Sunday, 18 October 2015

Boleh Ke Makan Ikan Haruan?

As salam dan hi..

Ikan haruan ni adalah sejenis ikan sungai yang hidup di paya. Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan.

Ikan haruan sering dikaitkan dengan rawatan penyembuhan luka..malah, bagi ibu-ibu di dalam pantang dan kanak-kanak lelaki yang baru bersunat (khitan) yang sedang dalam proses recovery disarankan untuk makan ikan haruan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Ikan haruan tidak terhad kepada memakan ikan itu sendiri, dengan teknologi pada masa kini pelbagai cara dibuat untuk tidak mengehadkan pengambilan khasiat ikan haruan. Terdapat juga pati daripada ikan haruan untuk memudahkan pengguna di bandar yang sukar mendapat ikan haruan segar untuk dimakan. Rasanya ada sedikit hanyir, tetapi bagi meraka yang sudah biasa, ianya tidak menjadi masalah.

Namun bagi saya yang tidak gemar makan ikan haruan, apatah lagi pati ikan dalam bentuk cecair ini, maka saya mengambil inisiatif lain iaitu mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Ya, di Shaklee terdapat vitamin yang dipanggil Zinc Complex yang mengandungi 120mg calcium dan 15mg Zinc, menepati 100% nilai harian bagi zinc. Kekurangan zink menyebabkan penyembuhan luka berlaku dengan lambat.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu sahaja luka semasa bersalin anak ke-2 saya telah sembuh. Malah tidak perlu tandas duduk untuk buang air besar. Sangat yakin dengan keberkesanannya mempercepatkan pembaikan luka-luka dalaman sewaktu bersalin.

Apakah pula kaitannya ikan haruan dengan Zinc Complex Shaklee?


Kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan atau pati ikan haruan. Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh menelan pati ikan haruan, boleh cuba Zinc Complex Shaklee.

Harga sebotol Zinc Shaklee adalah sangat berpatutan dan mempunyai 120 tablet mudah di telan. Untuk ibu-ibu berpantang yang bersalin secara normal mahupun czer boleh consume Zinc Shaklee untuk mempercepat penyembuhan luka serta membantu mengurangkan kadar keguguran rambut. Keguguran rambut selepas kelahiran adalah perkara biasa, namun rambut yang banyak luruh dari kepala boleh menyebabkan kepala menjadi botak!



Semoga ibu-ibu di dalam pantang dan anda yang sedang membaca, mendapat manfaat daripada entry ini. InsyaAllah. Ameen.


Untuk pembelian Zinc Complex Shaklee boleh klik pada link ZINC COMPLEX
Penghantaran terus ke alamat anda daripada Shaklee Sdn Bhd melalui pos.

Juga boleh menghubungi saya Sarah, 019-9571083 untuk pertanyaan lanjut berkaitan supplement Shaklee. Konsultansi selepas jualan dan jadual makan vitamin bersesuaian dengan diet anda secara PERCUMA.

Wednesday, 7 October 2015

Kami Tak Tahu Dia Akan Pergi Dulu

Kisah ini benar-benar berlaku pada 6 tahun lepas. Oleh kerana tarikhnya begitu hampir dengan hari ini, maka saya telah menulis kembali kisah ini untuk tatapan semua.

17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 September 2009

Pagi itu, saya bangun awal untuk lawatan rumah bagi subjek Measured Drawing. Hari itu juga adalah hari Nuzul Quran yang mana kebiasaannya majlis berbuka puasa di adakan di kejiranan kami di Kampung saya. 

Saya sudah memaklumkan pada bonda yang saya tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama berbuka puasa. Sedih, memang terasa namun bonda memahami tuntutan belajar yang saya perlu laksanakan sehingga graduasi. Tahun itu merupakan Diploma semester ke-6 saya di Politeknik.

Sakit Jantung


Selesai tugas, saya berkumpul di rumah sewa kawan untuk berbincang mengenai tugas melukis dan melakar pelan. Malam itu, saya dikejutkan dengan kiriman sms dari kakak saya berkenaan bonda yang tiba-tiba rebah, akibat lelah. Malah lebih mengejutkan bonda disyaki sakit JANTUNG. Pada saat itu juga jantung saya terasa terhenti.

Saya terus pulang ke rumah kakak saya di Kuantan untuk berhubung dengan ahli keluarga yang lain. Syukurlah pada waktu itu keadaan bonda sudah stabil. Kami sekeluarga tidak pernah tahu yang bonda pernah mengidap sakit Jantung. 

Pernah saya dengar, apabila diserang sakit jantung, pesakit boleh meninggal serta merta.

Keadaan itu menyebabkan kami berjaga-jaga dengan tahap kesihatan bonda. Pada waktu itu, keluarga kami tidak pernah mengamalkan apa-apa supplement, malah hanya berbekalkan ubat daripada hospital.

Hari Raya 2007 ] tiada yang 2009 kerana kami menyambutnya sederhana ;) ]


Hari Raya Aidilfitri tiba dan kami menyambutnya secara sederhana kerana keadaan kesihatan bonda masih belum pulih sepenuhnya. Bonda juga tidak dapat menyediakan juadah nasi dagang seperti kebiasaan yang beliau lakukan pada hari raya tahun-tahun sebelumnya. Kami memahami, kami mengerti akan kepenatan bonda, namun hati kami sangat sangat sangat takut untuk memikirkan perkara yang pernah terjadi pada 17 Ramadhan lalu.


8 Syawal 1430H bersamaan 27 September 2009

Kebanyakan kami sudah mahu pulang ke rumah masing-masing atas tuntutan kerja. Sempatlah kami bersembang dan makan malam selepas solat Isyak di rumah bonda sebelum pulang. Malam itu setelah sampai di Kuantan, saya tidak dapat tidur lalu saya menyiapkan drawing untuk di'krit' oleh pensyarah keesokannya. 

Sambung Cuti


9 Syawal 1430H bersamaan 28 September 2009

Jam 4.50 pagi baru terasa mata ini berat menandakan saya sudah mahu rehat. Sedang mahu melelapkan mata, telefon kakak saya di luar bilik asyik berdering. Saya tidak pasti adakah itu penggera jam di telefon atau ada panggilan masuk. Saya terus sahaja tidur dan hanya bangun setelah dikejutkan oleh kakak saya. 

Dengan muka yang pucat saya terdengar kakak saya yang menyuruh saya bersiap kerana bonda sudah tiada. Katanya. Jam menunjukkan pukul 6.30pagi. Saya bingkas bangun, berwudhu dan solat dalam perasaan yang keliru.

Sedih? Saya tak pasti. Saya tidak tahu apa yang sebetulnya berlaku. Kiriman SMS yang saya terima dari abang saya membuktikan segalanya. "Bonda sudah meninggal sebelum Subuh tadi". Laju air mata saya mengalir seperti kolam yang baru pecah takungannya.

Hakikat


Setelah bersiap ala kadar kami terus bertolak pulang ke Terengganu. Perjalanan yang kebiasannya 4 jam menjadi 2 1/2 jam kerana kami ingin segera sampai menyaksikan kebenaran berita yang sampai pagi tadi.

Sempat kami singgah berwudhu di masjid berdekatan rumah sebelum sampai di teratak bonda kerana kemungkinan keadaan rumah kami pasti ramai orang. Bonda merupakan guru mengajar al-Quran di kampung kami dan pastinya beliau dikunjungi ramai anak murid dan rakan-rakan belajar agama yang ramai.

Sesampainya kami di perkarangan rumah, terlihat ramai ahli keluarga dan penduduk kampung memenuhi halaman rumah. Perasaan yang tadinya keliru kini bertambah yakin dengan berita itu namun saya gagahi juga kaki untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Kami disambut oleh kakak yang sampai lebih awal dengan mata yang merah dan senyuman tawar. Kami berpelukan. Saya semakin percaya namun masih cuba menafikan.

Masuk sahaja ke dalam rumah, segenap ahli keluarga dan tetamu mengisi ruang kosong di dalam rumah kami. Saya tidak sempat memandang wajah tetamu yang hadir tetapi mata ini tertancap pada kain langsir yang menutupi satu ruang di dalam rumah itu. Ya, itulah tempat bonda diletakkan. Saya melangkah menuju ke tempat itu dan terlihat semua adik beradik mengelilingi bonda. Ayah di kepala bonda sedang membaca Al-Quran. Besan ayah bonda saya juga ada di tepi jasad juga turut sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Quran. Mata adik beradik kami bengkak dan merah. Saya melihat sekujur tubuh bonda ditutupi kain batik dan muka bonda ditutupi selendang putih. 

Air Mata Ayah


Sebaik sahaja kain penutup wajah bonda disingkap, saya sangat yakin bahawa bonda yang saya cintai betul-betul telah pergi. Pada waktu itu, seluruh tubuh saya menggigil dan gagal untuk menafikan hakikat yang saya tidak pernah terbayang. Wajah putih bersih itu dicium lama, penuh kasih sayang. Wajah itu sangat lembut dan tenang. Lama saya menatap wajah itu dalam perasaan yang bercampur. Tetapi tiada perasaan gembira. Tidak sesekali. Sempat saya melirik pada ayah yang begitu tenang air mukanya namun tak siapa tahu dalam hatinya. Saya yakin ayah pasti turut menangis!

Saya capai yasin di rak dan terus membacanya sehingga ke waktu zohor. Keadaan semakin tenang apabila tetamu sudah mula meninggalkan rumah kami untuk menunaikan solat zohor. Selepas zohor, kami menyambung bacaan al-Quran dan tetamu semakin bertambah. Jasad bonda akan dimandikan, disolatkan dan disemadikan selepas waktu Asar. Kami adik beradik memandikan dan mengafankan jenazah bonda dengan tertib dan berhati-hati. Itulah kali terakhir kami menatap wajah bonda sebelum diletakkan di dalam keranda. Kesemua hadirin wanita dan ahli keluarga mencium dahi bonda untuk terakhir kalinya. Sejuk. Namun wajah itu mendamaikan. Bonda senyum manis. Kami hiba namun tetap belajar untuk Redha.

Kali Terakhir


Semasa solat Jenazah dilakukan, abang saya yang sulung mengimami solat tersebut. Dari bacaan doanya, kami dapat dengar esak tangisnya malah kami semua turut menangis sewaktu tangan menadah memohon keampunan dan kesejahteraan untuk arwah bonda. Solat jenazah dilakukan 3x silih berganti kerana jemaah yang ramai dan keadaan rumah kami yang sempit. 

*********************************************

Sehingga hari itu, kami belajar untuk hidup tanpa bonda, tiada lagi masakan enak air tangan bonda, tiada lagi suara pelanggan mahu membeli di kedai. Tiada lagi guru al-Quran yang garang dan tegas di surau. Dan tiada lagi insan yang boleh saya panggil bonda. Abang saya ada memberitahu bahawa bonda mungkin diserang sakit jantung. Sakit jantung adalah pembunuh No#1 di dunia. Malah abang ipar juga telah meninggal dunia kerana sakit jantung. Apabila sakit jantung menyerang, pembuluh darah menyempit dan darah tidak dapat disalurkan menyebabkan penyumbatan oksigen. Arwah bonda tidak pernah diserang sakit yang teruk.

Al-fatihah untuk arwah bonda dan arwah abang ipar ...


**********************************************

Kehidupan


Apa yang saya kesalkan? tiada. semuanya berbalik pada Redha. Pedih, sakit, tapi pura-pura baik. :)
Namun apa yang saya cuba belajar? Saya akan memeriksa dan memastikan tahap kesihatan yang baik. Mungkin bonda tidak pernah tahu dan tidak pernah membaca tentang sakit jantung. Atau mungkin benar bonda tidak mengidap sakit jantung, namun sudah ajal bonda pergi pada waktu itu. Tapi saya dan anda semua boleh membaca dan belajar sedikit sebanyak tentang kompilasi yang akan dihadapi oleh pesakit jantung. Saya sekeluarga mengamalkan supplement VIVIX untuk mengurangkan risiko sakit jantung serta memperbaiki tahap kesihatan dari dalam. Pengalaman berhadapan dengan pesakit jantung menyebabkan kami berjaga-jaga dan memastikan tahap kesihatan dijaga dengan baik, insyaAllah.



JIka kita tidak dapat mengawal sakit jantung dari menyerang, mengapa tidak kita mencegah sebelum ianya terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita? Menjaga kesihatan amat dituntut dalam Islam. Mengawal pemakanan dan bersenam atau melakukan aktiviti yang sihat boleh mencegah penyakit yang tidak diundang ini. 

CO-Q HEALTH PLUS Shaklee mengandungi Co-Q 10 dan Vitamin E yang baik untuk menjaga kesihatan arteri supaya plak tidak tersumbat. (plak yang tersumbat pada arteri darah menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan mengakibatkan sakit jantung). Teh hijau yang terkandung dalam tablet juga menghalang penggumpalan darah serta dapat membantu melancarkan peredaran darah. 


Ayuh mulakan dari segera, bertindaklah dari sekarang. Peliharalah kesihatan jantung kita yang Allah beri pinjam 1 sahaja.

Hubungi saya untuk masalah berkaitan 
019-9571083 Sarah
SMS / Whatsapp / Telegram 
email: maisarah.embong@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...