Tuesday 8 July 2014

Quick post: persediaan bersalin

As salam dan hai..

Hari ni alhamdulillah kandungan dah masuk usia 36 minggu ++... maknanya insya Allah lagi 2-3 minggu lagi saya akan bersalin.. semalam saya mimpi bersalin tau..dah la tak rasa sakit..macam bersalin online jek..haha..sungguh tak logik..yelah..dalam mimpi semua pun boleh.. masa dalam mimpi tu saya bersalin baby boy..waahh..teruja kan..sebab sebelum ni memang x tahu jantina..

Insya Allah setakat ni persediaan bersalin saya dah hampir complete. Rasanya 80% kot. Cuma tunggu masa je. Tapi yang merisaukan saya dan suami bukan hal bersalin tu, tapi pusat perubatan yang saya nak bersalin tu nanti insya Allah tak de ambil kes sehari sebelum raya sampai lah hari raya ke empat.
Dah la due saya hari raya ke empat. So harap sangat Allah bagi kemudahan dan kesenangan saya nak bersalin 39 minggu or kurang lagi. Asal baby sihat insya Allah. Sama2 tolong doakan saya dan baby k.. thanks....

Sekian untuk hari ni.
Wsalam.....

P/s: tahu tak sekarang tengah berlangsung promosi vivix. Harga sungguh tak masuk akal..so sesiapa nak dapatkan vivix boleh WhatsApp or SMS ok... nak bagi harga terbaik setanding kualitinya.

019-957 1083
MaiSarah
Shaklee Independent Distributor

Tuesday 24 June 2014

RELAKTASI ~Penyambungan Semula Penyusuan~ Boleh Ke..??

Assalamualaikum...

Relaktasi.. ha, tahu kan ape benda ni? Bukan duk rilek-rileks je tau.. ni salah satu tajuk yang quite popular dan sering diutarakan oleh ibu2... soal jawab yang berkaitan tajuk ni.. 

jom baca...

Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:

  1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
  2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Kenapa Mahu Relaktasi?

Relaktasi tidak mudah. Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.


Umur Bayi

Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
  • Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
  • Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
  • Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?

Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.


Bagaimana Harus Saya Memulakannya?

  1. Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
  2. Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
  3. Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
  4. Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
  5. Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
  6. Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
  7. Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi.(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
  8. Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
  9. Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
  10. Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
  11. Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
  12. Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi


  • Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
  • Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
  • Bagi membantu, bayi boleh dibawa di dalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
  • Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
  • Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
  • Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?


  • Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
  • Sentiasa bertenang
  • Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat
  • Minum 8 gelas air sehari (sebolehnya 3Liter) 

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :

  • Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
  • Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
  • Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
  • Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
  • Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
  • Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
  • Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?

Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.

  • Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
  • Suplemen herba seperti halba
  • Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium di bawah preskripsi doktor
  • Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.




* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, anda boleh mencuba Shaklee Set B (breastfeeding set) dan juga Energizing Soy Protein Shaklee. Didalam SET B terdapat alfalfa yang bertindak sebagai milk booster.




Jika berminat, boleh hubungi saya :
Email Yahoo : mysarahe_86@yahoo.com
Gmail : maisarah.embong@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 019-957 1083

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 2 June 2014

Pencuci Muka yang Best untuk Kulit yang Best!!!

As salam dan hai...

Ini antara quick post yang saya buat..

Sejak kebelakangan ni saya selalu tak rajin nak belek muka. Cuci muka pakai pencuci pun jarang sangat. Dalam sehari adalah sekali atau tak ada langsung sesi mencuci muka. Kecuali dengan wudhu. Haha.. maksud saya pakai pencuci muka tu memang payah sangat nak buat. Agaknya sebab saya pregnant kot jadi cam mood pun dah lari kan. Sengaja tanak mengaku walhal sendiri yang tak rajin. Huhu... 

So saya pun jadi naik muak tengok botol pencuci muka yang lama so saya simpan la. Lagipun bau dia naik loya pula. Haha.. padahal dalam tengah bodek suami. Saya nak tukar produk skin care. Rujuk entry lepas pasal pemilihan produk yang melibatkan suami saya. Sebab dia nak yang halal kan so saya pun nak juga cuba yang terbaik dari ladang ni. Tahu tak pekebendanya?? Pencuci muka shaklee which is natural, safe and efficient.  Best2..seriously sangat best.. bau soft je. .terasa lembut di kulit dan sangat lembap. So pada sesiapa yang tak puas hati dengan pencuci muka dia sekarang boleh sangat nak cuba Shaklee punya. Confirm insya Allah akan terasa kelainannya. 

Tak percaya?? Cuba dulu lepas tu judge sendiri...hee...

019-957 1083
Maisarah
SMS @ WhatsApp [019-957 1083]
Shaklee Independent Distributor

Saturday 24 May 2014

Athma dan Omega Guard

Assalamualaikum.

This base on true story...

Dua minggu lepas..me n my brother's family went to rumah mak Cik at Jambu Bongkok, Dungun or Marang (im not so sure)..
So..pergi waktu petang dalam lepas asar macam tu then smpai dekat magrib juga.. Berenti banyak tempat sebab saya baby saya nak makan macam2 on the way tu.. Satar la, air kelapa la, pulut la..dan macam-macam lagi laa..
Abang saya ni sangat bagus..sebut je nak makan ape..streeetttt (bunyi efek tayar sebab break) terus bagi lampu signal kereta tanda nak berhenti kat tepi kedai..hihi

Malangnya hari tu tak de rezeki nak minum air kelapa sebab ramai sangat orang kat Kelulut tu..so, baby saya just behave dalam perut ni ..padahal ummi dah kecur air liur mengidam..haha

Sampai umah mak cik, lepak-lepak..makan-makan..sembang-sembang..saya sempat take a short nap jap..hihi..maklumlah..pembawakan budak..jalan jauh biasa la letih skit..konon..

The intipati story ni bermula bila nak balik..mean dah get ready nak berundur dari rumah mak cik..Tiba-tiba abang saya diserang athma yang kronik (pada saya), tapi pada abang saya itu dah biasa..dah selalu sangat..cumanya yang jadi teruk sebab inhaler dia kehabisan gas..

On the way tu memang dia tawakkal bawak kereta selama sejam lebih!..dia just bawak slow and steady but sometimes saya rasa kesian pulak sebab tengah drive sambil lawan athma tu..huhu..semput...

Nak je saya take over drive kete, but my doter on my arms..so, dia ni (my doter) tak biasa sangat dengan abang saya..terpaksa la tunggu dia tidur.. then dekat nak sampai Kuala Terengganu baru lah anak saya tidur..so abang saya nak ronda bandar KT untuk cari farmasi or klinik yang ada jual inhaler. nasib tak menyebelahi kami..Kebetulan hari tu hari Jumaat, so banyak farmasi & klinik dah tutup lagipun masa tu dah pukul 10.30 malam...

Bila keadaan dah tenang baru lah saya take over jadi driver. Anak saya dah saya letak atas seat je. Abang saya pulak get rest kat belakang. Kami ronda-ronda sampai ke dalam bandar and at last give up sebab memang abang saya tak boleh stay macam tu lagi kat dalam kereta. Dia suggest balik je rumah untuk diurut. Nak masuk ke bahagian kecemasan di hospital memang biasa sangat terseksa lagi masa menunggu tu. So kami pulang ke rumah.

Tiba-tiba teringat la pada suami saya yang time tu ada di Gong Badak, so minta jasa dia ke Pusat Perubatan Intan (Tempat saya delivered my first baby) sebab tahu klinik tu 24 hours. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan, dan dapatlah beli inhaler kat situ..huhu

Sampai kat rumah, sementara menunggu inhaler saya bagi abang saya telan Omega Guard 3 biji.. Sebab sebelum ni dia pernah makan kalau in case diserang mengejut macam tu. dan Alhamdulillah sekali lagi..dah rasa lega katanya.. Tak perlu dah inhaler semua.. Dia makan Omega Guard + Pil baraka Habbatus sauda.


Lepas je pada tu, athma dia pun dah surut...boleh lagi nak "baham" makan lemang. Padahal pulut tu orang kata bisa la kan pada pesakit athma ni.. Tapi dek kerana Allah bagi sembuh asbab makan ubat. So dia pulun makan juga..hihi....alhamdulilllah...alhamdulilllah....

Seriously, saya sangat takut tengok abang saya bila time dia kena serang athma..
Tak boleh bercakap...
Semput...
Batuk berterusan...
Muka jadi merah sebab tahan batuk or lepas batuk...
Nafas tersekat...

Dr. Oz pernah kata..orang yang athma ni boleh diibaratkan seperti... kita tarik nafas....tarik lagi....lagi dan lagi....dan cuba kita tarik sampai kita rasa tak boleh nak tarik.... ha! macam tu la rasanya orang yang diserang athma...

Saya tak tahu punca kenapa abang saya mengidap athma..saya pun tak suka tanya banyak sebab dia kalau nak share dia akan share.. tapi kalau dia tak nak share saya tak berani nak tanya lebih-lebih...tapi bila tanya akak ipar, dia cakap lepas kahwin ni baru abang saya dapat penyakit ni...

Memang...setahu saya sebelum dia kahwin...dia takde la kurus sangat...tapi berat dia ideal..tough but ideal..just nice.. Lepas kahwin.. (maybe sebab seronok sangat..hehe) berat dia naik dah macam P.Ramlee masa gems...hee... Cumanya bila dia athma ni saya nampak dia control skit makan..Nak-nak bulan Ramadhan, boleh nampak perubahan fizikal dia.. Jadi slim skit..Tapi kalau raya, or gathering jumpa family makan memang tak ingat dunia.. So saya pikir ni antara faktor pemakanan dan gaya hidup juga laaa.. ajak bersenam dia kata nak jogging sambil baring..haha..so accanne tu???

Ape yang wat saya salute pada abg saya ni.. Dia sangat suka tolong orang..Cakap la nak ape..Mintak la nak ape.. Pantang kita mintak..pantang kita sebut..dia cuba sedayanya tolong semampu dia.. Sebab tu saya sayang dia lebih dari abang-abang yang lain..hihi..Sayang sebab sifat dia yang cakna pada adik beradik..

Dalam phone saya pon, saya save nama dia as "Mr. Helper" sebab hal yang dia suka bantu orang tu la.. Sanggup mengenepikan hak sendiri untuk tunaikan hak orang.. huhu...

So..itu je sharing saya malam ni...tetiba teringat kat dia.. Orang yang sangat rajin pergi kubur arwah mak kami dan gemburkan tanah supaya sentiasa nampak macam baru... Al-fatihah to my beloved late mother... :)

Wasalam...
Sarah

=====================================
Im a Shaklee Independent Distributor
Nak tahu pasal cadangan supplement untuk penyusuan, hamil, kulit sihat, dan kesihatan menyeluruh.. feel free to contact me
Sarah 019-957 1083 sms or whatsapp
e-mail or search my FB page



Wednesday 21 May 2014

Kelebihan ESP untuk kesihatan dan kecantikan

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum..wbt...

Malam ni insyaAllah saya nak share something pasal ESP yang saya ceduk dari Kak Cery.. Makin saya study pasal ESP ni makin banyak yang saya dapat dan makin saya jatuh cinta pada Encik ESP ni..hehe.. Benarlah kata pepatah kan..tak kenal maka tak cinta..so, mari saya share pada korang pulak tentang kelebihan ESP ni..lets cikidaut!!


Adakah anda mengalami simptom2 berikut :
  1. Kulit wajah yang kusam?
  2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  4. Rambut sering gugur?
  5. Lemah dan tidak bertenaga?
Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?


Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  3. Liver (penyakit hati)
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  12. Irritability (Badan menggeletar)
  13. Fatigue (Letih lesu)
  14. Weakness (Lemah)
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Fakta ringkas ESP:


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 

ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

 Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Haa..bestkan?

Banyak lagi kelebihan ESP ni..insyaAllah dilain entry akan saya share lagi..

Berminat untuk mencuba ESP? minuman berkhasiat ini? Feel free to contact me.. 019-957 1083, untuk sebarang pertanyaan atau konsultansi..insyaAllah saya tolong sedaya saya..

COD Kuala Terengganu
POS Seluruh Malaysia

Monday 17 March 2014

Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

InsyaAllah hari ni saya nak share something pasal kenapa saya join Shaklee. Rasanya awal sangat nak cerita banyak, tapi oleh kerana saya tak dapat nak jamin sampai bila saya boleh hidup kan, so tak salah saya nak share sikit buat masa sekarang, tak pun nak share banyak boleh dak??. hee

First off, kalau nak cita panjang lebar memang tak muat satu entry, tapi saya cuba tulis seringkasnya lah ye. Saya ni tak la minat sangat meniaga, actually tak tahu pun ape yang saya interest nak buat. Dah lame dah saya dalam dilemma ni, sejak study lagi. Mulanya konon nak jadi cikgu, tapi sebab belum rezeki dipanggil untuk masuk mana-mana bidang pendidikan lantas saya grab je ape peluang yang ada. Nak pikir yang saya ni kurang bijak masa isi borang UPU pun ada. Saya buat pilihan pada borang tu yang saya sebenarnya tak layak pun ditapis untuk ke U tersebut. Contohnya saya ada mintak kos Usuluddin padahal saya mana ada basic Arab, nampak? basic pun takde ni lagi nak apply kan? kenapa saya mintak? Jangan tanya sebab saya pun tak tahu. haha..itu la yang dikatakan kurang matang lagi tidak berpengetahuan.

Last-last saya isi je borang politek (konon macam dah last choice la). Biasanya budak sekolah teknik (mcm saya) senang dapat. Memang pun..haha..Saya pun sekali lagi buat pilihan tak bijak masa apply, saya mintak course civil engineering padahal masa SPM saya ambik BUSINESS MANAGEMENT. Tapi tapi....tahu tak bila diploma saya dapat course Architecture yang sepanjang masa saya kena MELUKIS!!! ntah pape kucar kacir hidup saya time buat keputusan. Nampak tak permainan dia??? hahaha

Ok..next lepas kahwin saya di'warning' oleh suami saya supaya saya tak boleh kerja dalam enviroment yang ada lelaki. Tahu-tahu la kan kalau kerja bidang senibina ni mesti ada orang laki. Sure.. Suami saya penjeles orangnya. Tak bagi saya naik kereta ngan lelaki sekerja ke ape kan. So memikirkan keadaan tu wat saya terpakasa memilih. Profession yang sesuai hanyalah cikgu. KOT.. So saya cuba la mintak kerja di sekolah swasta, (mintak kerajaan kompom tak dapekk) tapi belum rezeki agaknya so tak dapat ke mana2 lagi la.

Sehinggakan kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan akhinya lagi la susah nak kerja. Saya tak nak orang lain jaga anak saya. Saya rasa best sangat jaga anak sendiri. Tengok perkembangan dia setiap hari. Sangat seronok. Akhirnya saya dan suami berkeputusan yang saya tak perlu bekerja. Padahal keperluan hidup sekarang sangat mendesak. Oleh sebab tu saya kena tolong suami cari sumber pendapatan tambahan. Suami cadangkan saya untuk cuba berniaga. Pada mulanya saya rasa berat sebab saya tak minat..Sekali lagi saya highlight, saya sikit pun tak minat meniaga.. mungkin sebab dah bosan hari-hari kena jaga kedai mak saya. Bila dah takde pilihan kenalah cuba jugak .... (ayat pasrah)...Banyak benda saya cuba nak meniaga tapi semua macam tak de feel. Ada yang kurang sambutan, ada yang perlukan modal besar, ada yang baru nak up so kena publish dan macam-macam lagi la cabaran meniaga ni. Akhirnya saya teringat la kat Mizah, pengedar Shaklee jugak yang saya beli ESP dengan dia. Mulanya nak elak la bisnes MLM ni sebab saya tersangat la tak reti mencari 'kaki', tapi saya cuba jugak contact Mizah tanya pasal Shaklee itu ini dan sebagainya. Punya panjang sembang macam-macam saya tanya Mizah akhirnya saya setuju nak join Shaklee lepas buat keputusan malam tu juga!!

Saya rasa insyaAllah saya buat benda betul. Allah akan mudahkan urusan saya. Dan saya takkan sekali-kali beralah atau give up!!

Start dari situ lah saya mula.. Sampai ke hari ni.. Walaupun bonus saya belum lagi cecah 4-5 atau 6 angka..tapi saya syukur sebab sikit sebanyak saya ada duit sendiri masuk dalam account tiap-tiap bulan. Alhamdulillah... So saya taknak makan sorang, kalau boleh nak ajak semua join dan rasai sendiri.

Banyak sangat faedah dalam Shaklee ni.. First dia tak serupa MLM yang lain ye. Tak perlu susah-susah nak cari kaki dan kita pun tak boleh goyang kaki. Kita decide nak berapa banyak bonus setiap bulan. Masa tengah kering duit di tengah-tengah bulan tu molek sangat la.  Shaklee punya bonus di kreditkan ke akaun kita semasa tengah bulan. Boleh cover mana-mana a lot. So sesiapa sahaja saya nak menyeru kalau berkira-kira nak meniaga atau nak jana pendapatan, Shaklee la pilihan yang paling tepat. Just sharing je kebaikan nya dengan orang ramai.. Tak perlu modal besar.. RM65 seumur hidup atau beli produk Shaklee sebanyak RM650+ (untuk dipakai sendiri atau untuk jual pada orang lain) ini melayakkan anda mendapat keahlian percuma!! Jimat RM65. Plus dapat bonus lagi RMXX. pada bulan seterusnya. ha..nak tahu lanjut meh la contact saya.. email atau pm fb - Saracchi Embong whatsapp ke or sms pun bolehh 019-9571083 - Sarah -

Lepas daftar anda akan di jemput ke group ekslusif di FB. Di sana terdapat banyak tips dan perkongsian yang menarik. Nak cerita lanjut? Join dulu baru tahu... :-)
Serious, ia bakal mengubah hidup anda 180 darjah!
As me announced, Saya pengedar sah Shaklee di Kuala Terengganu,.
Nak COD area UITM Chendering, Area Bandar, Kubang Ikan, Marang, Seluruh Kuala Terengganu insyaAllah.... feel free to contact me. Saya boleh guide anda cara makan vitamin dan berikan konsultansi terbaik terhadap apa jua masalah anda. :-)

Setakat ini dulu perkongsian saya insyaAllah...
Actually lama dah taip ni tapi sengaja diperam dulu dalam draft..hehe

Monday 10 March 2014

Kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa??

Assalamualaikum..


Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...


ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
credit to : kak cery n kak yani


Shaklee Independent Distributor No: 1067052
Sarah - 019-9571083
https://www.facebook.com/messages/mai.ichigo
https://www.facebook.com/pages/MS-Pretty-Healthy/130747703745107

Saturday 22 February 2014

PERKARA YANG MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum wbt..




Sedikit perkongsian yang saya dapat dari secret group..insyaAllah boleh membantu ibu-ibu (mahupun bapa) yang mempunyai masalah dalam menjayakan penyususan susu ibu secara ekslusif.


Berikut saya senaraikan  10 PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA.

Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:


1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.


3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.


5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

 

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

 

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

 

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. 

============================
Set Penyusuan susu ibu (SET 3M)




Feel free to contact me:
Sarah 019-9571083
Shaklee Independent Distributor

(Dapatkan juga consultansi percuma dan cara makan vitamin. InsyaAllah saya akan bantu anda sebaik mungkin)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
** Gambar kredit to owner - sumber google - 


Promosi Febuari 2014 :: Vitalea Shaklee (Multivitamin)

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ Ø§Ù„رَّØ­ِيمِ


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah..dah masuk Februari kan. Actually dah pun hampir separuh nak habis bulan Febuari. Ape amalan kita setakat hari ni? Adakah masih sama seperti hari sebelumnya? Atau ajaibnya hari kita bertambah indah malah bertambah checklist yang nak dibuat.. Apepun saya nak share satu lagi ilmu yang saya dapat, berkaitan dengan kesihatan kita (kesihatan saya jugak sebenarnya).

Orait. tiga minggu lepas punya cerita, saya akhirnya pergi ke klinik untuk buka buku merah (buku mengandung). Alhamdulillah bersempena dengan Gong Xi Fa Cai ni suami saya dapat cuti lama sikit. So ambik peluang ni la untuk bukak buku kan. Pergi je klinik walaupun nurse belum call. Oleh kerana saya dah booking so saya menonong je  masuk dalam bilik tanya nurse yang bertugas untuk zon saya tu. paksa pnya paksa cerita pnya cerita dapatlah saya bukak buku dengan nurse lain yang ganti. OK juga sebab nurse yang jaga zon saya tu orang kata garang. Alhamdulillah. Takde la masalah sangat. hihi

Dipendekkan cerita, masa pergi check dah lebih 14 minggu kandungan saya, so takde scan la sebab next month 18 minggu baru scan insyaAllah.. Prosedur hari tu agak lama jugak la sampai tekanan darah dah turun masa tengahari tu. huhu. yelah..dah x mkn spanjang mnunggu tu. So doctor bagi le ubat2 yg patut sy makan time pregnant. Saya dah bagitau doktor yg sy ada ambik vit C, Vit B n folic Asid tp doktor bg jugak sy 4 ubat tu. yg sy takde cuma iron ferrous tu je la.
tekanan darah yang tetiba turun padahal before tu check ngn nurse 110/70..
So saya try order Vitalea sbb ia multivitamin & multimineral. complete set. Tahu tak Vitalea ni adalah Multivitamin pertama pada tahun 1915. Bangga sat jadi sebahagian dr keluarga Shaklee. Bersempena pulak dengan bulan ni iaitu promo Vitalea, so saya as a Distributor ni dapat la super duper mupper jimat cermat tahap gaban pun ada! mana taknya. murahhh...tak padan dengan fungsi dia yang pelbagai... haiya.. sangat rugi tak consume awal-awal. Dulu saya pikir vitalea ni just untuk ibu mengandung or ibu menyusukan anak je, tapi rupanya vitalea ni digalakkan ambik untuk SEMUA.. SEMUA ok..tak kita ada penyakit ke takde ke patut sangat ambil sebab Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Saya sendiri rasa bermaya je lepas consume Vitalea. Actually saya tak perasan pun, tapi akak saya start tegur saya ni rajin semacam je. Tak renti renti duk wat kerja (saya rasa normal je). Then baru saya ingat saya ada makan Vitalea lepas jumpa doctor tempoh hari. Alhamdulillah. Walaupun pregnant plus Maryam duk menyusu lagi (tak nak botol) Allah still bagi nikmat sihat. Kalau tak sebelum ni memang cepat penat, tak larat nak buat kerja, asyik berleppekkk je kata orang tganu..macam kain buruk..haha...konon alahan la katakan..

Subhanallah... Kita berusaha tp yang bagi kesihatan adalah Allah...


Dibawah saya kongsikan lebih lanjut tentang Vita-Lea Shaklee.


Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
 * Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee


Kemajuan Saintifik

 * Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

 * Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
-sangat bagus untuk ibu mengandung kan..macam saya..hihi

Kualiti yang luar biasa

* Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan


Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Kredit: Mizah (mama2faizmayra)


Amacam?? Banyak kan kebaikannya? Belum terlambat lagi pada yang nak consume Vitalea, mencegah kan lebih baik dari mengubati, jaga kesihatan mula dari sekarang. Shaklee terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM. InsyaAllah....

Pada yang nk dapatkan Vitalea dengan harga promosi, hanya bulan Februari saja.. nak bagi hadiah pada mak ayah kita atau adik beradik kita. atau nak makan sendiri pun boleh.. sebotol tahan sampai 2-4 bulan. sangat lah berbaloiii...

Yang ready stok sedia ada Alfafa, ESP, Lecithin dan Ostematrix.

Feel free to contact me:
Sarah 019-9571083
Shaklee Independent Distributor

(Dapatkan juga consultansi percuma dan cara makan vitamin. InsyaAllah saya akan bantu anda sebaik mungkin)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday 24 January 2014

Jom Kurus Dengan Alfalfa

Assalamualaikum... Salam Jumaat yang baraqah..

Di malam Jumaat ni tiba-tiba rasa nak share something la dengan pembaca setia (haha..ada ke yang baca??) hee.. Orait, tengok tajuk pun dah semacam kan? Semua orang pun mesti idamkan tubuh yang kurus dan lansing ala-ala model ataupun kartun Sailormoon. Saya dulu masa kecik pernah terfikir yang bidadari mesti kurus cantik macam Sailormoon..haha..boleh? tu fikiran kanak-kanak. Sekarang tak pikir lagi dah sebab saya insyaAllah nak jadi ketua bidadari syurga. ameen...Semua wanita pun berazam yang sama kan?

Tiba-tiba rasa ada suasana agama pulak..heee....

Baik, untuk kurus kita kena tahu jugak sebab ape kita nak kurus. Entry ni hanya boleh dibaca oleh orang yang nak kurus. Mane-mane yang tanak kurus atau dah pun kurus sila klik butang pangkah di hujung kanan windows ok.

Berbalik pada soalan tadi, kenapa kita nak kurus? Sebab nak nampak cantik atau rasa cantik? Sebab nak tackle pakwe yang minat pmpuan kurus? Sebab nak berangan pakwe boleh gendong kita sebab ringan? Sebab nak pakai seluar jean saiz 25 ke bawah untuk tunjuk kaki? Sebab nak mudahkan urusan amal ibadat kita, jadi ringan bila kurus? Sebab nak kawen? So kena tahu sebab ape... Tak kisah la ape jawapan sekalipun yang penting jaga niat. Kalau kita niat buat kerana sesuatu untuk manusia, baik tak yah. Rugi. Kalau sebab nak redha Allah. Sangat digalakkan. Sebab ape, contoh la kita nak kurus sebab kita nak kawen kan. Bukan sebab nak muat baju pengantin yang kita potong ikut cutting tubuh tu, tapi sebab nak suami kita nanti tengok kita dengan senang hati. Allah pun suka. Niat buat sesuatu untuk dapat pahala demi Redha Allah tu sangat dituntut.

Sory la terpanjang pulak... saya kalau dah start ceramah memang UAI pun takde can nak cakap..hehe

Terdapat 3 konsep utama untuk slim / kurus: (3B)

  1. Bakar Lemak
  2. Buang (detox) toksin
  3. Bina Otot


Dalam badan kita, perlu ada lemak supaya dapat elak dari rasa sejuk terlampau. Fungsi lemak boleh memanaskan badan. Namun jumlah lemak yang berlebihan adalah tidak perlu. Lemak-lemak ni lama kelamaan menjadi lemak tepu akibat pemakanan kita. Bila kita makan makanan berlemak dan berminyak lebih daripada ape yang diperlukan tubuh, ia menyimpan sebagai lemak tak guna dan menempel-nempel di tempat yang sepatutunya contonya di perut, peha, lengan, punggung, betis dan lain-lain tempat yang dirasakan sesuai.



nampak lemak pada figura 1 tu? kat situ lah tempat pengumpulan lemak yang mengakibatkan badan jadi kembang macam tu kan. Bukan je pada bahagian luar, namun dalam organ tubuh pun boleh menjadi tempat penempelan lemak yang membawa kepada penyakit jantung, buah pinggang, usus tersumbat dan sebagainya. Yang lebih parah lagi bila salur darah juga mula tersumbat. Naudzubillah.

Untuk menyingkirkan lemak tersebut, kita boleh menguraikannya melalui vitamin yang kita makan. Contohnya Lecithin dan Omega Guard dari Shaklee.


Kedua-duanya dalam bentuk capsule yang mudah ditelan. Kebiasaannya ramai yang hanya consume lecithin untuk pembakaran lemak, namun terdapat testimoni pengguna yang makan kedua-dua lecithin dan omega mendapati kadar penurunan badan adalah lebih cepat!! wow..sangat teruja. Saya dan keluarga memang makan omega guard untuk brain sebab tahu ia adalah minyak ikan dari laut paling dalam yang terbaik di dunia. Boleh mengawal penyakit jantung, menajamkan daya fokus anak-anak. Menggalakkan tumbesaran janin dan otak bayi juga. 

Nampak tak macamana minyak tu pecah dalam larutan lecithin. So tindakbalas yang sama berlaku pada tubuh kita. Cuba sendiri baru tahu kesannya. Nak hasil lebih bagus macam yg saya katakan tadi, makan sekali dengan omega guard. Bukan sekadar kurus tapi kesihatan tubuh pun terjamin insyaAllah.

Step yang ke-2 pulak adalah Buang. Nak buang ape? Buang karen? haha

Oleh sebab bulan ni alhamdulillah promosi ALFALFA COMPLEX so saya tak nak la mengkomplekskan fikiran anda mengenai masalah berat badan, masalah keintiman, dan pelbagai masalah lain lagi. Saya tak suka compilekan segala jenis permasalahan, cuma hari ni nak ceritakan tentang cara mengatasi kelemahan atau permasalahan itu, oke?

Alfalfa, saya yaqin ramai yang lebih tahu tentang ni daripada saya. Tapi anda mesti tahu dia ni tablet yang macam ni je kan? yang duk dalam botol ni kan? (tetiba dapat gambar dalam mudah.my hehe)

 

Baik, itu yang mana kenal Shaklee la, yang mana just kenal tapi belum lagi JATUH CINTA meh sini saya nak story. Alfalfa ni merupakan sejenis tumbuhan atau pun kita panggil cam sayur la bagi mudah paham. Kadang nampak bentuk dia macam taugeh.. yang kiri taugeh dan yang kanan alfalfa, nampak macam sama tapi bukan dia..bukan dia..



Antara taugeh dan alfafa ni BAPAAKKKK jauh dia punya perbezaan - dari segi khasiat.
Bagi program penjayaan pengurusan badan, untuk yang paling minimum boleh start consume alfalfa, bukan ape, badan kita ni dah berpuluh tahun duk makan macam-macam. Sejak kita kecik lagi masa tu kita dah pandai mintak nak makan jajan la sume makanan tak berkhasiat kan? baik mengaku, kalau tak korang tak normal..hihi.. So berkemungkinan besar toksin dalam badan kita dah berlambak-lambak ataupun dah berkerak rasanya. Untuk membersihkannya, takkan la anda nak wat macam cerita Jimmy Neutron kecikkan kawan then masukkan dia dalam badan kita untuk bersihkan tu..sure tak logik...

Jawapannya tentulah detox. Saya tahu bermacam-macam produk detox di luar sana. Tapi yang bestnya alfalfa Shaklee mencuci segala macam toksin dalam tubuh. Alfalfa berupaya mencuci usus secara SELAMAT dan SEMULAJADI, dengan menarik segala sisa-sisa yang terdapat pada usus kita. Contoh batang paip yang dah lame tak cuci. Sampai tersumbat segala sisa. Sekali kita cabut korek-korek cuci dgn pencuci, terus lancar je kan. Tapi usus kita bukan sekadar nak melancarkan pembuangan, tapi dalam pada makanan duk lalu kat usus tu la dia nak serap nutrien dan zat-zat ke dalam badan kita. So mane yang tak perlu boleh la disingkirkan.

Dalam hal pengurusan berat badan, kita terfikir-fikir  nape la aku dah kurang makan pun tak kurus-kurus jugak. Ha, sebenarnya sistem penghadaman kita la yang bermasalah. Ape-ape hal pun start dari perut. Bila perut sihat, badan kita akan sihat sepenuhnya insyaAllah. So usus yang sihat dengan cara detox tadi membolehkan penyerpan nutrien yang optimum. Dah macam ulang statement kat atas lak..hehe.. Kita juga digalakkan minum banyak air masak supaya melancarkan lagi proses pembuangan toksin. Air yang paling baik tentulah air zam-zam. Kadar pengambilan air adalah 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Contoh berat saya 55kg. Kene minum air putih 2 liter lebih sket sehari. Kalau mane yang berat 75kg, kena minum 3 liter sehari. paham kan?

Selain dari alfalfa, ni antara saudara kandungnya juga iaitu herbalax. Herbalax mempunyai fungsi yang hampir sama dengan alfalfa dari segi detox tapi kan untuk kesan lebih menarik, nak cepat sket detox inilah penyelamatnya. Ada yang consume dedua..ada yang just ambik herblax sahaja alfalfa tak ambik. Depends on you.. herblax ni antara stok panas jugak la, walaupun bulan ni promo alfalfa complex, tapi dia pun tak nak kalah sampai habis licin stok di HQ & branch baru-baru ni..huhu
Harga pasaran RM52.50, tapi untuk adik manis di luar sana saya bagi harga runtuh laa..Tak sampai RM50. nak tahu kene la tanya saya sendiri..hehe..Sebotol ni boleh tahan sampai 4 bulan, kalau makan sebiji sehari, tapi kalau masalah detox yang hampir kronik tak leh makan sebiji sehari. Ada jadualnya mengikut cara yang diperlukan tubuh. Sebab tu kena consult. Saya kena tahu masalah anda bila saya nak tolong kan. Senang cerita, kalau saya faham masalah anda, saya boleh cadangkan anda ape yang sesuai dengan kehendak nutrisi anda. Walaupun saya bukan pakar nutrisi, tp saya kena study untuk dapatkan ilmu juga. Betul tak?

Yang terakhir dalam misi ini adalah BINA semula. Ape yang kita nak bina? tentulah otot. Dah buang lemak, dah singkir toksin, so badan kita akan flabby flabby akibat dari penarikan kulit kita tu. So untuk tidak mengembalikannya kepada bentuk asal iaitu lemak menempel, kita harus bina balik otot2 kita. Pernah tak anda dengar ada orang nak kurus dengan langsung tak makan? Tak yah cakap orang lain la, saya sendiri pernah buat. Masa nak final year 3 hari lagi before port folio, saya mogok tak makan. Bukan ape. Time tu saya duk pulun buat design, focus la kononnya. Memang tak makan langsung. Minum air masak je 3 hari tu. Sampai hari port folio memang kawan-kawan & lecturer tegur saya dah kurus. Diorang tak tahu hakikat ni..haha.. Lepas habis je portflolio terus saya gi Drive Thru ke McD. Walau just order bubur tapi berat badan saya naik lebih banyak lepas tu. huhuhu.

So dalam 3 hari saya "diet" tu sebenarnya yang kurus bukanlah lemak, tapi otot. Otot saya yang mengecil. Jadi bila saya start makan, Lemak sedia ada tambah dengan lemak baru. So lemak kuasa dua. Tu yang naik bam-bam. Nasib la saya just diet 3 hari..Kalau yang 2 minggu? sebulan? huhu..bayangkanlah...

Sebab tu kita diet bukan dengan tidak makan, tapi makan dengan jumlah yang sedikit. Bab-bab makan ni nanti insyaAllah saya sentuh dalam entry lain.

Cinch antara makanan tambahan untuk membina otot dan mengawal selera makan. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar supaya jumlah makanan yang kita ambil nanti adalah sedikit berbanding kebiasaan. Jadikan CINCH pengganti kepada breakfast anda. Ada 3 perisa Vanilla, Coklat dan Cafe Latte. Rasa dia saya tak tahu sebab saya belum pernah rasa. Saya ibu mengandung yang menyusukan anak, so tak digalakkan minum CINCH sebab ia boleh mengeringkan susu ibu. 

Pengganti kepada CINCH bagi yang menyusui anak tentulah our best product ESP..!! Dah baca kisah saya jatuh cinta pada ESP? huhu...
Yang ni saya bancuh dengan susu kambing. (abaikan muka ustaz yg duk mngajar tu). Biasanya saya bancuh dengan tamar cocoa. Takpun dengan susu dutchlady. terpulanglah.. Satu canister tu tahan sampai 2-3 bulan tau. Sangat jimat kan. Memberikan rasa kenyang yang lama so saya tak yah la makan banyak sangat nasi dalam sehari. Biasanya malam saya jarang makan, so minum ESP je la jawabnya. Susu pun meriah..eheh.. Sumber yang kaya dengan protien serta tiada GMO (genetically modified organisms) protien soya. Maksudnya kandungannya tidak diubah secara ginetik. Asli la. Kan dah kata produk Shaklee memang dijamin halal, Selamat dan MESRA ALAM. Kalau korang rasa tak leh gi ngan soya korang boleh stylekan cara bancuhan dia. Tak rasa soya pun. Kalau saya bancuh dengan tamar cocoa dan masuk peti ais, rasa macam keluar buang api kat atas kepala time minum tu..hehe..bermakna sedapnya nikmat Allah bagi tu..

Amacam? cukup lah sharing saya staktat ni dulu. Panjang umur insyaAllah saya share lagi. Jangan muak dah la ye..hihi..

Ahlia Suhaimi a.k.a Ummi Maryam
Shaklee Independent Distributor  (ID 1067052)
019-9571083 / mysarahe_86@yahoo.com 
FB page: MS Pretty Healthy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...