Thursday, 31 October 2013

Jatuh cinta

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak cerita tentang apa yang saya dapat lepas consume shaklee...sejujurnya, produk pertama yang saya guna adalah ESP dan sampai sekarang pun saya masih amalkan ESP. Cuma adalah stop ditengah jalan time saya gaduh dengan ESP ni. Saya masa mengandung Maryam dulu memang tak tahu menahu sangat pasal Shaklee ni. Masa tu just makan pil2 yang dibagi oleh doctor atau nurse masa check bulan2..Itupun selalu miss nak makan, husband la time tu yang selalu ingatkan. 

After pregnant then masuk fasa berpantang, mulalah nak cari supplement yang sesuai. Shaklee, Salindah, Sendayu Tinggi dan lain-lain laa... Masa tu baru kenal Shaklee tapi belum 'berjumpa'. Seminggu lepas bersalin memang makan ubat yg private hospital bagi, alhamdulillah memang OK la lepas tu cuma yang hari-hari seterusnya saya dah tak gi sambung ubat hospital then terpaksa lah cari alternatif lain. Suami time tu kerja jauh and ada seorang akak engineer office mate dia perkenalkan produk Shaklee kat dia. (akak tu skrang dah berhenti kerja n bisnes shaklee pulak). Waktu tu ibarat angin lalu la menusuk telinga suami saya then keluar semula.hehe. Takde pun dia beli supplement berpantang Shaklee tu kat saya..hehe..dia just cerita je... :)

Satu hari mak cik saya datang melawat saya dalam pantang then bawak la ubat2 kampung, so saya makan ubat tu je laa, campuran manjakani dan ape ntah tapi makcik saya bikin sendiri la ubat tu. Ubat tu sampai sekarang pun saya tak abis makan. Ntah nape, tak de kesedaran kot..hihi..

Lepas saya habis berpantang berat saya turun cantik sama macam sebelum kawen. oK saya tipu, takde la macam sebelum kawen, tp macam sebelum pregnant laa...(padahal lepas kawen je badan terus naik..haha) Saya pun tak peduli sangat dah diet harian saya, saya hanya fikir yang saya nak makan sebab nak banyakkan susu badan, saya nak menyusu Maryam, saya nak pastikan Maryam dapat yang tebaik dalam tempoh 6 bulan pertama, saya nak Maryam hanya minum susu badan..macam-macam yang saya makan untuk tambahkan susu. Masa ni memang belum kenal Shaklee Ok.. After this  tahu ape result dia? Saya dapat soalan..macam2 soalan, Sarah mu makin berisi, Sarah mu gemuk eh, Sarah, nampak cam bam bam sket, Sarah pregnant ke???? Itu soalan killer OK, pain killer pun tak dapat nak selamatkan....huhu...



Sampai laa Maryam dah besor sikit baru lah saya jumpa dengan Shaklee secara personal..hihi...time tu terus jatuh cinta (rujuk entry saya yg lepas). Sekarang pun saya masih consume ESP. Memang rasa la perbezaan dia sebab saya pernah la stop ditengah jalan sebab mula-mula mikir ESP ni mahal la pulak kan kalau nak minum harian. Sebenarnya lepas saya kira-kira semula, ni adalah untuk kebaikan Maryam jugak, supaya dia terus dapat direct susu badan. Saya memang azam nak fully breastfeeding kat dia sampai umur dia 2 tahun insyaAllah..

Masa mula-mula saya consume ESP saya memang tak tahu sangat cara nak makan ke ape kan..sbb malas nak tanya..baguslah tu, ilmu tak dapat lain lak yang dapat. Boleh pulak la saya minum ESP after meal..haha...pastu duk marah sbb ESP makin wat saya gemuk...huhu...Saya dahla makan banyak sebab bajet nak tambah susu, pastu ambik pulak ESP lepas tu memang la naik berat badan....haiya....Habis je sparuh botol saya pun stop la ESP ni...

Masa saya tak ambik ESP ni susu saya agak merudum laa, lagipun time tu Maryam dah lebih 6 bulan. Dia dah kurang menyusu, tak la seperti enam bulan pertama. Stress sikit la sebab Maryam akan ada waktu yang dia rengek lapar sebab tak cukup susu dan sebagainya.. Masuk bulan puasa pun lagilah hebat dugaan dia, tak larat nak memicit memang sikiiiit je keluarnya. Time tertentu je baru ada, itu pun kadang-kadang laa.. Memang terfikir jugak nak bagi susu formula pulak pada Maryam sebab mikirkan dia kurang zat ke apa kan. Ramai pulak duk cakap Maryam makin kurus la, dah tak tembam cam dulu la, tak hantap sangat la,berat timbang pun naik sikit-sikit je..huhu...

After-after that, saya terbaca la pasal kebaikan ESP dan Shaklee dan sebagainya. Saya timbal balik antara bagi susu formula pada Maryam atau saya yang consume ESP dan insyaAllah boleh banyakkan semula susu dan Maryam boleh direct breastfeed je. Alhamdulillah, pilihan tepat tentulah saya yang minum ESP kan sebab susu yang Maryam minum insyaAllah banyakkkk lagi khasiatnya daripada susu formula..Jadi saya tergerak la nak order semula ESP. Saya pun korek la ilmu-ilmu yang patot, tak de la pakai hentam je minum.



So sekarang saya minum ESP before meal supaya dapat rasa cepat kenyang. Jadi dapatlah saya kurangkan pengambilan makanan lepas tu..nampak tak penjimatan di situ, kalau dulu nasi bertambah sekarang tak yah tambah nasi lagi, sebab makan sikit pun dah kenyang. Kenyang tu satu hal, lama pulak tu tempoh kenyangnya...Suami saya pun duk kata saya cam ringan sikit..eik camne dia tahu? hahaha.... Saya jugak dapat rasa kulit makin smooth (atau saya perasan sorang-sorang?). Lepas dah beranak pinak ni saya memang tak rajin membelek muka, harap time mandi je la blh cuci muka kalau tak memang dah tak layan la toner,moisturiser semua tu...Jadi lepas ambik ESP ni pun kulit saya maintain cam dedulu time yang saya pakai segala macam produk untuk cantikkan kulit. Lagi la banyak jimat kan? takyah perabis duit beli produk kecantikkan. Dengan ESP je pun insyaAllah masih boleh cantik..ye dok??hehe...

Sebab tu saya syokan sangat pada semua la tak kira wanita ke, lelaki ke, muda ke, tua ke, ibu-ibu ke, wanita hamil ke, wanita breastfeeding ke, budak sekolah ke, budak U ke, lepasan SPM ke, STPM ke, lepasan ijazah ke, guru ke, doktor ke, nurse ke, kakak-kakak adik-adik, makcik-makcik datin puan sri dato sri tuanku permaisuri, raja-raja dan semuaaaaalah boleh ambik ESP ni....banyakkkk sangat moleknya.....manfaatnya. insyaAllah..cuba la..kalau tak jadi tu ada la slack kat memana tu...heheh...

oklah...stakat ni dulu untuk hari ni,,dah panjang sangat pulak entry ni, hehe..

Kalau rasa nak order Shaklee, dapatkan khidmat nasihat daripada Distributor anda or anda boleh tanya saya, emailkan je, or komen, or msj, or call, or ape2 jelah khidmat yang ada insyaAllah saya bantu sedaya saya ok...Jangan berkira-kira untuk kesihatan kita dan keluarga. Itu lebih bernilai dari segalanya... :)

Saya bagi anda hadiah sebab Maryam dah tidur awal malam ni..hehe..nampak macam baby lak bila pakai baju tu padahal dah setahun lebih... <3


Toddlers: Ummi Maryam - bahagia hidup untuk memberi,...insyaAllah

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...