Saturday 15 April 2023

Tips Kurus Dengan Berkesan

 Assalamualaikum dan Hi


Sekarang ni semua obses nak kurus kan. Yelah ramai yang menggemuk sejak PKP melanda kita termasuklah yang tengah menaip ni.



Sekarang pun masih struggle nak turunkan berat tapi saya baru je belajar tentang satu diet ni. Saya pasti ramai yang dah tahu pasal ni sebab dulu pernah viral Lisa Surihani berjaya kurus dengan? Yes Intermitten Fasting.

Actually dalam Shaklee kitorang ada program Jom sihat Jom kurus jugak tapi more to healthy way dan bermula dari dalam. 

Yelah kurus sihat ni harus bermula dari dalam kan. Kita bukan nak kurus cepat je tapi juga berkesan.

The way diet yang Kitorang buat and diperakui oleh Nutritionist adalah detox so namanya Program JOM DETOX-IF

Siap ada jadual menu, list shopping grocery dan jugak of course group support. Ini paling penting supaya perjalanan kita dipandu. Gitu.


Program detox ni tak lama pun, just buat betul-betul dalam 7 hari boleh nampak kesan. Saya sendiri pernah turun 6.2kg dalam seminggu. 

Nampak macam drastik kan tapi sebab masa tu saya menyusu Ajda jugak (Ajda dah setahun lebih masa tu) ditambah dia pun makan segala mak nenek yang saya masak. So susu ibu ni tambahan sahaja untuk dia.

Walaupun detox sambil menyusu, still nutrien tetap kena jaga. Lagipun detox ni tak digalakkan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu bayi yang anaknya bawah 6 tahun. Kalori yang terbakar masa menyusu tu dah Okay sangat tanpa perlu detox. 

Tapi bukan program detox yang saya nak highlight kali ni, ianya lebih pada Intermitten Fasting (IF) with Nutrition gitu.

IF ni ada 2 jenis, dry IF dan wet IF.

Dry IF ni puasa macam kita buat sekarang, puasa Ramadan dan wet IF pulak kita boleh makan dalam eating window dan hanya puasa dalam tempoh fasting window. Namun jangan khuatir, kita masih boleh minum air tapi hanya zero kalori sahaja. Sebab tu namanya wet.

hehe

Yelah ramai salah faham bila ingat IF je mesti puasa tak makan. Iya IF ni memang kena puasa dan tak makan tapi badan still boleh minum air. Dan juga wajib cukupkan intake air, kena minum 2.5liter - 3 liter sehari ikut keperluan.

IF Detox ni lebih best sebab kalau sebelum ni program detox kita agak strict, tapi bila buat IF memang agak enjoy lagi-lagi bila ada support group. Oh ya team kami memang ada group support dalam whatsapp dan jugak di FACEBOOK IF FOR BIGGINER. Korang pun dialukan untuk join, boleh sama-sama tambah ilmu IF.

Bila buat IF ni adakala kita tak dapat makan makanan yang cukup nutrisi yang lengkap, sebab tu pengambilan supplemen semasa IF ni sangat digalakkan. Antara supplemen yang sangat bagus untuk kita ambil adalah protin, boleh pilih samada mahu ambil ESP atau CINCH. Dua-dua baik untuk sel badan kita. Pernah tengok orang kurus tapi flabby, ha tu sebab kurang protin dalam badan. Jadi kulit pun saging.

Pernah tak tengok gambar ni?



Kita nak kurus yang fit, bukan pengurangan berat yang jadi keutamaan tapi pengurangan inci tu yang buat kita nampak kurus. Sebab tu ada yang berat lebih tapi nampak lebih kurus berbanding dengan yang ringan kilogram, ha sebab lemak tu la yang buatkan dia nampak besar.

Omega guard dan lecthin membantu untuk singkirkan lemak dari badan kita secara effektif manakala hebalex untuk clearkan usus kita. Efek herbalax tu memang akan terus nampak bila kita consume malam sebelum tidur, esoknya usus akan clearkan semua benda yang kita makan. fuh memang best.

Antara supplemen lain yang membantu journey IF kita adalah alfalfa, b complex dan ostenutrix. Supplemen yang dicadangkan ni membantu untuk cukupkan nutrisi supaya nanti kita tak craving dan bantu journey diet kita nanti. Saya sendiri ada rasa perbezaan lebih-lebih lagi bila ambil alfalfa tu. Memang tak sembelit sebab alfalfa mengandungi fiber yang boleh mencukupkan nutrisi yang lompong.

Selain supplemen, perkara paling penting bila nak kurus ni adalah jaga MINDSET. Kena setkan betul yang kita memang nak kurus dan sihat sebab kita ada banyak misi nak capai kan. Jangan mudah terkesan dengan journey orang lain sebab setiap kita tak sama. Badan kita tak sama tapi kita boleh lakukannya bersama insyaAllah. Slowly but Surely.

Siapa nak kurus balik lepas raya nanti jom kita buat detox if dengan Shaklee. Sure lepas raya nanti ramai yang akan bertambah berat badan dia. Ini fakta tau. Tengok sahajalah tahun lepas punya. Takpe, enjoy raya ni jangan stress dan pastikan cukup vitamin yang kita consume supaya dapat elak dari makan berlebihan. 

Nak lagi TIPS KURUS CEPAT boleh baca sini.

dan boleh tengok entry ni juga TIPS KURUS CEPAT

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Friday 14 April 2023

Kelebihan Bisnes Online

Asslamualaikum dan Hi

Seiring teknologi, ramai yang dah mulakan bisnes online sekarang. Kalau dulu semua orang fikir income mesti datang dari makan gaji, tapi sejak pandemik melanda dunia dan secara am nya negara kita Malaysia, ramai yang ambil peluang untuk berbisnes online dan menjana pendapatan darinya.





Kelebihan Bisnes Online


Sebenarnya seronok buat bisnes online ni, kita boleh gunakan banyak platform yang ada asalkan ada manusia la yang wujud di platform tu. Contohnya di blog, fb, insta, tt dan kalau kita buat bisnes online tapi promote kat tempat yang orang tak ada, susah juga kan? Siapa saja yang nak pesan dari kita. Mungkin nanti alien yang duk order tapi taknak COD. Orait JKJK


Platform bisnes yang saya tulis tadi tu kebanyanya adalah media sosial. Why? Kat situlah kita bina bonding dan interaksi dengan manusia sebenar walaupun kita di alam maya. Semua tu untuk gain trust dari prospek supaya mereka yakin akan kejujuran kita dan servis / produk yang kita nak provide.


Pilihan Saya


Kenapa pilih Shaklee?

Takde bisnes lain ke?


Eh ada. Banyak bisnes yang ada sekarang tapi kalau nak buat bisnes kenalah jatuh cinta dengan produknya dulu kan. Jadi saya pilih produk yang selamat dan Sustain dalam jangka masa yang panjang serta boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Kiranya dari bayi sehingga peringkat nenek atuk kita semua boleh consume Shaklee sebab ianya makanan tambahan untuk kesihatan.


Nak buat bisnes Shaklee secara online ni agak mudah sebab kita boleh buat dimana-mana sahaja asalkan ada capaian internet. Kita juga dapat jimatkan masa sebab pesanan dan penghantaran boleh dibuat secara atas talian sahaja tanpa perlu pegang stok. Shaklee akan uruskan penghantaran dan kita juga boleh track parcel dengan hanya satu klik.


Info tentang produk juga boleh di access di website Shaklee

Kita juga boleh ada lebih Qualiti time dengan anak bagi suri rumah sepenuh masa macam saya.


Keistimewaan Shaklee


Produk Shaklee selamat siap dengan ujian klinikal dijalankan ke atas setiap supplemen. Memang ada landmark study yang dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dengan Shaklee, apa sahaja result akan direveal. Shaklee sanggup ambil risiko sebab yakin dengan mutu produk yang ditawarkan. Jadi kenapa perlu kita ragu kan?


Selamat:

Produk kami menjalani proses saringan yang melangkaui piawaian ditetapkan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat.


Terbukti:

Produk kami disokong oleh 100+ paten dan paten yang sedang diproses serta 100+ kertas saintifik yang telah diterbitkan.


Berkesan:

Produk kami mengubah kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet Pure Performance Shaklee kelas dunia sehingga ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.


9 Level Bonus


  1. CAR BONUS
  2. CONVENTION TRIP
  3. CASH BONUS




Dan 6 lagi bonus tambahan untuk leader yang layak


Anugerah STAR ACHIEVER

  1. ANUGERAH PERTUMBUHAN PENAJAAN PERIBADI
  2. ANUGERAH PERTUMBUHAN VOLUM KUMPULAN PERIBADI
  3. PROGRAM BONUS KERETA
  4. KELAYAKAN LAWATAN INSENTIF TP2024
  5. TROFI STAR ACHIEVER 
    • ANUGERAH KONSISTENSI
    • ANUGERAH PRESIDEN
  6. ANUGERAH ELITE MASTER 25 & 60


Circle Team Support Yang Power


Bila saya terjebak dengan Shaklee ni bukan sekadar bisnes semata tapi dalam circle ni ada lebih banyak kebaikan yang saya dapat. 

  1. Ilmu bisnes sangat banyak di ajar, cuma nak apply atau tidak je. Sampai tepu tak tahu nak apply yang mana. Haha
  2. Amalan rohani, buat amalan sama-sama. Update sama-sama. Ada ilmu baru saling menyampaikan. Istiqamah amalan kecil yang berterusan.
  3. Sedekah & zakat selalu ditekankan. Bisnes jalan masyuk banyak ingat pada yang sentiasa memerlukan.
  4. Hubungan sesama manusia. Tak de istilah aku lagi hebat dari kau. Sama-sama belajar dan semua humble tak sombong.
  5. Sentiasa bagi inspirasi dengan kisah-kisah kejayaan diorang. Sentiasa mendoakan sesama sendiri.
  6. Ukhwah yang ada walau ada yang tak pernah jumpa dan tak selalu jumpa tapi ibarat seperti family semuanya. Cubit peha kiri peha kanan pun rasa sakit.

Ni bukan team usrah atau jemaah ke apa. Hehe. Tapi ni team bisnes Shaklee yang tak lupa Allah namanya. Sentiasa jaga amalan rohani supaya apa-apa kita buat kena letak Allah no1. Pagi-pagi akan ada JOM SELAWAT untuk team member yang beragama Islam.


Nak join team Kitorang dialukan sangat-sangat. Sama-sama menerima sama-sama memberi. Namanya give and Take gitu. Ilmu kena kongsi baru berkat kan?


Nak baca lebih banyak pasal BISNES ONLINE boleh klik entry ni.



#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Sunday 9 April 2023

Buat Comeback Dengan Kulit Cantik

 Assalamualaikum dan hi

Lama sangat kan tak jengah blog ni, kadang semangat nak menulis tu berkobar, kadang semangat tu terkubur bersama memori yang dah dicipta. Bila ada fb ni saya admit la yang blog akan jadi tempat yang tak selalu kita nak tengok sebab kat fb lagi mudah dan lagi ramai berkumpul. Cumanya kadang kita perlu juga dengan blog bila nak cari info yang lebih detail sebab kat bloglah senang kita search keyword yang lebih mudah untuk google pandu.

Mukaddimah je dah 6 baris. haha

Jump to the main point. walaupun dah 4 tahun dah update, padahal sebelum ni akan make sure setahun mesti nak update even 1 entry,  tapi mungkinlah asbab covid kot saya jadi malas nak menulis. 

So untuk memupuk semangat berblogging, saya pun join group under Master Laila supaya kami dapat berjemaah mengupdate dan sharing info kat korang. Benda macam ni dapat bantu saya untuk asah balik bakat menulis yang sebelum ni saya tinggalkan. yelah, kat platform lain kita tulis untuk kawan-kawan rapat kan? kat sini saya tulis dengan penulisan yang lebih umum dan sesuai dibaca untuk semua. harapnyalah

oh ya, bersempena ramadan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Walaupun kita agak kalut sebab baru dua tiga hari sekolah bermula tiba-tiba dah ramadan kan. Tapi takpe, tetap kita kena muliakan bulan ni dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Macam macam jadi sejak bukak sekolah hari tu. Abi tiba-tiba outstation mengejut, Ajda sekolah Pasti mengejut, Anak-anak tak masuk transit, semua benda barulah. Jadi sayalah yang duk uruskan anak walaupun baru awal ramadan. 

Kalut-kalut pun ramadan tetap diimarahkan insyaAllah

Ramadan ni juga, Shaklee banyak buat sale & promo berganda. Semua nak ganda kan. Ganda pahala, ganda amalan, dan ganda kesannya juga, hee

Jadi promo kali ni juga ada kaitan dengan Menu Rahmah tagline dari kerajaan. 



Iya yang tak suka pm-ten kita mesti nyampah dengan tagline ni kan. Ikut sajalah trend yang tengah happening sekarang ? Zaman bosku mahupun abah den dan berlalu. hehehe

psssst . Saya nak bagi bonus kat korang yang baca entry ni sampai habis. Support la saya walaupun korang tak suka tagline ni sekarang. 

Jom saya share apa penjimatan dan keuntungan yang kita boleh dapat dari SET RAHMAH ni. Dalam set ni ada 2 produk panas yang pasti kita boleh consume. ESP & Vitamin C. 


Nampak sangat untung kat kita kan? Shaklee buat amal betul bulan Ramadan ni. 

Nak kira guna formula matematik pun memang jelas sangat kita untung sebab vitamin C sahaja dah RM92 untuk harga ahli, hanya tambah RM7 sahaja kita boleh dapat 

FREE ESP (RM139 member price)

FREE POSTAGE (cost RM10 WM/RM20 EM)

FREE MEMBERSHIP (cost RM35/Free dengan belian RM300)

Semua macam tak logic. Haih, tak tahu nak cerita macamana lagi tapi tetap nak cerita jugak.

Sama juga macam Healthy Rahmah untuk SET B, semuanya berganda. Ingat pahala je berganda rupanya kalau dapat Set B Rahmah ni lagilah untung kaw-kaw. 

Tapi apa yang best set combine ESP dan Vitamin C ni?

Umum tahu Vitamin C banyak sangat manfaat untuk kulit. Vitamin C memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Ia membantu penghasilan kolagen untuk badan kita dan mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok penuaan dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih cantik dan sekata.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

  • Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. 
  • Ditambah dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin untuk kesan lebih baik.
Kalau korang ada tanda-tanda macam kes di atas, nampaknya korang perlu ambil vitamin C sebagai nutrisi harian. Vitamin C ni tak boleh terhasil sendiri oleh badan tau, jadi nak tak nak kena ambil dari sumber makanan. So paling mudah dan senang tentulah vitamin C Shaklee. Yang dah makan je dapat rasa bezanya tau. Cuba tengok kat bawah ni.






Vitamin C Shaklee mempunyai 180biji tablet dalam setiap botol, consume sebiji sehari boleh habis dalam 6 bulan! Lamanya. 
Tak perlu risau, kita boleh makan lebih dari sebiji untuk dapat sumber vitamin C yang lebih padu! Maksima dosage yang tubuh kita perlukan adalah 3000 mg manakala dos minima adalah 500 mg. Cantik sangat kan tu.


Seterusnya MPV dalam SET RAHMAH ni dah tentulah  ESP.
Energizing Soy Protien yang paling mendapat tempat di hati consumer Shaklee. 


Selain dari tu, ESP ni ada banyak sangat kebaikan antaranya adalah:
  • Asas untuk badan yang sihat
    • Mengekalkan paras tenaga dan gula dalam darah membantu menyihatkan tubuh badan supaya anda dapat melindungi diri daripada kuman.
  • Perangsang tenaga
    • Berbeza bila ambil protin shake sebagai sarapan berbanding menu harian biasa rakyat malaysia
    • Lagi terasa bila ambil waktu sahur, walaupun dah zohor perut masih lagi rasa selesa dan tak berbunyi minta makan XD
  • Kulit, rambut, dan kuku yang sihat
    • Protin adalah nutrien asas untuk kulit.
    • Pengambilan protin yang cukup penting untuk kulit yang sihat dan berseri. 
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
    • Ya Allah, yang ni adalah golongan yang sangat perlu ambil ESP
    • Saya sendiri dalam 3 kali mengandung dan menyusukan selama 8 tahun memang ambil ESP untuk tenaga, kalau tak minum mesti akan rasa nak makan macam monster, lepas tu badan naik berat salah kan suami betul tak? ahahah
  • Tambahan kepada sebarang minuman - smoothie/kopi/alternatif kepada susu
  • Memudahkan pada hari sibuk, dengan minuman protein yang mudah disediakan dan senang dibawa
  • Individu berkerjaya yang sentiasa sibuk
    • takde alasan tak sempat makan bila kita boleh ready shake ESP ni masa tengah break.
    • 10 minit dah siap bancuh dan siap minum.
    • Sangat mudah penyediaanya, asalkan ada shaker kita shake kan aje
  • Pengembara tegar
    • selalunya pengembara suka ambil telur rebus sebagai bekal sihat dan mudahkan?
    • Tambah ESP untuk tenaga berpanjangan, memang lah akan lapar tapi sangat berbeza, cubalah korang!

Tengok apa kata mereka







Ini feedback dan testimoni yang dah consume. Sangat ramai yang nampak improvemen pada kulit bila ambil gabungan ESP dan Vitamin C ni.




famous nama Rahmah bulan ni. 




Macam yang saya janjikan tadi untuk yang baca sampai habis. Saya bagi bonus kat korang resepi ESP + avocado yang sangat sedap berkrim. Sangat mudah nak buat yang penting sedap!



RESEPI SMOOTHIE AVOKADO

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan avokado
  • 1 cawan ais
Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga
sebati. 

Alhamdulillah Senang sangat kan?
Cubalah resepi ni, kalau sedap tag saya kat facebook Sarah Embong ni okeh. 

Boleh contact saya di whatsapp (KLIK SINI) untuk dapatkan HEALTY SET RAHMAH yang berbaloi pada kesihatan & kecantikan kita ni.

Nak baca lebih lagi untuk lebih cantik? Klik Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah ni.

Walaupun lama tak menulis tiba time kena update berjemaah ni pandai pulak jari ni duk menari-nari rancak ya sampai siap satu entry. Harap korang tak jemu baca tulisan saya, boleh tinggalkan komen kat bawah dengan link entry korang jugak. Nanti bolehlah saya tinggal jejak kat blog korang.

kbye sayonara

wassalam :)

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Monday 13 May 2019

Halal Shaklee 2019

As salam dan hi,

Salam Ramadan buat seluruh umat islam seantero dunia. Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari yang tahun-tahun sudah. 

Saya check website shaklee untuk member tadi tetiba nampak sijil halal terbaru untuk produk Shaklee yang seperti dalam list. Alhamdulillah teruja sebab sempena Ramadan ni dapat la kita ambil produk sampingan yang bantu tambah tenaga sempena bulan kebajikan dan bulan perbanyakkan amal ini.

Boleh refer sijil halal ni dan terus contact saya kalau nak buat belian supplemen Shaklee ya, Puasa pun postage jalan kecuali dekat nak raya nanti. So place your order early then boleh nikmati puasa yang cergas tanpa lemau-lemau macam tahun lepas. insyaAllah.



Thursday 11 October 2018

Ummi Buat Comeback!

As salam dan hi

Baru-baru ni upline ku iaitu Kak Zura mengajak kami semua (susur galur) update blog secara istiqamah dan berjemaah. Sebagai seorang blogger (tak malu nak claim diri ni blogger! pffftttttt!!!!) saya cuba nak sahut saranan Kak Zura itu maka hari ini saya beranikan diri buka balik blog ni yang dah lama dibiarkan. Ahahha

Bila dah bukak blog ni baru perasan yang kali terakhir saya update status adalah pada tahun lepas. Waktu tu my third baby ni belum keluar lagi. Busy sangat ke jadi mak anak 3 ni?
huhuhu

Budak bulat ni dah nak masuk 11 bulan. TT_TT


Dalam setahun ni banyak sangat benda yang jadi. Kalau rajin nanti saya ceritakan semua yang saya ingat. Jenuh nak recall tapi kalau consume minyak ikan insyaAllah kurang la sikit pelupa tu ya.

Mungkin juga nanti blog ni akan jadi blog sejarah sebab up cerita yang dah berzaman dan berkurun.
Tapi tak kisahlah! Stay tuned aje sebab Ummi akan lebih rajin update blog lepas ni.

haha

harapnyalah ya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...