Saturday, 12 September 2015

7 Adab Menyusu Anak Yang Ramai Ibu2 Terlepas Pandang

Adab Menyusu Yang Jarang Dibuat


Menyusu cara Islamic
Budak kenyang susu, ni Maryam dulu (google dalam PC jumpe kakak je)

1. Berwudhu


Sunat berwudhu dalam melakukan perkara kebaikan. Menyusukan anak juga dikira adalah perkara kebaikan dan dikira ibadah malah mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.


2. Mengadap kiblat 


Menyusu sambil duduk atau baring mengikut keselesaan ibu dan bayi. Jika menyusu secara duduk, hadapkan kerusi ke arah kiblat, ini tidaklah mempunyai hukum tetapi dalam setiap ibadat yang dilakukan yang paling baik adalah mencari kebaikan dalam setiap keadaan bukan?


3. Bismillah 


Membaca bismillah untuk anak kecil. Anak kita tidak tahu membacanya jadi bacakan bismillah dan doa minum susu untuknya pun boleh.

"ALLAHUMMA BAARIKLANAA FIIHI, WAZIDNAA MINHU" 
"Ya Allah berkatilah minuman kami dan tambahkanlah kepada kami"


4. Memulakan susuan belah kanan


Adab dalam mengerjakan kebaikan adalah dimulakan dari anggota kanan, masuk masjid, wudhu, makan tangan kanan dan sebagainya.


5. Berzikir


"Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillah, Allahhu akhbar,"

Basahkan lidah kita dengan banyakkan berzikir dan elak bercakap yg sia sia ketika menyusu bayi. Ini boleh merangsang pengeluaran susu kerana minda menjadi positif dan anak yang menyusu mendapat manfaat penyusuan yang maksima. insyaAllah.


6. Bacaan Al Quran


Perdengarkan alunan Al-Quran dan qasidah Selawat pd nabi. Kebiasaan bayi menyusu sehingga tertidur, jadi minda separa sedar bayi bertindak menyerap perkara yang berlaku sebelum bayi melelapkan mata. Bukankah bagus otak span mereka menyerap bacaan al-Quran dan ini salah satu cara ingin jadikan anak hafiz/hafizah.


7. Eye contact


Memandang muka bayi semasa menyusu dan bukan pandang phone. Ini akan mengeratkan hubungan ibu dan anak (sebab tu anak tak boleh berenggang dengan kita kan~) Bayi yang menyusu akan memandang muka ibunya, jadi kesian kat baby nak tengok muka ibu tapi ibu tak layan pun.. hehe.


Selamat beramal. :)

^^

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...