Di malam Jumaat ni tiba-tiba rasa nak share something la dengan pembaca setia (haha..ada ke yang baca??) hee.. Orait, tengok tajuk pun dah semacam kan? Semua orang pun mesti idamkan tubuh yang kurus dan lansing ala-ala model ataupun kartun Sailormoon. Saya dulu masa kecik pernah terfikir yang bidadari mesti kurus cantik macam Sailormoon..haha..boleh? tu fikiran kanak-kanak. Sekarang tak pikir lagi dah sebab saya insyaAllah nak jadi ketua bidadari syurga. ameen...Semua wanita pun berazam yang sama kan?
Tiba-tiba rasa ada suasana agama pulak..heee....
Baik, untuk kurus kita kena tahu jugak sebab ape kita nak kurus. Entry ni hanya boleh dibaca oleh orang yang nak kurus. Mane-mane yang tanak kurus atau dah pun kurus sila klik butang pangkah di hujung kanan windows ok.
Berbalik pada soalan tadi, kenapa kita nak kurus? Sebab nak nampak cantik atau rasa cantik? Sebab nak tackle pakwe yang minat pmpuan kurus? Sebab nak berangan pakwe boleh gendong kita sebab ringan? Sebab nak pakai seluar jean saiz 25 ke bawah untuk tunjuk kaki? Sebab nak mudahkan urusan amal ibadat kita, jadi ringan bila kurus? Sebab nak kawen? So kena tahu sebab ape... Tak kisah la ape jawapan sekalipun yang penting jaga niat. Kalau kita niat buat kerana sesuatu untuk manusia, baik tak yah. Rugi. Kalau sebab nak redha Allah. Sangat digalakkan. Sebab ape, contoh la kita nak kurus sebab kita nak kawen kan. Bukan sebab nak muat baju pengantin yang kita potong ikut cutting tubuh tu, tapi sebab nak suami kita nanti tengok kita dengan senang hati. Allah pun suka. Niat buat sesuatu untuk dapat pahala demi Redha Allah tu sangat dituntut.
Sory la terpanjang pulak... saya kalau dah start ceramah memang UAI pun takde can nak cakap..hehe
Terdapat 3 konsep utama untuk slim / kurus: (3B)
- Bakar Lemak
- Buang (detox) toksin
- Bina Otot
Dalam badan kita, perlu ada lemak supaya dapat elak dari rasa sejuk terlampau. Fungsi lemak boleh memanaskan badan. Namun jumlah lemak yang berlebihan adalah tidak perlu. Lemak-lemak ni lama kelamaan menjadi lemak tepu akibat pemakanan kita. Bila kita makan makanan berlemak dan berminyak lebih daripada ape yang diperlukan tubuh, ia menyimpan sebagai lemak tak guna dan menempel-nempel di tempat yang sepatutunya contonya di perut, peha, lengan, punggung, betis dan lain-lain tempat yang dirasakan sesuai.
nampak lemak pada figura 1 tu? kat situ lah tempat pengumpulan lemak yang mengakibatkan badan jadi kembang macam tu kan. Bukan je pada bahagian luar, namun dalam organ tubuh pun boleh menjadi tempat penempelan lemak yang membawa kepada penyakit jantung, buah pinggang, usus tersumbat dan sebagainya. Yang lebih parah lagi bila salur darah juga mula tersumbat. Naudzubillah.
Untuk menyingkirkan lemak tersebut, kita boleh menguraikannya melalui vitamin yang kita makan. Contohnya Lecithin dan Omega Guard dari Shaklee.
Kedua-duanya dalam bentuk capsule yang mudah ditelan. Kebiasaannya ramai yang hanya consume lecithin untuk pembakaran lemak, namun terdapat testimoni pengguna yang makan kedua-dua lecithin dan omega mendapati kadar penurunan badan adalah lebih cepat!! wow..sangat teruja. Saya dan keluarga memang makan omega guard untuk brain sebab tahu ia adalah minyak ikan dari laut paling dalam yang terbaik di dunia. Boleh mengawal penyakit jantung, menajamkan daya fokus anak-anak. Menggalakkan tumbesaran janin dan otak bayi juga.
Nampak tak macamana minyak tu pecah dalam larutan lecithin. So tindakbalas yang sama berlaku pada tubuh kita. Cuba sendiri baru tahu kesannya. Nak hasil lebih bagus macam yg saya katakan tadi, makan sekali dengan omega guard. Bukan sekadar kurus tapi kesihatan tubuh pun terjamin insyaAllah.
Step yang ke-2 pulak adalah Buang. Nak buang ape? Buang karen? haha
Oleh sebab bulan ni alhamdulillah promosi ALFALFA COMPLEX so saya tak nak la mengkomplekskan fikiran anda mengenai masalah berat badan, masalah keintiman, dan pelbagai masalah lain lagi. Saya tak suka compilekan segala jenis permasalahan, cuma hari ni nak ceritakan tentang cara mengatasi kelemahan atau permasalahan itu, oke?
Alfalfa, saya yaqin ramai yang lebih tahu tentang ni daripada saya. Tapi anda mesti tahu dia ni tablet yang macam ni je kan? yang duk dalam botol ni kan? (tetiba dapat gambar dalam mudah.my hehe)
Baik, itu yang mana kenal Shaklee la, yang mana just kenal tapi belum lagi JATUH CINTA meh sini saya nak story. Alfalfa ni merupakan sejenis tumbuhan atau pun kita panggil cam sayur la bagi mudah paham. Kadang nampak bentuk dia macam taugeh.. yang kiri taugeh dan yang kanan alfalfa, nampak macam sama tapi bukan dia..bukan dia..
Antara taugeh dan alfafa ni BAPAAKKKK jauh dia punya perbezaan - dari segi khasiat.
Bagi program penjayaan pengurusan badan, untuk yang paling minimum boleh start consume alfalfa, bukan ape, badan kita ni dah berpuluh tahun duk makan macam-macam. Sejak kita kecik lagi masa tu kita dah pandai mintak nak makan jajan la sume makanan tak berkhasiat kan? baik mengaku, kalau tak korang tak normal..hihi.. So berkemungkinan besar toksin dalam badan kita dah berlambak-lambak ataupun dah berkerak rasanya. Untuk membersihkannya, takkan la anda nak wat macam cerita Jimmy Neutron kecikkan kawan then masukkan dia dalam badan kita untuk bersihkan tu..sure tak logik...
Jawapannya tentulah detox. Saya tahu bermacam-macam produk detox di luar sana. Tapi yang bestnya alfalfa Shaklee mencuci segala macam toksin dalam tubuh. Alfalfa berupaya mencuci usus secara SELAMAT dan SEMULAJADI, dengan menarik segala sisa-sisa yang terdapat pada usus kita. Contoh batang paip yang dah lame tak cuci. Sampai tersumbat segala sisa. Sekali kita cabut korek-korek cuci dgn pencuci, terus lancar je kan. Tapi usus kita bukan sekadar nak melancarkan pembuangan, tapi dalam pada makanan duk lalu kat usus tu la dia nak serap nutrien dan zat-zat ke dalam badan kita. So mane yang tak perlu boleh la disingkirkan.
Dalam hal pengurusan berat badan, kita terfikir-fikir nape la aku dah kurang makan pun tak kurus-kurus jugak. Ha, sebenarnya sistem penghadaman kita la yang bermasalah. Ape-ape hal pun start dari perut. Bila perut sihat, badan kita akan sihat sepenuhnya insyaAllah. So usus yang sihat dengan cara detox tadi membolehkan penyerpan nutrien yang optimum. Dah macam ulang statement kat atas lak..hehe.. Kita juga digalakkan minum banyak air masak supaya melancarkan lagi proses pembuangan toksin. Air yang paling baik tentulah air zam-zam. Kadar pengambilan air adalah 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Contoh berat saya 55kg. Kene minum air putih 2 liter lebih sket sehari. Kalau mane yang berat 75kg, kena minum 3 liter sehari. paham kan?
Selain dari alfalfa, ni antara saudara kandungnya juga iaitu herbalax. Herbalax mempunyai fungsi yang hampir sama dengan alfalfa dari segi detox tapi kan untuk kesan lebih menarik, nak cepat sket detox inilah penyelamatnya. Ada yang consume dedua..ada yang just ambik herblax sahaja alfalfa tak ambik. Depends on you.. herblax ni antara stok panas jugak la, walaupun bulan ni promo alfalfa complex, tapi dia pun tak nak kalah sampai habis licin stok di HQ & branch baru-baru ni..huhu
Harga pasaran RM52.50, tapi untuk adik manis di luar sana saya bagi harga runtuh laa..Tak sampai RM50. nak tahu kene la tanya saya sendiri..hehe..Sebotol ni boleh tahan sampai 4 bulan, kalau makan sebiji sehari, tapi kalau masalah detox yang hampir kronik tak leh makan sebiji sehari. Ada jadualnya mengikut cara yang diperlukan tubuh. Sebab tu kena consult. Saya kena tahu masalah anda bila saya nak tolong kan. Senang cerita, kalau saya faham masalah anda, saya boleh cadangkan anda ape yang sesuai dengan kehendak nutrisi anda. Walaupun saya bukan pakar nutrisi, tp saya kena study untuk dapatkan ilmu juga. Betul tak?
Yang terakhir dalam misi ini adalah BINA semula. Ape yang kita nak bina? tentulah otot. Dah buang lemak, dah singkir toksin, so badan kita akan flabby flabby akibat dari penarikan kulit kita tu. So untuk tidak mengembalikannya kepada bentuk asal iaitu lemak menempel, kita harus bina balik otot2 kita. Pernah tak anda dengar ada orang nak kurus dengan langsung tak makan? Tak yah cakap orang lain la, saya sendiri pernah buat. Masa nak final year 3 hari lagi before port folio, saya mogok tak makan. Bukan ape. Time tu saya duk pulun buat design, focus la kononnya. Memang tak makan langsung. Minum air masak je 3 hari tu. Sampai hari port folio memang kawan-kawan & lecturer tegur saya dah kurus. Diorang tak tahu hakikat ni..haha.. Lepas habis je portflolio terus saya gi Drive Thru ke McD. Walau just order bubur tapi berat badan saya naik lebih banyak lepas tu. huhuhu.
So dalam 3 hari saya "diet" tu sebenarnya yang kurus bukanlah lemak, tapi otot. Otot saya yang mengecil. Jadi bila saya start makan, Lemak sedia ada tambah dengan lemak baru. So lemak kuasa dua. Tu yang naik bam-bam. Nasib la saya just diet 3 hari..Kalau yang 2 minggu? sebulan? huhu..bayangkanlah...
Sebab tu kita diet bukan dengan tidak makan, tapi makan dengan jumlah yang sedikit. Bab-bab makan ni nanti insyaAllah saya sentuh dalam entry lain.
Cinch antara makanan tambahan untuk membina otot dan mengawal selera makan. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar supaya jumlah makanan yang kita ambil nanti adalah sedikit berbanding kebiasaan. Jadikan CINCH pengganti kepada breakfast anda. Ada 3 perisa Vanilla, Coklat dan Cafe Latte. Rasa dia saya tak tahu sebab saya belum pernah rasa. Saya ibu mengandung yang menyusukan anak, so tak digalakkan minum CINCH sebab ia boleh mengeringkan susu ibu.
Pengganti kepada CINCH bagi yang menyusui anak tentulah our best product ESP..!! Dah baca kisah saya jatuh cinta pada ESP? huhu...
Yang ni saya bancuh dengan susu kambing. (abaikan muka ustaz yg duk mngajar tu). Biasanya saya bancuh dengan tamar cocoa. Takpun dengan susu dutchlady. terpulanglah.. Satu canister tu tahan sampai 2-3 bulan tau. Sangat jimat kan. Memberikan rasa kenyang yang lama so saya tak yah la makan banyak sangat nasi dalam sehari. Biasanya malam saya jarang makan, so minum ESP je la jawabnya. Susu pun meriah..eheh.. Sumber yang kaya dengan protien serta tiada GMO (genetically modified organisms) protien soya. Maksudnya kandungannya tidak diubah secara ginetik. Asli la. Kan dah kata produk Shaklee memang dijamin halal, Selamat dan MESRA ALAM. Kalau korang rasa tak leh gi ngan soya korang boleh stylekan cara bancuhan dia. Tak rasa soya pun. Kalau saya bancuh dengan tamar cocoa dan masuk peti ais, rasa macam keluar buang api kat atas kepala time minum tu..hehe..bermakna sedapnya nikmat Allah bagi tu..
Amacam? cukup lah sharing saya staktat ni dulu. Panjang umur insyaAllah saya share lagi. Jangan muak dah la ye..hihi..
Ahlia Suhaimi a.k.a Ummi Maryam
Shaklee Independent Distributor (ID 1067052)
019-9571083 / mysarahe_86@yahoo.com
FB page: MS Pretty Healthy
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi baca ^_^