Alamak!!..saya tak update blog lagi...teruk betul laa..
Baru-baru ni suami saya cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam 2 hari, Selasa dan Jumaat, (padahal semua pun same kan - memang saje nak cerita), so atas belas ihsan dan kasih sayang dia, saya mintak dia untuk tambah cuti lagi 2 hari iaitu Rabu dan Khamis. Demi cinta dia pada saya pula, dia pun ambik la cuti tu walaupun sayang sebenarnya sebab cuti pekerja swasta tak banyak sangat. Mikir saya nak bersalin insyaAllah bulan 7 or 8 ni insyaAllah dan mikir nak saving2 gak la cuti tahunan tu kan. hihi
Orait..saya gumbira dan teruja la sebab awal-awal tahun ni je dapat la kitorang spend masa together bertiga bersama-sama kan. tu yang saya tak berapa nak hupdate sangat blog dan fb tu.. bz layan somi la katakan..hehe....
Tak lekat kat rumah la, asyik keluar je.. yelah, time saya duk ngan Maryam je kat rumah, mane saya kua rumah pon. Dalam bilik n dapur je tempat saya. Maryam tu lepak gak kat ruang tamu layan ayah saya. Saya memang jarang keluar, tu yang balas dendam lepak luar berejam-rejam pegi berjalan tu..
Banyak benda dapat settle kalau suami balik ni. Time ni la saya nak gi pos barang customer, nak cari barang dapur, nak tunaikan hajat mana-mana yang saya mengidam, nak gi ziarah sedara mara. insyaAllah boleh la settle mane yang dah tertangguh tu..huhu..
eksaited!! muka togel tak pakai ape2 di muka. Suami tak kisah, saya lagi lahhh...haha |
SABASUN Bukit kecil.. (sumber google) |
Saya salute gak la mane2 kedai yang non-muslim tapi masih tidak menjual arak.. macam kat Kb..banyak premis non-muslim yang tak dijual arak. Kat Kedah pun banyak dah amalkan. Dengar cita ada 7E kat Kedah tak dijual arak. Tu dah bagus. So adik-adik yang lepas SPM nak ambik pengalaman jaga kedai leh apply keje. Sebab orang Islam diharamkan terlibat dalam sebarang urusan yang melibatkan arak. Jual pun tak boleh, tolong scan pon tak boleh. Tolong susun arak dalam fridge pun tak boleh. Pegang botol arak pun mintak dijauhkan atau tengok pun kalau boleh jangan. Kalau rasa-rasa lalu sebelah kaunter arak buat-buat tak nampak ye. huhu (tiba-tiba masuk post pasal ni)
Ok..berbalik kisah kami tadi, so bila dah lame-lame duduk bersama ni terasa nak terus duduk sekali la. Memang kami pernah duduk sama di KL (rumah mak mentua saya). Tapi tu tak sama. Segala urusan rumah banyak mak mentua yang handle. Bab masak, basuh kemas.. Saya tolong sket2 je. Bila kami tinggal di rumah ayah saya. Semua kerja rumah kami yang kene buat, dari masak, kemas and segala-galanya dibuat oleh kami.. (padahal tak masak mana pun. Makan kat luar je..) Tu yang feeling-feeling dah macam rumah kami dah tu. Duduk sekali bangun mikir nak masak ape. Tengok muka kami berdua. hehe.. and I've decided! no matter what, susah senang kena keluar dari PJJ ni.. Kena start bina family. walaupun tahu ranjau berduri berliku bila decide nak duduk jauh dari parents. Semoga itulah yang terbaik insyaAllah.
Time suami duk jauh ni saya takde la mengidam pelik-pelik.. biasanya cuma buah je yang saya ngidam. Saya nak makan pelam putik ngan jambu, so gi cari la mane yang dapat tu...alhamdulillah..ni salah satu benda saya nak makan..dah lame benor tak merasa.. walaupun Rasamas banyak jual ayam je. tapi ada jugak menu dia ikan.. heheh
Ini suami saya order, chicken chop makan ngan nasi. walaupun saya tak suka ayam tapi saya suka rempah dia pada kerak tu.. Sayangnya di Rasamas Giant KT dah habis ni..tebalik pulak pinggan. |
Ni pulak saya order, ikan ape ntah, tapi best jugak. Yang muaknya sebab nasi ayam. So saya suap nasi tuk Maryam. |
Selama saya keluar makan dekat Rasamas di Giant KT ni. Adalah dalam 3x Maryam akan poo poo lepas makan. Dua kali saya dengan hubby terpaksa ke tandas OKU untuk bersihkan dia. Dan yang sekali tu saya tahan je dia basuh kat rumah sebab tak la sampai melimpah, yang 2x tu memang habisss baju. Nasib la tak tumpah macam yang Maryam buat time saya gi KB dulu. dalam entry ni.
Saboooor je lahhh...
Baru-baru ni juga, saya ke klinik untuk bukak buku (ngandung). tapi rupanya hari Khamis di sini tak de buat urusan untuk bukak buku. So kena la pergi hari Isnin pulak. Kalau ikutkan saya kena la buka buku di mana tempat saya menetap. Contohnya saya nak menetap di KL. Kene buka di sana la. Tapi saya insyaAllah ke sana bulan 2. Kang lame2 nurse marah lak. Kandungan saya dah pun capai 12 minggu. Pergi la juga hari Isnin tu walaupun somi dah balik Ahad malam. Tapi kan tapi kan, nurse pulak takde. dia cuti sebab anak sakit. Kesian jugak kan, dah la nurse handle sorang tempat saya tu, kalau dia takde sume jadi kelam kelibut. huhu.. Sabar ye nurse, patient pun sabar jugak sbb nama pun dah patien kan...hehe..
Time gi klinik, walaupun tak dapat wat urusan ummi, boleh juga layan semek ni main di p/ground. Ini aje gambar yang ada. yang lain semua video. |
So sampa hari ni (Rabu) nurse belum lagi call untuk booking. Agaknya minggu depan pulak la baru boleh bukak buku. Nanti Maryam kena la mintak tolong akak yang jagakan sebab di klinik mane nak bawak dia, confirm dia bjalan serupa baru dapat kaki. Asyik berjalan je sampai ummi tak lalu nak kejar. Makin ikut makin jauh dia pergi,..hmm..
Teringat masa mula-mula bukak buku time pregnant kat Maryam, dapat nurse yang agak berumur. Slow je kerja dia. Satu-satu dia wat kerja. Saya yang first time ni leh lagi la layan nurse kalau macam tu. Tapi orang yang ada anak, memang nak cepat camne nak tahan..huhu..Sabor la. kalau panjang umur kita semua akan tua. Tak tahu la kita tua nanti Allah uji kita macam mana kan. Minta doa supaya kita tak menyusahkan orang terutamanya anak-anak kita. Macam arwah mak saya, pergi dalam keadaan sihat, memang terkejut tapi bila difikirkan hikmahnya. kita anak-anak ni tak la sampai 'bergaduh' nak jaga mak kan. begitu lah keadaannya.
And lastly harapan saya moga saya dan suami, Mohd Suhaimi Zakaria akan cepat dapat rumah sewa. Area Kajang ke Bangi ke. dah ok.. asalkan boleh duduk bersama satu family. Sian Maryam tiap kali abi balik mesti duk bertempek kat abi. Rindu sangat. Maryam lebih manja dengan abi banding dengan ummi. Tapi takpe, sebab ummi dia tegas. Tugas didik anak atas bahu saya, so saya bertegas dengan Maryam sejak dia mula paham kata-kata saya. No, Yes, semua dia dah paham..harap Maryam membesar jadi anak yang solehah. Boleh guide adik
p/s : Malam-malam kita wat taa'lim ye.. sesi mengajar dan belajar insyaAllah...
nak selit iklan sikit.. saya ada skit stok alfalfa, kalau nak sila sms or whatsapp 019-9571083.
harga murah!! lebih murah dari biasa.. banyak khasiat.. khasiat alfalfa di sini. meh meh cepat.. selagi stok masih ada..
Salam sayang dari Ummi Maryam..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi baca ^_^