Wednesday, 18 November 2015

Marathon Terubat Tanpa Ubat

As salam dan hi^^

Hari Deepavali lepas, kitorang satu family ke Perlis sebab Mr.S outstation. Saja-saja nak gediks ikut bawak satu family (actually bawa family dari Perak - opah, aunties & adik ipar) jalan-jalan ke negeri orang. Kitorang start gerak pagi-pagi lagi dari KL, alhamdulillah jalan tak jem. Ok jugalah bangsa India mereka tak bersesak sesak macam kite nak sambut raya, hehe. Dengan keadaan jalan tu sempat juga sampai sebelum malam di Perlis.

Keesokannya memang Mr.S terus masuk site, tinggallah kite & anak-anak di tempat penginapan yang ajet-ajet ok tapi kadang KO juge. haha. Time malam kitorang keluar la pergi cari makan area Kangar. Di dapur ummi kite Ibuku jadi pilihan. Dua malam juga kitorang tibai makan kat situ. Nasi putih lauk pelbagai tu sedap la juga tapi goreng-goreng dia so-so sebab kami minta tak nak dibubuh perasa a.k.a ajinohmotor. Hambar tapi sihat. Mr.S order kuey tiao kungfu tapi dia cakap tawar, padahal baik la untuk kesihatan kan? kan? kan? <mata kat atas>

Beberapa hari di Perlis memang tak habis pusing pun pasal tak de la niat nak bercuti, (ambik kesempatan time Mr.S outstation je) orang kate ape.. dah alang-alang nak ke sana kite follow je laa... just jalan-jalan rumah sahabat dan round-round sekitar je.

Antara kedai makan yang famous untuk breakfast tentulah dekat stesen KTM Arau. Mak aih. sodappp. 2 kali pergi kedai tu. Mek Siti dari Kelantan rasanya sebab ada jual nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak sambal dia sedap, nasi berlauk.. macam-macam... kedai kecik je tapi ramai datang. Dapat la tengok kereta api lalu live sambil suap kerabu dengan telur masin. Alhamdulillah... :)

Makan tengahari di Pokok Petai Nasi Kandar yang interior design dia nampak dari luar macam kedai perabot kayu jati.. haha.. Semua benda berasaskan kayu. Kalau tak caye korang leh google nama kedai tu. Cayalah tokey dia. Nasi kandar dia pun sodap. Roti canai superb. Berapa kali aunt kite repeat order roti canai dia. alhamdulillah lagi .. syukur ya Allah bagi nikmat rasa pada lidah :)

Hari Sabtu last di Perlis. Mr.S pun dah habis kerja so sebelum balik ke KL sempat la singgah shopping kat Padang Besar. Padang Besar ni sempadan antara Thailand dengan Malaysia. Kalau nak ke Thailand melalui jalan darat ataupun drive dengan kenderaan sendiri, Padang Besar ni antara pintu masuk dia laa.



Dapat la hadiah handbag satu sebagai kenangan dari Perlis. Setahun sekali je ke sini pun.. hehe



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi baca ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...