Monday, 7 November 2016

Bersalin di Hospital Swasta atau Kerajaan?

Isu sensitif?

Semalam saya ke GH. Ramai ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan sudah keluar ward, menunggu kereta suami tiba di lobi bagi menjemput isteri dan baby masuk ke kereta untuk pulang ke rumah meneruskan rutin berpantang.

Semasa pemerhatian saya, kerusi duduk menunggu di situ agak terhad dan ibu setiap 15 minit ada yang turun dari ward ke lobi. Ada ibu yang terpaksa berdiri. Ada yang duduk sambil meriba bayi masing-masing. Ada yang ditemani keluarga, ada yang sendirian.

Ada juga ragam ibu yang berjalan laju macam bukan baru lepas bersalin. Ada juga yang jalan perlahan kemungkinan risaukan jahitan atau apa saja sebabnya pun hanya ibu itu yang tahu.

Teringat saya 2 tahun lebih yang lalu, saya bersalin Fauzan di pusat perubatan yang kecil. Masa daftar, hanya Nurse itu saja yang melayan saya sehingga ke bersalin. Dari mula di kaunter pendaftaran, bilik untuk menunggu waktu bersalin, labour room sampailah Nurse tu hantar kami ke kereta.

Waktu itu bulan puasa dan hari agak hujan kemungkinan malam lailatulqadar? Hee. Jadi saya bersyukur sangat, Nurse muda, muka macam Emma Maembong pangku Fauzan dan pass baby saya tu sebaik saja saya masuk ke kereta. Kira layanan yang baik la mereka bagi. 😄

Jadi bila tengok orang bersalin di GH, saya rasa salute pada mereka sebab sangat tak sama pengalaman bersalin di GH dan PH. Macam-macam cerita kan? Setiap orang yang pernah bersalin pun ada pengalaman.

Cumanya di private boleh pilih doktor mana yang kita mahu, terutamanya of koslah mahu doktor wanita yang rawat kita. Pastu boleh bersembang dengan doktor lebih lama tanya banyak benda sebab dia memang in charge kita seorang.

Apapun di GH ramai doktor pakar jadi kalau ibu atau baby ada masalah, boleh terus refer pada doktor pakar berbanding kalau bersalin di klinik biasa dan berlaku apa-apa, Maybe Kene sedas dua kot dengan Nurse sebab bila bermasalah baru sibuk nak gi GH 😁😁 kan?

Apapun saya lagi prefer PH dan masalah duit tu nombor dua kot. Kalau boleh pakai phone canggih dan mahal, takkan tak boleh bayar kos x sampai 2k pun untuk bersalin.

Ada hospital swasta yang tawarkan bayar ansuran. Jadi takde masalah kot lagi pun bukan beranak tiap-tiap tahun pun. Zaman sekarang semua dah pandai merancang. Tapi rancang juga kewangan supaya lepas bersalin ada peruntukan lagi untuk baby tu insyaAllah. 😊

Apa pengalaman bersalin anda? Hospital kerajaan atau swasta? Layanan baik atau buruk? Boleh kongsikan?
❤️

Next time saya kongsi kan kisah pregnant, bersalin dan berpantang secara sihat.

Ps: Saya berpantang tanpa Suami dan tanpa ibu di sisi tau .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...