Monday, 14 August 2017

7 Sunnah Hebat


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.


kredit Ustaz Don Daniyal

Sunday, 23 April 2017

Stroller Bajet

As salam dan hi

(Kisah setahun lebih yang lepas baru jumpa dalam draft)--upload je lah sebab rasa penting untuk korang kot. agaknyalah.

Ini kisah bila anak dah dua tiba-tiba suami baru nak belikan stroller.
Ape? Stroller ni satu kewajiban ke? haha.. Sebenarnya tak. Dengan adanya stroller maka menambahkan lagi beban kewangan sebab

  1. Duit keluar beli stroller, 
  2. Dah ada stroller takkan nak simpan dalam stor, haruslah bawa anak jalan-jalan tanpa was2. 

So nampak pengaliran duit di situ? Kalau pergi ke taman Ok.. tak membazir malah boleh mengeluarkan peluh serta menyihatkan badan. Tapi bila cuaca panas, isteri pandai memujuk suami supaya membawa anak ke Jusco untuk main mainan token RM1 untuk 1 token. Anak bahagia, ibu gembira.. suami garu kepala. nice

Sejak dari anak pertama, Maryam kami dapat hadiah stroller preloved spupu dia. Good condition cuma buggy la. Untuk bonet kami masih OK lagi la. Tapi bila anak dua ni Fauzan, kite pakai pulak hadiah prelove sepupu dia yang lain. Baikkan sepupu diorang. Sebab anak tunggal masing-masing, stroller dah tak pakai tapi masih keadaan baik haruslah dikongsi pada ahli keluarga yang lain. Jimat belanja kan? Stroller yang kedua tu ringan sikit dari yang pertama tapi buggy juga la. Makan 1/6 dari space bonet kereta.

Jadi setelah Fauzan pandai berjalan, kami passkan pada sepupu yang lain. (sepupu ramai no problem ok)

Lama juga tanpa stroller jimat space bonet kereta.. hihi.. Tetapi keadaan ni tak bertahan lama, Fauzan kadang-kadang penat nak berjalan kaki sendiri, so adakala dia minta abi yang dukung. Maka abi kepenatan sebab Fauzan agak hantap juga kalau didukung lama-lama. Suami pun cadang nak beli stroller untuk anak memandangkan belum pernah beli lagi kan.

Rupa-rupanya suami cerewet juga dalam pemilihan stroller, tapi oleh kerana peruntukan dari pihaknya maka ummi hanya bertabah sahaja. Terima segala apa yang di pinta. Banyak kerenah la dalam nak pilih stroller ni. Jenama tu tak kisah sangat, asal harga OK dan kena dengan mata dan keadaan fizikal dia yang tinggi tu maka jalan lah.

Survey punya survey banyak yang ditolaknya. Last-last masa pergi Alamanda itu hari, kami round-round la dalam kedai baby untuk test stroller. Itupun sebab dah penat dukung Fauzan yang tak sanggup berjalan dalam alamanda tu. Test punya test sampai la ke Mother care. Tengok ada less.. cantik.. Pastu nampak Halford Titania. Eh, smart juga la.. ada less 20% so dapat kurang dari RM600.

Under bajet lagi la. Terus test sebab masa tu dah nak pukul 10pm. Kedai nak tutup dah pun. Tapi try juga la letak Fauzan, mulanya dia refuse tapi lama-lama dia nampak selesa. husband pun suka sebab beberapa faktor antaranya umbrella fold --lipatan jenis payung, so jimat space bonet kereta.

Nak travel pon ok la. Then pelarasan seat auto. takyah tarik tali macam sesetengah stroller yang under RM500 kebanyakkannya ada yang manual adjust seat ni. Pemegang untuk titania ni pulak jenis boleh sangkut plastik, handbag dsb. Suami memang suka sangkut2 barang kalau takde troli dalam mall tu kan. Then pemegang dia tinggi so beliau rasa selesa nak tolak stroller tu.

Kenapa beli ikut kehendak suami? Sebab first dia yang bayar dan second dia yang kena lipat, angkat dan tolak stroller tu.. hihihih

Nah belanja gambar stroller dari sumber google, daku malas nak uplod gambar dari phone lagi. huhu



Beli apa-apa barang di Mother Care dalam RM600 boleh dapat keahlian percuma. So next time nak beli barang anak lagi dapatlah less dan memberprice depends on promotion la. Saya tak dibayar pun untuk promote, saja nak share dengan korang kot-kot ada yang curious. hehe

Ini satu set dengan stroller tapi masa beli saya tak tahu dia ada Travel System. Kalau beli set lagi murah rasanya. Tapi takpelah sebab Fauzan pun dah besar gedabak dan benda ni kalau korang nak guna untuk baby bawah 6 bulan ok. Kami cadang untuk next baby kena cari juga yang ni harga dalam RM300 lebih, tapi kalau ada rezeki lebih beli je stroller lain yang memang sesuai dari infant sampailah ke darjah 6. Ok gurau je. XD




Friday, 21 April 2017

Bersangka Baik - Kisah Anak dan Ummi

Konnichiwaa,
Ada satu cerita pendek saya nak cerita.

Jangan risau, pendek je..

Saya ada satu laptop masa zaman study, itu pun diberi oleh kakak saya atas sebab kawan dia yang baiki CPU saya secara tak sengaja tertukar kan dengan customer lain, Hihi (dpt CPU lama time tu, padahal CPU kite baru beli 😅)

Laptop tu sangat tahan lama sampaikan mampu render revit berjam-jam, maklumlah member-member architecture pakai laptop baru. Saya rasa sangat kuno di situ. Alhamdulillah dapat juga habiskan study dulu.

Lepas kahwin, suami belikan laptop untuk saya mudah buat kerja. Ok la lebih canggih dari laptop lama Acer i5, 500hd, 6gb ram, performance laju gil*, tapi rezeki bekerja di pejabat macam orang lain tak kesampaian, jadi simpan jelah laptop tu untuk layan movie je. 🙈

Bila lahirnya Maryam, ajak la Maryam layan laptop sama sebab rumah kami takde TV, dari dulu sampai sekarang memang tak beli pun. Haha. Pakai laptop je nak berhibur pun.

Diringkaskan cerita, (sebab tadi kata nak cerita pendek je kan) Maryam tuang susu atas laptop. Menyirap kejap Ummi walaupun bukan air sirap yang dia tuang tu. Saya pun ambil tindakan segera tutup keyboard dengan tisu dapur dan terbalik kan laptop. Tak lupa juga cabut bateri dan plug siap2.

Berharap semoga air turun dan kering serta tak rosakkan sistem papan elektronik dia tu. Biarkan beberapa hari, ternyata kaedah tu berjaya! Laptop boleh dihidupkan kembali, syukur alhamdulillah ❤️❤️

Kejadian ke2 berlaku lagi bila Fauzan makin besar. Gagah dia angkat laptop masa kitaorang tengah sibuk nak keluar rumah. Bukkk, laptop jatuh dari jarak pinggang Fauzan je. Terus skrin laptop jadi blank. Ummi hela nafas dan simpan laptop di lautan yang paling dalam.

Berniat nak hantar laptop ke kedai untuk dibaiki tapi fikir dah habis waranti, yelah dia bagi 3 tahun je, masa kena tu dah 4 tahun. Abaikan je dulu laptop ni.

Lama juga terperam sampailah suami suruh test on. Eh, boleh pulak.. Syukur alhamdulillah ❤️❤️

Kejadian ketiga paling ganas, Maryam dan Fauzan tengah layan Madagascar , Ummi masak kat dapur tiba-tiba Maryam yang pelat-pelat tak pandai nak bina ayat lagi datang bagi tahu lion (alex) kena air. Ummi lari masuk bilik tengok screen dah blank, laptop dah senyap.

Habislah, ni kali terakhir kot laptop ni wujud kat rumah. Sekali lagi simpan laptop di padang tandus yang manusia tak dapat jumpa.

Lepas kejadian tu anak-anak belajar main mainan, rumah mula bersepah dan berterabur dengan mainan. Sabar je lah. Alihkan segala gadget dari anak sampailah suami bawa laptop tu ke ofis untuk back up storage.

Settle back up storage, keluarkan hard disk (alhamdulillah hard disk ok) dan simpan hard disk tu untuk jadikan external hard disk je.

Suatu hari yang lain, saya try on laptop, macam rindu pulak kat dia.. eh hidup pulak.. Syukur alhamdulillah. Rasa macam rezeki sangat sebab laptop yang rm2k masa beli 5 tahun lepas masih boleh berbakti. Syukur dan terharu.

Sepanjang laptop tu problem (Asbab anak yang terlalu soleh, kreatif dan pintar) tak pernah pun saya torture emosi anak dan nak hukum dia atas apa yang berlaku. Sebab tahu dia adalah kanak-kanak yang sedang belajar dan saya pun Ummi yang masih juga belajar.

Lepas kejadian tu takde rasa sangat sayangkan harta benda ni, kalau Allah nak tarik segala harta ni anggap je takde rezeki dan insyaAllah Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah 😍

PS: fikir yang baik, buat yang baik, cuba jadi yang baik, insyaAllah datang perkara yang baik-baik je.

Kalau ada yang tak baik, itu ujian untuk Allah tingkatkan darjat kita, naikkan maqam kita, dengan syarat kena sabar dan redhalah ☺️

Sekian cerita pendek saya . Siapa baca sampai habis?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...