Assalamualaikum dan Hi
Sekarang ni semua obses nak kurus kan. Yelah ramai yang menggemuk sejak PKP melanda kita termasuklah yang tengah menaip ni.
Sekarang pun masih struggle nak turunkan berat tapi saya baru je belajar tentang satu diet ni. Saya pasti ramai yang dah tahu pasal ni sebab dulu pernah viral Lisa Surihani berjaya kurus dengan? Yes Intermitten Fasting.
Actually dalam Shaklee kitorang ada program Jom sihat Jom kurus jugak tapi more to healthy way dan bermula dari dalam.
Yelah kurus sihat ni harus bermula dari dalam kan. Kita bukan nak kurus cepat je tapi juga berkesan.
The way diet yang Kitorang buat and diperakui oleh Nutritionist adalah detox so namanya Program JOM DETOX-IF
Siap ada jadual menu, list shopping grocery dan jugak of course group support. Ini paling penting supaya perjalanan kita dipandu. Gitu.
Program detox ni tak lama pun, just buat betul-betul dalam 7 hari boleh nampak kesan. Saya sendiri pernah turun 6.2kg dalam seminggu.
Nampak macam drastik kan tapi sebab masa tu saya menyusu Ajda jugak (Ajda dah setahun lebih masa tu) ditambah dia pun makan segala mak nenek yang saya masak. So susu ibu ni tambahan sahaja untuk dia.
Walaupun detox sambil menyusu, still nutrien tetap kena jaga. Lagipun detox ni tak digalakkan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu bayi yang anaknya bawah 6 tahun. Kalori yang terbakar masa menyusu tu dah Okay sangat tanpa perlu detox.
Tapi bukan program detox yang saya nak highlight kali ni, ianya lebih pada Intermitten Fasting (IF) with Nutrition gitu.
IF ni ada 2 jenis, dry IF dan wet IF.
Dry IF ni puasa macam kita buat sekarang, puasa Ramadan dan wet IF pulak kita boleh makan dalam eating window dan hanya puasa dalam tempoh fasting window. Namun jangan khuatir, kita masih boleh minum air tapi hanya zero kalori sahaja. Sebab tu namanya wet.
hehe
Yelah ramai salah faham bila ingat IF je mesti puasa tak makan. Iya IF ni memang kena puasa dan tak makan tapi badan still boleh minum air. Dan juga wajib cukupkan intake air, kena minum 2.5liter - 3 liter sehari ikut keperluan.
IF Detox ni lebih best sebab kalau sebelum ni program detox kita agak strict, tapi bila buat IF memang agak enjoy lagi-lagi bila ada support group. Oh ya team kami memang ada group support dalam whatsapp dan jugak di FACEBOOK IF FOR BIGGINER. Korang pun dialukan untuk join, boleh sama-sama tambah ilmu IF.
Bila buat IF ni adakala kita tak dapat makan makanan yang cukup nutrisi yang lengkap, sebab tu pengambilan supplemen semasa IF ni sangat digalakkan. Antara supplemen yang sangat bagus untuk kita ambil adalah protin, boleh pilih samada mahu ambil ESP atau CINCH. Dua-dua baik untuk sel badan kita. Pernah tengok orang kurus tapi flabby, ha tu sebab kurang protin dalam badan. Jadi kulit pun saging.
Pernah tak tengok gambar ni?
Kita nak kurus yang fit, bukan pengurangan berat yang jadi keutamaan tapi pengurangan inci tu yang buat kita nampak kurus. Sebab tu ada yang berat lebih tapi nampak lebih kurus berbanding dengan yang ringan kilogram, ha sebab lemak tu la yang buatkan dia nampak besar.
Omega guard dan lecthin membantu untuk singkirkan lemak dari badan kita secara effektif manakala hebalex untuk clearkan usus kita. Efek herbalax tu memang akan terus nampak bila kita consume malam sebelum tidur, esoknya usus akan clearkan semua benda yang kita makan. fuh memang best.
Antara supplemen lain yang membantu journey IF kita adalah alfalfa, b complex dan ostenutrix. Supplemen yang dicadangkan ni membantu untuk cukupkan nutrisi supaya nanti kita tak craving dan bantu journey diet kita nanti. Saya sendiri ada rasa perbezaan lebih-lebih lagi bila ambil alfalfa tu. Memang tak sembelit sebab alfalfa mengandungi fiber yang boleh mencukupkan nutrisi yang lompong.
Selain supplemen, perkara paling penting bila nak kurus ni adalah jaga MINDSET. Kena setkan betul yang kita memang nak kurus dan sihat sebab kita ada banyak misi nak capai kan. Jangan mudah terkesan dengan journey orang lain sebab setiap kita tak sama. Badan kita tak sama tapi kita boleh lakukannya bersama insyaAllah. Slowly but Surely.
Siapa nak kurus balik lepas raya nanti jom kita buat detox if dengan Shaklee. Sure lepas raya nanti ramai yang akan bertambah berat badan dia. Ini fakta tau. Tengok sahajalah tahun lepas punya. Takpe, enjoy raya ni jangan stress dan pastikan cukup vitamin yang kita consume supaya dapat elak dari makan berlebihan.
Nak lagi TIPS KURUS CEPAT boleh baca sini.
dan boleh tengok entry ni juga TIPS KURUS CEPAT
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023