Friday, 13 December 2013

Diam-diam berisi

Assalamualaikum...oooo assalamualaikum....

Ada orang tak ni??/

uihhhh...tengok waktu..lame no saya tak update kan? tapi sape peduli ye dak? banyak no benda nak cerita..macam-macam perkara  berlaku, tp ada je halangan (ni adalah sebab saya yang cari alasan). nak seribu daya..tak nak sudah!!

sejak akhir-akhir ni saya dalam mood alahan. Dengan si Maryam dah nak berlari dalam rumah ni dan asyik jatuh je. Memang mata tak leh pandang lain. Pastu saya lak sket2 loya nak muntah tapi kuar angin je..kadang ape pun tak keluar. So mulalah bergelora dalam perut ni wat saya jadi takde mood dan time tu suami laa yang kene banyak bersabar. Mak mentua pun sama, layan kan je la menantu dia ni.. huhu... kata nak cucu kan...hihi

Nak cerita pasal pregnant ni cam takde mood pulak, cuma alahan kali ni agak teruk banding dengan mengandungkan Maryam. Saya pun tak tahu nape. Tapi sekarang tak leh cakap banyak lagi sebab masa pregnant Maryam, saya mood baru lepas kawen.. So badan pun ringan ke situ ke sana. Umur masih muda. Anak takde lagi so memang fun lah kan kata orang. Masa tu pulak saya stay di rumah sendiri, memang buat kerja suka hati kita lah kan. Nak rajin ke, nak malas ke, nak masak ke, tak nak masak ke, nak tido ke suka-hati-aku..haha

Tapi kan tapi kan.. Sekarang bila nak masuk anak ke-2 cabaran dia lain. Saya dah meningkat dewasa.. (macam la tua sangat). Anak yang sorang setakat ni pulak sangat aktif (alhamdulillah-sesuai ngan perkembangannya) cuma time malam jenuh memujuk suruh tido dan saya duduk rumah mentua-pastu banyak la saya nak compare, mintak nak balik kampung la, mintak nak makan masakan Timur la (mengada!!) mintak nak pelempang la - ok yang ni saya tipu. Tapi betul, saya rasa sian lak kat suami. Saya kan suri rumah. Time suami penat balik kerja saya sibuk nak ajak keluar hirup udara segar konon (mane ada udara segar di KL) seharian duk dalam rumah, saya complain aircond kuat, saya nak kipas, udara bilik bau tak best, toilet tak best, macam-macam la.. ALHAMDULILLAH...Suami saya sangat PENYABARR....Thanks Allah.....

Saya pulak sekarang kene flu n batuk..Tahap ape saya tak tahu tapi dah nak masuk 2 minggu. Pembawakan budak agaknya. hehe.. tu yang jadi lebih tak selesa tu, time batuk je nak muntah. huhu.. sabar..saya bukan nak mengeluh. saya cume meluahkan rasa..huhu... Tu je lah dulu saya nak cerita wat masa ni.. tak lalu nak naip pepanjang. ni pun si kecik dah tido atas saya. walaupun saya pregnant tapi saya masih menyusukan semek ni. insyaAllah nak teruskan sampai dia umur 2 tahun. Ikut kemampuan saya la dan jika Allah izinkan. ameen...

Ni gambar dari page saya (MS Pretty Healthy) saje nak tempek..hehe

Saya makan supplement Shaklee untuk sambung penyusuan Maryam dan untuk anak dalam kandungan juga. InsyaAllah kami bertiga dapat manfaat. Sape2 nak tanya pasal produk Shaklee atau nak jadi ahli ke boleh contact saya.
sms / whatsapp  :  019-9571083
Shaklee ID :1067052
atau kalau duk dekat ngan branch or Shaklee HQ boleh je walk in beli supplement pakai ID saya. Tapi kena maklumkan dlu la ye.

Saya consume Shaklee sejak saya menyusu maryam dan saya obses dengan penyusan. hihi...

salam petang jumaat yang mulia..
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...