Friday 21 October 2016

Tulang Sekuat Iron Man

As salam dan hi..!!

Nampak tajuk macam nak kene luku je kan.

Maaf sangat sebab saya tinggalkan rumah ni lama sangat. Rindu berblog tapi sebab saya aktif di FB jadi rasa macam dah tak biasa nak taip panjang-panjang macam yang selalu buat dalam post sebelum ni.

So today nak cerita hal sendiri tentang tulang saya tiba-tiba jadi besi!!
Intro macam lari topik tapi point tetap ada insyaAllah.. cikedautt

Saja bubuh gambar ni sebab rasa perlu je untuk peringatan anak2.. hee

Sejak menjadi suri rumah ni (antisosial) saya dah kurang berasa hati dengan insan lain.. Haha

Tak de motif nak kecik2 hati ni kan. Teman gaduh hanya suami dan anak2. Kadang2 memang sengaja cari pasal bila dah tak tahu nak luah perasaan kat sape 😂😂

Ada masa rasa kesian pulak kat kami suri rumah ni. Terutama yang buat bisnes dari rumah. Dengan customer Kene layan baik-baik, tak boleh nak gaduh2. Pastu kalau ada layanan yang kurang baik dari customer Kene la telan je, siapa lah kami ni kan.. Customer always right, tapi kami ni always left.

Pengalaman mendewasakan sangat. Kalau dulu asyik nak sentap je Pastu mulalah sepanjang hari kemurungan. Haha. BAKA!!

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Main taip je sebab perut tak sedap ni. Penangan makan Ostematrix jadi Kene get ready ke toilet la.


Ostematrix ni kalau makan ikut timing memang boleh bikin kita setkan bowel system kita ikut waktu yang kita nak. Contohnya kalau ambil sebelum tidur, jadi pagi ni memang akan ready la untuk flush segala keisian perut.


Oh ya! Lagi satu kalau makan Ostematrix ni badan akan lebih fresh tau. Hmm sebab nya pada sayalah kan, kalau sepanjang hari kita dah penat seharian jalankan tanggungjawab sebagai insan lepas tu malamnya kita rehat tapi sebelum tidur telan 2-4 biji oste, amazingly badan rasa ringan, laju & rajin bangun pagi untuk sediakan sahur walau hakikatnya kita tak puasa. You get it?


Lepas tu nak tidur balik ofkos tak boleh sebab bowel system yang saya kata tadi tulah nak Kene layan.. Hihi

Ini belum herblex! Tak sabar nak tunggu herblex dan DTX smpai untuk kami detox dengan lebih serius. Minggu lepas tak serius sebab balik Perak makanan sangat menguji tau.. Hik hik

Salam syuruk 🌻🌻🌻

Thursday 20 October 2016

Kalau Mahu Awet Muda

As salam dan hi..!!

Duduk bangun main makan tidur dan mandi bersama dua budak ni membuatkan saya sedar yang kulit mereka begitu lembut dan halus

Terasa mahu juga kulit macam tu walaupun sedar dah overage sangat dah..

Tapi sel kulit kita akan renew setiap hari, sedikit demi sedikit. Kalau tak jaga tu yang menyebabkan penuaan dan kulit kusam melampau.

Di Shaklee, kami ada satu supplemen yang menggalakkan pertumbuhan sel dan memperbaiki sel sehingga ke DNA. Ia tidak merubah DNA kita pun jadi Korea atau mat salleh, haha tapi ia memanjangkan jangka hayat sel supaya sel-sel rosak boleh diperbaiki dan menambah baik sel yang sedia ada.

Itulah dia Vivix..!!

Teknologi vivix ni sangat canggih sebab nilainya memerlukan bahan yang mahal dan berkualiti untuk menghasilkan sebotol pekatan vivix yang sangat sedap dan penuh nutrisi. Nampak tak apa yang terkandung dalam sebotol vivix? Anggur Muscadine harganya sangat mahal tahu.




Setelah 2 botol amalkan vivix, badan rasa lebih bertenaga dan jauh lebih muda dari usia sebenar. 


Vivix mengembalikan keremajaan sehingga muda 25 tahun. 



Kulit yang anjal adalah kelebihan bila kita bervivix ❤️❤️❤️

Ps: Ramai yang tegur muka nampak muda dari usia, tapi jangan tengok body lah. Menangis nanti 😂😂😂

Nak vivix,
Whatsapp Sarah 
019-957.1083


Friday 7 October 2016

Biar Laptop Rosak, Jangan Hati Rosak

Konnichiwaa,
Ada satu cerita pendek saya nak cerita.

Jangan risau, pendek je..

Saya ada satu laptop masa zaman study, itu pun diberi oleh kakak saya atas sebab kawan dia yang baiki CPU saya secara tak sengaja tertukar kan dengan customer lain, Hihi (dpt CPU lama time tu, padahal CPU kite baru beli 😅)

Laptop tu sangat tahan lama sampaikan mampu render revit berjam-jam, maklumlah member-member architecture pakai laptop baru. Saya rasa sangat kuno di situ. Alhamdulillah dapat juga settlekan study dulu.

Lepas kahwin, suami belikan laptop untuk saya mudah buat kerja. Ok la lebih canggih dari laptop lama Acer i5, 500hd, 6gb ram, performance laju gil*, tapi rezeki bekerja di pejabat macam orang lain tak kesampaian, jadi simpan jelah laptop tu untuk layan movie je. 🙈

Bila lahirnya Maryam, ajak la Maryam layan laptop sama sebab rumah kami takde TV, dari dulu sampai sekarang memang tak beli pun. Haha. Pakai laptop je nak berhibur pun.

Diringkaskan cerita, (sebab tadi kata nak cerita pendek je kan) Maryam tuang susu atas laptop. Menyirap kejap Ummi walaupun bukan air sirap yang dia tuang tu. Saya pun ambil tindakan segera tutup keyboard dengan tisu dapur dan terbalik kan laptop. Tak lupa juga cabut bateri dan plug siap2.

Berharap semoga air turun dan kering serta tak rosakkan sistem papan elektronik dia tu. Biarkan beberapa hari, ternyata kaedah tu berjaya! Laptop boleh dihidupkan kembali, syukur alhamdulillah ❤️❤️

Kejadian ke2 berlaku lagi bila Fauzan makin besar. Gagah dia angkat laptop masa kitaorang tengah sibuk nak keluar rumah. Bukkk, laptop jatuh dari jarak pinggang Fauzan je. Terus skrin laptop jadi blank. Ummi hela nafas dan simpan laptop di lautan yang paling dalam.

Berniat nak hantar laptop ke kedai untuk dibaiki tapi fikir dah habis waranti, yelah dia bagi 3 tahun je, masa kena tu dah 4 tahun. Abaikan je dulu laptop ni.

Lama juga terperam sampailah suami suruh test on. Eh, boleh pulak.. Syukur alhamdulillah ❤️❤️

Kejadian ketiga paling ganas, Maryam dan Fauzan tengah layan Madagascar , Ummi masak kat dapur tiba-tiba Maryam yang pelat-pelat tak pandai nak bina ayat lagi datang bagi tahu lion (alex) kena air. Ummi lari masuk bilik tengok screen dah blank, laptop dah senyap.

Habislah, ni kali terakhir kot laptop ni wujud kat rumah. Sekali lagi simpan laptop di padang tandus yang manusia tak dapat jumpa.

Lepas kejadian tu anak-anak belajar main mainan, rumah mula bersepah dan berterabur dengan mainan. Sabar je lah. Alihkan segala gadget dari anak sampailah suami bawa laptop tu ke ofis untuk back up storage.

Settle back up storage, keluarkan hard disk (alhamdulillah hard disk ok) dan simpan hard disk tu untuk jadikan external hard disk je.

Suatu hari yang lain, saya try on laptop, macam rindu pulak kat dia.. eh hidup pulak.. Syukur alhamdulillah. Rasa macam rezeki sangat sebab laptop yang rm2k masa beli 5 tahun lepas masih boleh berbakti. Syukur dan terharu.

Sepanjang laptop tu problem (Asbab anak yang terlalu soleh, kreatif dan pintar) tak pernah pun saya torture emosi anak dan nak hukum dia atas apa yang berlaku. Sebab tahu dia adalah kanak-kanak yang sedang belajar dan saya pun Ummi yang masih juga belajar.

Lepas kejadian tu takde rasa sangat sayangkan harta benda ni, kalau Allah nak tarik segala harta ni anggap je takde rezeki dan insyaAllah Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah 😍

PS: fikir yang baik, buat yang baik, cuba jadi yang baik, insyaAllah datang perkara yang baik-baik je.

Kalau ada yang tak baik, itu ujian untuk Allah tingkatkan darjat kita, naikkan maqam kita, dengan syarat kena sabar dan redhalah ☺️

Sekian cerita pendek saya . Siapa baca sampai habis?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...