dengar cam best je. Dah la produk Korea. Mesti kulit jadi macam artis Korea kan. So kami gi la AU2 Setiawangsa. Try-try produk Skin food. Walaupun takde tanda halal tapi rasanya takde bahan yang meragukan sebab dia base on bahan-bahan semulajadi. cuma yang jadi masalahnya tulisan kat belakang tu Korea dan saya tak tahu ape ke bendanya tu. Maka saya pun gunakan teknik mencari maksud untuk tulisan tersebut. Alangkah terkejutnya saya bahawa dalam produk Skin Food pun ada paraben. :'(

Gambar asal takde sebab essence ni akak saya dah rembat, sebab sekarang sy tgh habiskan free sample.

Yang saya beli adalah pencuci muka, essence, mask muka dan mask black head dan black maria sekali. heheh.. Namun pihak Skin Food sangat bagus sebab selalu bagi free gift walaupun saya hanya membeli Mask. Saya jugak dapat kad yang akan dicop kalau beli RM20 ke atas untuk dapat redeem barang yang disukai. Skin Food memang pandai meniaga. Tapi kan produk-produk dia wangi dan rasa macam nak makan jek..huhu.. Packaging dia pun menarik sampaikan pernah saya terfikir nak buat hantaran sebab comel sangat. Paling latest saya just beli eyeliner dengan eye brow liner (black bean) from Skin Food. Ok je la. Yang tak puas hatinya sebab Maryam suka main sampai patah.. So memang tak nak beli dah la lepas ni. huhuhu.. Pencuci muka Skin Food saya beli masa bulan December 2012 dan bulan Oktober 2013 pun belum habis lagi. Saya tak sure samada saya pakai dengan sangat berjimat atau memang satu tiub dia tu banyak sangat?? Jenuh nak menghabiskan sebab saya nak try dengan nutox balik.

Tapi. sejak 3 bulan lepas saya start berjinak-jinak dengan Shaklee. Dalam kesibukan saya menguruskan bisnes dan anak, cewah. Sampaikan saya takde masa sekali lagi untuk menjaga muka. (Saya masih tahu menjaga air muka..haha).. Saya pun memang tak pakai ape2 produk dah kat muka ni, Cuci-cuci muka je la. yang lain tu memang tak sentuh langsung. Even nk keluar pun saya togel je. Kadang bedak pun malas nak pakai. Namun kulit muka saya masih kekal seperti saya memakai produk macam yang sebelum-sebelum ni. Rahsianya? ha..kecantikkan haruslah bermula dari dalam. Kalau selama ni saya hanya jaga kulit luaran saja tapi sedarlah Sarah oii bahawa ko tu dah nak masuk 3 series 2-3 tahun lagi. So kulit pun tak sama macam zaman remaja dulu. Penjagaan dalaman untuk kecantikan kulit bukanla susuk ke ape2 jamu ye. tapi hanya vitamin tambahan. Of course la produk Shaklee kan. Bukan sebab saya jual Shaklee maka saya promote tapi sebab saya dah makan dan sendiri dah rasa. Serius, saya sangat tak rajin nak membelek muka sekarang, nak nak lagi saya pregnant ni. Mood tu dah lari..hehe.. So vitamin yang saya makan hari-hari adalah Vitamin C, Vitamin B complex dan Vitamin E. Taklupa jugak pada Encik ESP yang saya kadang malas nak bancuh sebab saya kurang berpengalaman bancuh susu anak sebab Maryam fully BF...heheh...

Vita-E untuk kulit cantik, lambatkan penuaan, elakkan nyanyuk, pun boleh kurangkan parut pd kulit.
Vita C dapat jaga kesihatan kulit, 1 biji = 7 1/2 biji oren.. kaya dengan vitamin C.
B complex membantu menstabilkan hormon dan emodi serta mengandungi folic acid, good for preggy mom. 


 Protien ESP sangat best. Tambah lak dengan tamar cocoa. MasyaAllah..lazat~ favourite drink. Maryam pun suka! Menjadikan kulit halus, licin dan gebu, boleh memekatkan susu juga, asbab anak cepat kenyang dengan izin Allah dan boleh kurus jugak. Boleh sihat langsing dan awet muda. Tapi time pregnant ni tak yah nak diet sangat la. Tiap-tiap malam lapar....grrrrr!!!

Honestly saya sangat berpuas hati dengan Shaklee, lame saya research untuk berkecimpung dalam bisnes ni. sebab dia MLM. dengar pun dah gerun. tapi bila saya didedahkan dalam group saya rasa diffrent tau. Dia bukan stakat nak ajak kita jana income tapi jugak dekatkan diri dengan Pencipta. Saya akui sejak saya ada anak saya sangat perasan sibuk dengan anak. Banyak saya nak cerita pasal Shaklee ni tapi kat entry ni dah banyak sangat cerita. takut korang tak focus lak..hehe.. But ape yang boleh saya katakan, alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan Shaklee. Syukur tak terhingga sebab berada dalam group yang positif. Leader-leader yang muda tapi hebat. Pergantungan pada Allah memang tak bertepi, saling ingat mengingatkan, selalu bagi motivasi dan semangat serta bermacam-macam lagi perkongsian yang saya banyak lagi tak habis baca.

Saya tak banyak post kat Fb sebab saya rasa ape yang saya nak share tu bukan dari hati. So saya tak post la. Yang mana ikut mood dan terasa nak share tu baru lah saya share. Itu je lah setakat ni perkongsian saya pasal beberapa produk Skin care dan vitamin pengganti produk skin care saya buat masa ni. kalau saya datang mood rajin kang saya beli pulak produk lain n share lagi insyaAllah. Lain-lain tu tambahan je.. Thanks korang sebab sudi baca. Yang mana tak baca tapi skip baca yang hujung-hujung je pun okayy...korang jengah blog ni pun dah beribu-ribu thanks...yang mana tersesat pun nak say thanks jugak. Korang memang osem sebab dapat jumpe blog sarang labah ni.haha...

kalau nk order product Shaklee tuk SET KULIT CANTIK atau nak SET BAJET je pun blh..
sms /  whatsapp 019-9571083
Your Shaklee Independent Distributor.(1067052)

p/s: actually korang kene jaga kulit dari dalam dan juga luaran, (saya ni je ma'les sket) kalau korang memang dah rajin rawat muka from luaran, dan korang tambah pulak dengan supplement tambahan untuk kecantikan dalaman, percayalah..hasilnya superb...hanya korang je tahu macam mana rasa dia setelah korang cuba.. insyaAllah..
ok...wassalam...

Monday 6 January 2014

New Spider Web!!

Assalamualaikum....

Ni entry yg sangat pendek!!

Jangan terkejut ye nampak spider kat situ..hehe..selamat dah tukar background kepada spider web..harapnya ni kira peringatanlah pada tuan dia yang selalu sangat biarkan blog bersawang dan pada tetamu yang dihormati yang seringkali berkunjung namun "rumah" bersih seperti disapu setiap hari...haha

Itu sahaja....banyak entry dalam draft, tak tahu nk kemas mana satu..rumah lama tinggal memang kucar-kacir....

ok...bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...